Assalamualaikum/salam sejahtera,
Insya-Allah, akan muncul segera satu sampel karangan lengkap dengna panduan operasi. Sila tunggu kehadirannya.
Wednesday, February 27, 2013
Wednesday, February 13, 2013
MODUL MAHIR MENGARANG EDISI - 2013
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
CIRI-CIRI MODUL EDISI 2013
> Masih mengekalkan warna sentimental oren
> Padat dengan sumber bertulis 107 muka surat
> Bersaiz A4 dengan font Franklin Gothic Books saiz 10
ISI KANDUNG
* muka surat 1 - 7 tentang panduan operasi mengarang karangan Bahan Rangsangan
* muka surat 8 - 14 tentang panduan operasi mengarang karangan Umum (karangan panjang)
NOTA : Kedua-dua bahagian di atas digunakan semasa ceramah Mahir Mengarang
* muka surat 15 - 22 bahagian pemantapan mengarang (untuk P&P) guru dengan pelajar
* muka surat 23 - 70 sampel karangan cemerlang Aras A+ dalam semua dimensi (penting untuk rujukan guru dan pelajar)
* muka surat 71 - 102 soalan latihan intensif kendiri atau berpandu (disusun mengikut dimensi)
* muka surat 103 data-data sokongan untuk sumber contoh
* muka surat 104 - 107 daftar kata dan kata hikmat.
KERELEVANAN:
> Amat sesuai untuk P&P
> Amat sesuai untuk aktiviti kendiri pelajar
> Pemilihan soalan berdasarkan aras dan isu semasa yang sering menjadi sumber binaan soalan
> 37 sampel karangan cemerlang boleh menjadi panduan dan motivasi untuk melahirkan pelajar yang mahir mengarang
> Disediakan sebagai sokongan untuk meringankan guru-guru mencari bahan
> 50 soalan latihan kendiri yang dipilih berpotensi keluar dalam SPM dan telah terbukti keluar dalam siri peperiksaan SPM yang lalu
* DITAWARKAN PADA HARGA YANG SANGAT MUNASABAH DAN MAMPU BELI OLEH SETIAP PELAJAR. USAHA SEDANG DILAKUKAN UNTUK MEMBEKALKAN CD BAGI BAHAGIAN P&P SEBAGAI SOKONGAN KEPADA GURU-GURU YANG MEMESAN MODUL TANPA CERAMAH
* SILA TEMPAH SEKARANG UNTUK MEMBERI RUANG YANG CUKUP KEPADA PELAJAR MEMBUAT PERSEDIAAN DAN LATIHAN INTENSIF.
* STRATEGI YANG TERBAIK ADALAH DENGAN MENGADAKAN CERAMAH YANG DISOKONG OLEH PENGGUNAAN MODUL.
KEPADA RAKAN-RAKAN GURU ATAU PELAJAR YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA DENGAN MENELEFON/MESEJ 019 4789803.
KEPADA GURU DAN PELAJAR YANG TELAH MENEMPAH, DIHARAP BERSABAR KERANA TEMPAHAN ANDA SEDANG DALAM PERJALANAN POS UNTUK SAMPAI KE DESTINASI.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA YANG TIDAK PERNAH SURUT.
MISI SAYA, "KEPADA GURU ADALAH UNTUK MERINGANKAN URUSAN P&P ANDA. KEPADA MURID UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN ANDA MEMPEROLEH A+".
KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MENETAPKAN TENTATIF CERAMAH, INSYA-ALLAH KITA BERTEMU NANTI.
Sunday, February 10, 2013
ULASAN SOALAN 4, SPM 2012
Assalamualaikum/salam sejahtera,
Alhamdulillah, kita dapat bersua semula dalam ruangan bimbingan karangan ini. Saya memohon maaf kerana agak lama terhenti berkomunikasi dalam laman maya ini.Selain masa yang sangat mencemburui segala aktiviti, saya turut dilanda masalah penglihatan mata kiri yang agak serius.Keadaan tersebut telah menghalang saya untuk menghadap skrin komputer lebih lama.
Walau apapun, atas janji dan semangat membantu sesama kita, saya gagahi diri untuk terus memberi sumbangan dalam laman ini. Kini tibalah kepada ulasan soalan yang terakhir iaitu soalan 4 (DIMENSI GLOBAL).
SOALAN :
Produk makanan halal
Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin
kebersihan dan kesuciannya.
Jelaskan kebaikan-kebaikan
yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.
KOMEN : Seperti lazim tidak ramai calon yang memilih untuk menjawab soalan ini. Alasannya pun lazim juga, iaitu soalan ini susah dan pelajar tidak memiliki cukup maklumat tentang isu yang ditanya. Walau bagaimanapun, masih ada calon yang memberanikan diri untuk menjawab soalan ini. syabas!
Walau bagaimanapun, selepas disemak, lebih 70% calon yang tersasar kerana beberapa sebab yang antara lainnya adalah seperti yang berikut ini;
1. Soalan secara jelas tidak mengarahkan calon menyatakan kebaikan dalam aspek hubungan global. Arahan soalan adalah terlalu umum iaitu tentang kebaikan produk makanan HALAL.
2. Calon telah trperangkap antara kehendak soalan yang kurang jelas dengan kedudukan soalan sebagai isu antarabangsa.
3. Rata-rata calon hanya mengemukakan pendapat tentang kebaikan makanan halal seperti bersih, memperoleh reda (redha) di sisi agama, menyokong industri yang diterajui oleh orang-orang Islam dan sebagainya. Calon tidak menyentuh sedikit pun tentang kebaikan yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa.
ADAKAH CALON YANG SALAH DALAM PERKARA INI? MUNGKIN YA DAN MUNGKIN TIDAK. MEMANG INILAH STANDARD SOALAN SPM YANG TIDAK SUDAH-SUDAH DENGAN KESAMARAN DAN KECELARUAN
NASIHAT SAYA : Kepada rakan-rakan guru dan para pelajar yang ingin menjawab soalan ini, pastikan anda memiliki pengetahuan tentang asas hubungan Malaysia dengan dunia luar. Memang benar soalan ini adalah beraras tinggi dan pertimbangan markah juga diberi secara berhati-hati. Hal tersebut sebagai sokongan kepada calon-calon yang kredibal apabila berani menjawab soalan seprti ini. Namun begitu, ramai calon yang terperangkap kerana tidak memiliki pengetahuan yang cukup dan menjawab denganmenggunakan hujah dan fakta yang kurang meyakinkan.
Sebagai ihsan sila telitikan sampel jawapan yang dipetik daripada Modul saya edisi 2013. Anda boleh mendapat jawapan penuh soalan ini dengan menempah MODUL MAHIR MENGARANG dengan cara memesan terus kepada saya, Sila hubungi talian 019 4789803.
CONTOH JAWAPAN
Memetik
firman Allah dalam al Quran (Surah al Baqarah ayat 168) yang bermaksud, “Wahai
sekalian manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi, makanan yang
halal lagi baik”. Dalam agama Islam, perihal halal amat dipandang berat. Sebarang
salah laku kerana mengambil makanan yang tidak halal adalah berdosa besar.
Secara universal pula larangan tersebut bertepatan dengan budaya dan amalan
kepercayaan lain juga. Oleh hal yang
demikian, inisiatif Malaysia dalam menghasilkan produk makanan halal mula
mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana terjamin dari segi kebersihan dan kesuciannya. Sebenarnya, usaha Malaysia
itu telah mendorong pelbagai impak positif melalui penghasilan produk makanan
halal.
Sebagai perintis dalam industri
ini, Malaysia bakal menjadi hub produk halal sama ada di peringkat wilayah
mahupun antarabangsa. Hal demikian kerana, produk halal amat diperlukan oleh
1.7 bilion umat Islam dunia. Dalam konteks yang berkaitan, langkah Malaysia
amatlah pragmatik kerana dapat menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia
terhadap tuntutan fardhu Ain, yakni mengambil makanan yang halal adalah wajib.
Seandainya dalam enam dekad yang silam, Jepun telah berjaya meletakkan
negaranya sebagai hub industri automotif yang tersohor di dunia, nescaya bukan
mustahil Malaysia pula akan dikenali sebagai hub industri halal. Dengan hal
yang demikian, langkah yang diambil oleh Malaysia merupakan inisiatif yang
sangat strategik lagi pragmatik untuk menguasai industri makanan dalam kalangan
negara-negara Islam.
Apabila industri ini benar-benar
berjaya, seyogia suatu lagi rangkaian niaga dalam kalangan blok negara-negara
Islam akan terbentuk. Kita yakin sebagai perintis, Malaysia sudah pasti menjadi
tumpuan seluruh negara Islam untuk mendapatkan bekalan produk halal. Usaha ini
juga turut membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) agar dapat
berkembang selaras dengan permintaan global yang semakin tinggi. Pada hari ini
pun, beberapa buah negara telah mula mengadakan hubungan dagang produk halal
dengan Malaysia. Negara-negara tersebut seperti Indonesia, Kazakhstan, Sri Lanka,
Kuwait, UAE dan Arab Saudi bakal menjadi pintu masuk pasaran baru eksport
Malaysia berasaskan produk makanan halal. Hanya sanya, langkah proaktif pihak
pemain-pemain industri tempatan sahaja yang akan menentukan sama ada langkah
yang dirintis oleh kerajaan Malaysia akan berjaya atau tidak.
SIRI AKAN DATANG : BIMBINGAN MENGARANG SECARA BERSIRI. JANGAN LEPASKAN TEMU JANJI KITA.
MOHON DOA AGAR MASALAH PENGLIHATAN MATA KIRI SAYA PULIH SEMULA.
Sunday, January 27, 2013
ULASAN SOALAN NO 3 SPM 2012
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Saya memohon kemaafan atas kelewatan membuat ulasan soalan 3 di atas. Hal demikian tidak dapat saya elakkan kerana kesuntukan masa. Dalam cuti berkembar 3 hari yang lepas, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke bumi kelahiran di Kampung Bukit Temin, Pulau Langkawi. Sudah terlazim, apabila lama tidak menjenguk kampung halaman banyaklah urusan keluarga serta ziarah. Aduhai, indahnya bumi tempat saya dilahirkan. Masih segar dan masih mampu mengekalkan identiti lama. Kuterkenang peribahasa, Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat dilahirkan.
Kesempatan yang ada sedikit ini, saya ambil untuk mengulaskan soalan yang ketiga pula.
SOALAN :
Gunakanlah bahasa
kebangsaan kita
Marilah amalkan
ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita
semua
Yakinlah bahasa jiwa
bangsa
Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik
lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.
Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara
kita.
Soalan ini apabila ditelitikan terkumpul dalam dimensi negara. Soalan dimensi negara hendaklah mengambil tema yang berkaitan dengan isu-isu negara seperti dasar-dasar negara, matlamat dan hala tuju negara atau sesuatu isu yang menjadi bahan percakapan utama dalam kalangan para pemimpin.
Isu soalan: Isu negara
Tema : Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama negara
Fokus Jawapan : Kepentingan atau faedah yang diperoleh negara apabila menggunakan bahasa kebangsaan.
KOMEN: Purata calon yang memilih soalan ini sebagai jawapan adalah terlalu kecil. Kurangnya jumlah calon yang menjawab adalah berpunca daripada asas pengetahuan yang agak terhad. Selain itu, isi jawapan hendaklah dalam bentuk fakta yang disokong dengan hujah-hujah yang ada kaitan dengan negara.
Soalan ini turut dimuatkan dalam modul saya edisi 2013. Walau bagaimanapun, saya dengan penuh ihsan menyiarkan keseluruhan jawapan soalan ini sebagai panduan para guru dan pelajar sekalian. Sila ikuti ;
Rakyat
Malaysia pada hari ini semakin dikenali di persada global. Di mana-mana jua
bagaikan permukaan bumi yang tidak pernah luput matahari pasti ada anak
Malaysia yang mampu bersaing dengan warga global. Bermula dari penghujung
kutub, di puncak benua, di tengah-tengah samudera sampailah ke alam cakerawala
angkasa lepas pasti dijejaki oleh anak-anak Malaysia. Sesungguhnya, kita
berbangga dengan pencapaian cemerlang seperti itu. Bagi melengkapkan agenda
kecemerlangan yang telah dirintis oleh beberapa kerat ikon cemerlang itu,
kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah ke hadapan agar rakyat kita dapat
bersaing dengan lebih tega lagi. Salah satu langkah strategik yang diambil
ialah memperkasakan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Langkah
tersebut dilaksanakan atas rasional bahawa bahasa kebangsaan mempunyai pelbagai
kepentingan terhadap rakyat dan negara Malaysia.
Berdasarkan
mafhum daripada sepotong ayat al Quran yang bermaksud, “Aku jadikan manusia
dengan bersuku-suku dan berbangsa agar mereka saling berkenal-kenalan dan
mereka dapat membesarkan kekuasaanku”. Huraian daripada ayat di atas
menjelaskan bahawa Tuhan dengan segala kemurahan-Nya telah memberikan pelbagai hak
kepada manusia di dunia ini sama ada dalam aspek negara, bangsa, kesukuan,
budaya, kepercayaan agama dan yang lebih menarik ialah bahasa. Oleh itu,
kecerlangan bahasa Melayu adalah sebagai wahana yang memperkasakan identiti
bangsa Malaysia di bawah payung panji-panji negara. Sepatutnya semua rakyat
Malaysia patut berbangga kerana dengan adanya bahasa ini mereka dapat berkomunikasi
sehingga dapat merentas sempadan kaum dan etnik. Alangkah hebatnya bahasa
kebangsaan kita apabila terkenal di seantero polosok alam sebagai bahasa dalam
sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Biarlah sampai bila-bila masa pun,
dunia akan mengenali Malaysia dengan identiti bahasa kebangsaannya sendiri
Semua
pihak telah maklum bahawa Malaysia ditakdirkan menjadi sebuah negara yang
bersifat multikaum. Kepelbagaian etnik telah meletakkan suatu situasi halangan
komunikasi yang amat dalam jurangnya. Akasnya, tidak berlaku kepada Malaysia
apabila bahasa kebangsaan berjaya menjadi jurubicara dalam interaksi perpaduan.
Kita amat pasti di mana-mana jua ceruk rantau Malaysia tiada sesiapapun yang
tidak memahami bahasa Melayu. Benarlah seperti ungkapan lirik dalam bait yang
ketiga, “Bahasalah
menyatukan kita semu”. Kini dalam satu suara dan
senada bahasa kebangsaan menjadi alat yang paling ampuh untuk menyatukan 29.23
juta rakyat Malaysia. Menjelang abad milenium kini, peranan bahasa kebangsaan
bukan lagi terhad sebagai alat perpaduan tetapi menjangkau sebagai medium
komunikasi sama ada dalam dunia perniagaan, penyiaran dan industri media.
Sementara
itu, dalam dunia pendidikan, bahasa kebangsaan terus diberikan kepercayaan
sebagai bahasa pengantar utama. Mandat ini telah dimaktubkan sejak tahun 1956
lagi apabila Laporan Razak telah menyatakan bahawa, bahasa kebangsaan hendaklah
dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Pada hari ini jutaan anak
Malaysia yang telah terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan berjaya menjadi
bijak pandai dengan perantaraan bahasa kebangsaan. Walaupun dalam tempoh 55
tahun sahaja kita mendaulatkan bahasa sendiri sebagai medium pendidikan, namun
hasilnya cukup menakjubkan. Pada hal selama 446 tahun kita dibelenggu oleh
bahasa penjajah, kita tidak berjaya untuk ke mana-mana. Dengan kata lain,
daulat bahasa kebangsaan tetap tidak tergugat walaupun dalam beberapa waktu
belakangan terdapat usaha untuk mengembalikan bahasa Inggeris di persada
pendidikan. Namun begitu, usaha tersebut
tetap gagal kerana dibayangi oleh aura bahasa kebangsaan.
Sebagai
bahasa yang memiliki sistem yang teratur, bahasa kebangsaan turut berperanan
sebagai bahasa ilmiah dan bahasa yang mampu menuturi dunia sains dan teknologi.
Walaupun sering kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekeh bahasa Melayu,
sebaliknya pada hari ini suara tersebut telah hilang. Bahasa Melayu yang
dituturkan oleh 500 juta manusia, mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan bahasa-bahasa hebat seperti bahasa Inggeris dan Perancis.
Buktinya, pada hari ini jutaan intelek yang fasih lidahnya dengan bahasa Melayu
sedang menguasai institusi pengajian tinggi. Demikian pula dalam dunia
penulisan jutaan jilid buku ilmiah sedang dijadikan rujukan oleh para pelajar
di seantero alam. Lahirnya pakar-pakar seperti Profesor Ungku Aziz, Profesor Dr
Hamka, Profesor Syed Naquib dan ramai lagi ilmuwan tersohor semua bermula
dengan bahasa kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, semua
urusan rasmi kerajaan hendaklah beridentitikan kebangsaan. Justeru, bahasa kebangsaanlah yang menjadi
medium rasmi urusan kerajaan. Bahasa kebangsaan tetap mampu menjadi bahasa di
mahkamah, bahasa yang menjadi wacana pembuat dasar di Parlimen, malahan menjadi
bahasa mesra antara pemimpin dengan rakyat. Institusi penyiaran yang menjadi
penghubung rasmi antara kerajaan dengan rakyat telah sekian lama menjadikan
bahasa kebangsaan sebagai alat penyampai dasar-dasar negara. Kini jelas sekali
bahasa kebangsaan telah mampu mengangkat imej negara sebagai sebuah negara yang
tersohor di rantau ini. Malahan dalam masa yang sama bahasa Melayu turut
berkembang seiring dengan anjakan global persis tak lekang dek panas dan lapuk
dek hujan.
Kenali
batang lihatlah daunnya, justeru kenali bangsa, lihatlah bahasanya ialah
peribahasa yang menerangkan betapa setiap bangsa itu sentiasa dikenali
berdasarkan imej bahasa dan budaya mereka. Sejajar dengannya, bahasa kebangsaan
merupakan pancaran imej kepada bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa
memilih bangsa secara asal-usulnya, kepercayaan dan tradisi amalannya rakyat
Malaysia masih boleh hidup dalam situasi aman dan harmoni dengan perantaraan
bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mampu menguasai pelbagai bahasa
khususnya bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak pernah mengetepikan nilai-nilai
patriotik sebagai bangsa Malaysia. Oleh itu, di bumi yang kita bertapak ini, maka pertahankanlah kedaulatan bahasa
kebangsaan kita kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
CATATAN: Siri akan datang ulasan dan sampel soalan 4. Jangan terlepas peluang.
Sila dapatkan modul saya edisi 2013 yang akan siap dicetak pada khamis 31 Januari 2013. Modul ini akan membantu anda seratus peratus dalam usaha mahir mengarang. Sila hubungi saya segera dengan menelefon/mesej 019 4789803.
Saturday, January 19, 2013
ULASAN SOALAN NO 2 - SPM 2012
Assalamualaikum,
SOALAN : Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk 'Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama'.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Isu soalan : Isu kebersihan
Tema : Kebersiha kawasan sekitar tanggungjawab besama
Fokus jawapan : Peranan semua pihak menjaga kebersihan
ULASAN:
Soalan ini termasuk dalam dimensi masyarakat. Sebelum ini, dalam tahun belakangan soalan 2 adalah yang berkaitan dengan dimensi keluarga. Walau bagaimanapun, bermula 2012 soalan dimensi keluarga tidak lagi ditanya.
Kandungan isi jawapan bagi soalan ini hendaklah melibatkan semua pihak. Calon mesti bijak mengolahkan isi karangan yang berkaitan dengan cara-cara pihak berkaitan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan.
Soalan ini boleh dikategorikan sebagai soalan dengan isu yang ringan yang semua pihak dapat mengolahkannya.
Kelemahan calon jelas terlihat atas kurang upaya untuk memperlihatkan cara-cara pihak yang berkaitan memberikan sumbangan untuk mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan. Sila baca sebahagian daripada sampel karangan yang saya petik daipada modul saya.
MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Oleh : Amsyar Al Jamili
Bersih atau istilah dalam bahasa Arab iaitu nazifah adalah
menjadi akar kata daripada sepotong Hadith nabi SAW yang bermaksud, “Kebersihan
itu sebahagian daripada iman”. Huraian daripada Hadith di atas adalah
menuntut supaya semua pihak mengutamakan kebersihan dalam semua perkara.
Kebersihan lahir daripada hati nurani
dan diterjemahkan dengan sikap dan tingkah laku. Orang yang bersih jiwa nescaya
bersihlah sikap dan tindakan lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Namun begitu, agak
menyedihkan sejak belakangan ini, isu kebersihan terus menjadi wahana penting
dalam masyarakat apabila masih ada segelintir anggota masyarakat yang tidak
peka terhadap amalan yang sangat penting ini. Sikap mementingkan diri sendiri
dengan tingkah laku lempar batu sembunyi tangan terus menyumbang
terhadap pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelbagai prakarsa yang perlu
digemblengkan oleh semua pihak agar Malaysia terus kekal sebagai sebuah
negara yang bersih, sejahtera dan harmoni.
Inisiatif yang paling utama adalah lahir daripada
diri sendiri. Jikalau diukur daripada pernyataan Hadith Nabi yang bermaksud, “Setiap
anak itu adalah putih bersih, melainkan ibu bapalah yang bakal mencorakkan
warna untuk mereka” dengan jelas menerangkan bahawa setiap insan itu pada
asalnya bersih. Individu hendaklah menjadikan kebersihan sebagai mukadimah
dalam semua urusan hidupnya sama ada, kebersihan fizikal, pakaian dan makan
minum. Kebersihan hendaklah dijadikan kelaziman bukan paksaan. Malahan
kebersihan dan kekemasan sepatutnya dijadikan pancaran imej personaliti
seseorang. Sepatutnya sebagai insan yang sempurna, tampilkan diri dengan fizikal
yang kacak, pakaian yang segak dan pekerti yang hemah.
Di rumah ibu bapa menjadi individu terpenting untuk
memperkasakan model kebersihan dalam kalangan anggota keluarga. Sikap anak-anak
adalah ceminan kepada ibu bapa kerana mengenal perdu lihatlah pada daunnya.
Anak-anak harus ditanami sikap bersih yang bermula dari waktu bangun tidur,
kemas diri, makan minum, pakaian, aktiviti semasa dan seterusnya sehingga tidur
semula. Mereka harus dididik dengan tabiat suka akan yang cantik dan bersih
sebaliknya benci akan kekotoran. Apabila nilai ini tertanam pasak di dalam jiwa
anak-anak, nescaya ke mana-mana mereka pergi pun nilai yang sama tetap kekal.
Fenomena alam sekitar kita yang semakin tercemar sejak belakangan ini adalah
refleksi daripada tingkah laku anggota masyarakat yang tidak cukup asuhan
tehadap prakarsa kebersihan. Dengan hal yang demikian, ibu bapa bolehlah
dianggap sebagai arkitek kebersihan dan perancang mesra alam untuk diterapkan
kepada anak-anak. Dalam hal ini, terdapat sepotong Hadith Rasulullah yang
bermaksud, “Didiklah anak kamu yang bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang
lahad”.
NOTA : Dapatkan karangan penuh dalam modul saya edisi terbaru.
SIRI AKAN DATANG > SOALAN NOMBOR 3.
HEBAHAN 2013
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Atas segala kerendahan hati, saya menghebahkan siaran ini untuk mana-mana guru yang berminat dengan produk yang telah dihasilkan ini.
Atas segala kerendahan hati, saya menghebahkan siaran ini untuk mana-mana guru yang berminat dengan produk yang telah dihasilkan ini.
HAJI ISHAK BIN MD SHAH
SM TEKNIK ALOR SETAR
LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM,
05400 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
Telefon : 019 4789803
Tarikh : 20 JANUARI 2013
08 R’AWAL 1434
Pengetua/Guru
Kaunselor/Ketua Panitia,
SMK/SMTV/SMKA/SMABK :
.......................................................................................................
Tuan/Puan
Ceramah Teknik Mahir Mengarang
Bahasa Melayu Kertas 1/SPM
Dengan
segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.0 Alhamdulillah, Tabarakallah saya
menjunjung syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya memberi saya taufik
dan hidayah yang membolehkan saya meneruskan usaha di atas. Syukur dan terima
kasih kepada rakan-rakan guru kerana dengan teguran dan pandangan positif anda,
3 soalan Kertas 1 SPM di dalam Modul saya Edisi 2012 menepati soalan SPM
November 2012 ( Rujuk ms 59, 71 dan ms 75).
Oleh hal yang demikian, saya
beriltizam untuk meneruskan wacana mujahadah ilmu seperti di atas bagi sesi
2013 pula.
2.1 Berikut
ini disertakan butir-butir tentang diri saya:
(i)
Berpengalaman mengendalikan
ceramah dan bengkel BM/SPM kepada para pelajar dan guru-guru sejak 1997 dan
telah mengendalikan lebih 500 program bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
(ii)
Telah menghasilkan 13 siri modul
pembelajaran kendiri (modul kertas 1)
(iii)
Panel penulis buku-buku Bahasa
Melayu terbitan SASBADI SDN BHD dalam
siri, VISTA, NEXUS, TARGET, XPRESS PRO, BRAVO, BOOSTER, JUARA dan Contoh Jawapan Soalan BM SPM (Siri 2006 – 2010)
(iv)
Aktif menulis Blog tentang TEKNIK MAHIR MENGARANG BM SPM
(v)
Penyampai Program BM di Radio 3, Kedah Fm (2005 – 2009)
(vi)
Berpengalaman sebagai pemeriksa
dan Ketua Pasukan Kertas 1
3.0 Insya-Allah ceramah pada tahun ini juga
akan disokong sepenuhnya dengan penggunaan MODUL
MAHIR MENGARANG seperti di bawah memandangkan sambutan baik daripada para
guru dan pelajar-pelajar dalam sesi 2012. Oleh itu, bagi sekolah-sekolah yang
berminat bolehlah menghubungi saya dengan secepat mungkin di talian (019 4789803) bagi membincangkan prosedur
pakej dan bayaran.
Atas
segala kerjasama dan minat tuan/puan memanfaatkan program ini, saya dahulukan
dengan terima kasih.
BERSAMA-SAMA KITA MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU
Hormat
daripada saya,
..............................................
(HAJI ISHAK BIN MD SHAH)
CATATAN : TEMPAHAN UNTUK MODUL ATAU
MODUL BERSAMA CERAMAH TEKNIK MENGARANG BOLEH DIBUAT BERMULA HARI INI.
TERIMA
KASIH GURU-GURU DAN SEKOLAH-SEKOLAH BERIKUT
|
Bil
|
Tarikh
|
Sekolah /Badan Pertubuhan
|
Penyelaras/Guru
|
|
1.
|
18 Feb 2012
|
SMT Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang
|
Puan Zafrunisyah Bt Md Ali
|
|
2.
|
24 Feb 2012
|
SMK Bukit Jambul Pulau Pinang
|
Puan Atiqah
|
|
3.
|
2 Mac 2012
|
SMK King Edward VII, Taiping, Perak
|
Puan Rodziah Bt Sulaiman
|
|
4.
|
2 Mac 2012
|
SMA Al Hidayah, Tanjung Piandang Perak
|
Puan Zuhaila
|
|
5.
|
3 Mac 2012
|
SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
|
Tn Haji Shahar Roslan
|
|
6.
|
9 Mac 2012
|
SMK Sultan Badlishah, Kulim Kedah
|
Puan Zaitan Bt Hashim
|
|
7.
|
10 Mac 2012
|
SMS Kepala Batas, Seberang Perai, PP
|
Puan Haslida
|
|
8.
|
11 Mac 2012
|
SMK Agama Yan, Kedah
|
Puan Shohelah
|
|
9.
|
12 Mac 2012
|
SMK Tanah Merah, Pendang, Kedah
|
Puan Faridah
|
|
10.
|
23 Mac 2012
|
SMK Methodist (P) George Town, PP
|
Encik Saravanan
|
|
11.
|
30 Mac 2012
|
SMK Kampung Jambu, Taiping, Perak
|
Pn Raja Zakian Bt Raja Leman
|
|
12.
|
31 Mac 2012
|
SMKA (P) Kangar, Perlis
|
Puan Saodah
|
|
13.
|
6 April 2012
|
SMK Seksyen 10, Damansara, KL
|
Puan Ang
|
|
14.
|
7 April 2012
|
SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya, S’ngor
|
Encik Zainol
|
|
15.
|
12 April 2012
|
SMK Sungai Koyan, Raub Pahang
|
Encik Zulkifli Taib (Pengetua)
|
|
16.
|
13 April 2012
|
SMK Seri Sepang, Salak Tinggi, Selangor
|
Puan Noraliza
|
|
17.
|
14 April 2012
|
SMK Sik Kedah (Kluster)
|
Encik Fishon
|
|
18.
|
20 April 2012
|
SMK Seri Kampar, Perak
|
Puan Sharifah
|
|
19.
|
21 April 2012
|
SMK Dato Maharaja Lela, Pasir Salak, Perak
|
Puan Siti Khodijah
|
|
20.
|
26 April 2012
|
SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut, T’ganu
|
En Wan Zahari Ali (Pengetua)
|
|
21.
|
27 April 2012
|
SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Phg
|
Encik Sahudin Karim
|
|
22.
|
28 April 2012
|
MRSM Trolak, Perak.
|
Puan Khairiah
|
|
23.
|
4 Mei 2012
|
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
|
Puan Noraini
|
|
24.
|
5 Mei 2012
|
MRSM Pengkalan Hulu, Perak
|
Puan Norasikim Bt Kassim
|
|
25.
|
11 Mei 2012
|
SMK (SBT) Lembah Bidong, Kuala T’ganu
|
Encik Mazlan Muda
|
|
26.
|
12 Mei 2012
|
SMK Kuala Besut, Terengganu
|
Puan Azlina
|
|
27.
|
18 Mei 2012
|
SMV Bentong, Pahang
|
Puan Noor Ilham
|
|
28.
|
19 Mei 2012
|
SMS Kubang Pasu, Kedah
|
Puan Mazlina Mohd Yusof
|
|
29.
|
28 Mei 2012
|
SMK Puteri Saadong, Kelantan
|
Puan Norasyikin Bt Jusoh
|
|
30.
|
29 Mei 2012
|
SMK Melor Kota Baharu, Kelantan
|
Encik Zuraidi Md Noor
|
|
31.
|
31 Mei 2012
|
SMK Jalan Damai, Bkt Mertajam PP
|
Puan Eng
|
|
32.
|
15 Jun 2012
|
SMK Bagan Serai, Perak
|
Puan Suriati
|
|
33.
|
15 Jun 2012
|
SMK Pengkalan Aur, Taiping, Perak
|
Puan Rohayah
|
|
34.
|
16 Jun 2012
|
SMK Pengkalan Pasir, Sbg Perai Utara, PP
|
Puan Hamidah
|
|
35.
|
22 Jun 2012
|
SMK Bandar Utama, Damansara 4, KL
|
Encik Alex Leong
|
|
36.
|
23 Jun 2012
|
20 buah SMK Daerah Kemaman
|
Pn Anisah (SMK Bkt Mentok)
|
|
37.
|
28 Jun 2012
|
SMK King Edward, Taiping (Kumpulan 2)
|
Pn Rodziah Sulaiman
|
|
38.
|
30 Jun 2012
|
SMK Sultan Badlishah (Kumpulan 2)
|
Puan Zaiton Hashim
|
|
39.
|
6 Julai 2012
|
SMT Seberang Perai, Pulau Pinang
|
Puan Rashidah
|
|
40.
|
13 Julai 2012
|
SMK Bercham, Ipoh Perak
|
Puan Fong
|
|
41.
|
14 Julai 2012
|
SMK Seri Keledang, Ipoh Perak
|
Puan Tan
|
|
42.
|
19 Julai 2012
|
SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah
|
Cik Nuriezatun
|
|
43.
|
20 Julai 2012
|
SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal
|
Encik Tan Chin Lee
|
|
44.
|
28 Julai 2012
|
SMK Buntong, Ipoh Perak
|
Puan Norasyikin
|
|
45.
|
5 Sept. 2012
|
SMK Dulang, Yan Kedah
|
Puan Norazlina
|
|
46.
|
16 Sept. 12
|
SMK Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah
|
-
|
|
47.
|
21 Sept. 12
|
SMK Tanjung Bunga, Pulau Pinang
|
Puan Afidah
|
|
48.
|
4 Oktober 12
|
SMKA Nibong Tebal, Sbg Perai, PP
|
Tn Hj Ahmad Othman
|
|
49.
|
13 Okt 2012
|
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
|
Encik Mastural
|
|
50.
|
13 Okt 2012
|
GPMS Cawangan Kedah
|
Encik Salihudin
|
|
51.
|
3 Nov. 2012
|
Program Pecutan SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang
|
Puan Norasyikin Ishak
|
* Kepada rakan guru terutama di Sabah dan Sarawak yang turut
membuat pesanan secara pos diucapkan terima kasih.
NOTA ; Untuk memperoleh maklumat lengkap tentang kandungan modul
dan bimbingan mengarang secara bersiri, sila layari BLOG saya ishakmdshah.blogspot.com
Semua kandungan dalam blog akan saya edit dan aktifkan semula
bermula 20 Januari 2013.
Terima
kasih atas sudi rakan-rakan berkongsi ilmu dan maklumat dengan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



