Assalamualaikum,
SOALAN : Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk 'Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama'.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Isu soalan : Isu kebersihan
Tema : Kebersiha kawasan sekitar tanggungjawab besama
Fokus jawapan : Peranan semua pihak menjaga kebersihan
ULASAN:
Soalan ini termasuk dalam dimensi masyarakat. Sebelum ini, dalam tahun belakangan soalan 2 adalah yang berkaitan dengan dimensi keluarga. Walau bagaimanapun, bermula 2012 soalan dimensi keluarga tidak lagi ditanya.
Kandungan isi jawapan bagi soalan ini hendaklah melibatkan semua pihak. Calon mesti bijak mengolahkan isi karangan yang berkaitan dengan cara-cara pihak berkaitan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan.
Soalan ini boleh dikategorikan sebagai soalan dengan isu yang ringan yang semua pihak dapat mengolahkannya.
Kelemahan calon jelas terlihat atas kurang upaya untuk memperlihatkan cara-cara pihak yang berkaitan memberikan sumbangan untuk mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan. Sila baca sebahagian daripada sampel karangan yang saya petik daipada modul saya.
MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Oleh : Amsyar Al Jamili
Bersih atau istilah dalam bahasa Arab iaitu nazifah adalah
menjadi akar kata daripada sepotong Hadith nabi SAW yang bermaksud, “Kebersihan
itu sebahagian daripada iman”. Huraian daripada Hadith di atas adalah
menuntut supaya semua pihak mengutamakan kebersihan dalam semua perkara.
Kebersihan lahir daripada hati nurani
dan diterjemahkan dengan sikap dan tingkah laku. Orang yang bersih jiwa nescaya
bersihlah sikap dan tindakan lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Namun begitu, agak
menyedihkan sejak belakangan ini, isu kebersihan terus menjadi wahana penting
dalam masyarakat apabila masih ada segelintir anggota masyarakat yang tidak
peka terhadap amalan yang sangat penting ini. Sikap mementingkan diri sendiri
dengan tingkah laku lempar batu sembunyi tangan terus menyumbang
terhadap pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelbagai prakarsa yang perlu
digemblengkan oleh semua pihak agar Malaysia terus kekal sebagai sebuah
negara yang bersih, sejahtera dan harmoni.
Inisiatif yang paling utama adalah lahir daripada
diri sendiri. Jikalau diukur daripada pernyataan Hadith Nabi yang bermaksud, “Setiap
anak itu adalah putih bersih, melainkan ibu bapalah yang bakal mencorakkan
warna untuk mereka” dengan jelas menerangkan bahawa setiap insan itu pada
asalnya bersih. Individu hendaklah menjadikan kebersihan sebagai mukadimah
dalam semua urusan hidupnya sama ada, kebersihan fizikal, pakaian dan makan
minum. Kebersihan hendaklah dijadikan kelaziman bukan paksaan. Malahan
kebersihan dan kekemasan sepatutnya dijadikan pancaran imej personaliti
seseorang. Sepatutnya sebagai insan yang sempurna, tampilkan diri dengan fizikal
yang kacak, pakaian yang segak dan pekerti yang hemah.
Di rumah ibu bapa menjadi individu terpenting untuk
memperkasakan model kebersihan dalam kalangan anggota keluarga. Sikap anak-anak
adalah ceminan kepada ibu bapa kerana mengenal perdu lihatlah pada daunnya.
Anak-anak harus ditanami sikap bersih yang bermula dari waktu bangun tidur,
kemas diri, makan minum, pakaian, aktiviti semasa dan seterusnya sehingga tidur
semula. Mereka harus dididik dengan tabiat suka akan yang cantik dan bersih
sebaliknya benci akan kekotoran. Apabila nilai ini tertanam pasak di dalam jiwa
anak-anak, nescaya ke mana-mana mereka pergi pun nilai yang sama tetap kekal.
Fenomena alam sekitar kita yang semakin tercemar sejak belakangan ini adalah
refleksi daripada tingkah laku anggota masyarakat yang tidak cukup asuhan
tehadap prakarsa kebersihan. Dengan hal yang demikian, ibu bapa bolehlah
dianggap sebagai arkitek kebersihan dan perancang mesra alam untuk diterapkan
kepada anak-anak. Dalam hal ini, terdapat sepotong Hadith Rasulullah yang
bermaksud, “Didiklah anak kamu yang bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang
lahad”.
NOTA : Dapatkan karangan penuh dalam modul saya edisi terbaru.
SIRI AKAN DATANG > SOALAN NOMBOR 3.
Where can i get the full karangan of tis......
ReplyDelete