Sunday, December 27, 2015

2016 YANG PENUH HARAPAN





SELAMAT TINGGAL 2015 YANG PENUH CABARAN, SELAMAT DATANG 2016 YANG

PENUH HARAPAN


BERSAMA-SAMA KITA TUNGGU DEBARAN 2016

TERUSKAN KOMITMEN ANDA

INSYA-ALLAH, SAYA AKAN MENERUSKAN KOMITMEN BIMBINGAN MENGARANG INI 
DALAM BEBERAPA HARI SEBAIK JANUARI 2016 MENJENGAH. TERUSKAN MINAT 
ANDA.


SILA DAPATKAN MODUL SAYA BAGI EDISI 2016. SEBUAH MODUL YANG CUKUP LENGKAP DAN MESRA P & P UNTUK KEMAHIRAN MENGARANG. PADAT DENGAN INFO MENARIK, PANDUAN MENGARANG, SAMPEL KARANGAN BERTARAF 5 BINTANG DAN SOALAN LATIHAN AKTIVITI KENDIRI YANG MESRA PELAJAR
INSYA-ALLAH AKAN MULA SAYA EDARKAN PADA 
16 JANUARI 2016.

Wednesday, October 28, 2015

PANDUAN MUDAH MENGOLAH ISI

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Apa khabar anak-anak didik sekalian? Stres kan?  Jangan begitu. Banyaklah bawa beristighfar dan bersalawat. Insyaa-Allah, kita kembali tenang.

Pada kali ini, saya tergerak hati untuk memandu anak-anak didik tentang teknik mudah untuk mengolahkan isi karangan.  Ada  beberapa strategi yang perlu difahami sebelum anda mampu membuat huraian.

Langkah 1 :Kenal pasti isi utama anda adalah betul seperti dalam kehendak soalan

Langkah 2 : Isi utama hendaklah dijadikan sumber utama untuk anda membina ayat judul

Langkah 3 : Selepas membina ayat judul, pastikan huraian dibina dalam sekurang-kurangnya 3 ayat. Malahan yang terbaik adalah dalam 4 ayat

Langkah 4 : Kenal pasti instrumen utama huraian dengan menggunakan teknik gabungan 1H + 4W. Sekiranya anda telah diibimbing oleh para guru dengan pelbagai formula yang lain dan sesuai dengan keupayaan anda, ayuh boleh anda amalkan. Bagi saya teknik 1H + 4W ini ialah teknik lama dan mudah untuk menjanakan idea.

* Kelebihan teknik 1H + 4W ini  adalah sebagai sumber untuk anda menjanakan idea segera. Selain itu huraian anda juga tidak bertele-tele hingga terkeluar trek. Hal tersebut demikian kerana anda sudah dikawal oleh suatu tugasan soalan yang anda telah janakan lebih awal.

Sebagai panduan, kita sambung semula huraian isi bagi soalan budaya membaca seperti yang telah saya bimbing dalam post yang lepas.

Isi ke-2:

Ayat rujukan isi/Ayat judul : Budaya membaca sebagai strategi untuk melahirkan masyarakat yang celik kemajuan

H1: Mengapakah celik? ...... memperoleh pelbagai input baru apabila membaca
H2: Apakah input tersebut? .... sentiasa dihidangi dengan maklumat tentang 
H3: Apakah bentuk kemajuan yang dicapai .....masyarakat di negara maju berjaya
H4: Bagaimana mereka lakukan ......mereka menjadi rakyat yang sentiasa meneroka perkara-perkara baru
H5 : Sempurnakan perenggan

Huraian lengkap :

    Budaya membaca juga sebagai strategi untuk melahirkan masyarakat yang celik ilmu. Hal  tersebut adalah benar kerana masyarakat yang sentiasa begulat dengan bahan-bahan bacaan  sudah tentu memperoleh pelbagai input baru dalam aktiviti membaca. Membaca yang diibaratkan, kita sedang berinteraksi secara senyap dengan golongan bijaksana samalah seperti kita sentiasa dihidangi dengan maklumat tentang segala kejayaan dan kemajuan yang sedang ditempa oleh pihak lain. Hal-hal yang berkaitan dengan penemuan baru oleh masyarakat di negara maju akan dipindahkan segara ke dalam bahan bacaan. Proses tersebut amat berkait rapat dengan inovasi dan kreativiti masyarakat maju  untuk berubah paradigma daripada yang baik kepada yang lebiih baik. Mereka sentiasa meneroka dan menyelidiki penemuan baru demi maslahat umum. Demikianlah hakikat membca, suatu penerokaan ilmu untuk keluar daripada dunia yang gelap kepada alam yang bersinar.


Isi 3 :

   Selain itu, budaya membaca merupakan wahana untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa agar dihormati dan dicontohi. Masyarakat Jepun sebagai contoh merupakan komuniti yang amat disegani oleh masyarakat di seantero pelosok alam. Hakikatnya mereka bukanlah bangsa yang amat gagah dengan logistik ketenteraan, sebaliknya mereka cukup autentik dengan ilmu pengetahuan. Apabila masyarakat dunia berbicara perihal teknologi dan kepakaran saintifik, justeru Jepunlah yang menjadi kiblat untuk rujukan. Alangkah hebatnya umat di negara matahari terbit yang pernah tewas dalam Peperangan Dunia Kedua itu. Walaupun pernah tewas dalam persaingan ketenteraan, namun dalam tempoh 70 tahun beberapa negara 'angkuh' di Barat terpaksa berlutut kepada Jepun demi menagih sedikit bantuan. Sebenarnya, kebangkitan Jepun buukanlah datang daripada kuasa ajaib yang luar biasa, sebaliknya atas sifat cakna mereka terhadap ilmu dan buku. 


INSYAA-ALLAH, DIIZINKAN MASA DAN KELAPANGAN KITA BERTEMU LAGI.



Saturday, October 17, 2015

RALAT

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Saya memohon maaf kerana berlaku sedikit kesilapan struktur ayat dalam karangan menghagai jasa tokoh yang telah saya muat naik semalam.

kesilapan.......jasa yang telah mereka sumbangkan

pembetulan ......jasa yang telah disumbangkan oleh mereka


Tunggu sampel  karangan yang baharu pula menyusul, sama ada malam ini atau esok.

Thursday, January 29, 2015

2015 YANG TAMBAH MENCABAR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 2015 yang penuh debaran akhirnya kita langkahi jua. Sudah 30 hari berlalu kita depani jejak-jejak awal dengan penuh berhati-hati. Kita yakin kerja buat yang lepas menjadi sebahagian daripada jurutunjuk yang membolehkan kita berjuang untuk hari yang mendatang. Insyaa-Allah dengan nekad dan yakin kita laksanakan. selagi mentari memancar dari ufuk timur selagi itulah perjalanan hidup normal terus berlaku.

Melatari jejak-jejak 2015, saya bersyukur kerana masih punya kudrat untuk melestarikan alam kebahasaan dalam bidang MAHIR MENGARANG INI diteruskan. Insyaa-Allah edisi seterusnya komentar dan ulasan tentang soalan SPM 2015 akan saya mulakan.

Buat peminat yang sedang menantikan kelahiran modul terbaru edisi 2015, alhamdulillah pada 25 Januari 2015 baru-baru ini lahirlah  dengan wajah dan isi kandungan yang turut diperbaharui sesuai dengan perubahan kurikulum dan kehendak KBAT.


Yang berminat hubungi saya segera.
019 4789803