1. 1.
Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa
petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Huraikan peranan
anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Pendahuluan: Perubahan
arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut
disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan
teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta.
Fenomena tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula
oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri
malah kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya,
berlakulah krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan
tercebur dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja tidak boleh
selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara
pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu diperkasakan oleh
remaja demi berhadapan dengan ancaman yang berbahaya itu.
Isi 1 : Mendalami ilmu agama dan moral – agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak – faham akan konsep
dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala perbuatan
baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal
Isi 2 : Meletakkan keutamaan belajar dan mencari
pengalaman demi masa depan – hanya ilmu dan
pengalaman sebagai jaminan masa depan
Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran – rakan sebagai pewarna kehidupan – tersalah memilih rakan boleh
mengundang mudarat – mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4 : Membina motivasi – motivasi merupakan enjin yang menggerakkan individu untuk mencari
kejayaan – tidak mudah terpedaya dan mengikut telunjuk rakan – mempunyai
matlamat masa depan yang terjamin
Isi 5 : Memahami dan mendalami dasar dan visi
negara – faham akan hala tuju negara – memahami
hasrat pemimpin – bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda
wawasan negara - tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara
Kesimpulan : Tokoh
falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang
mewah, sebaliknya berada dalam tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati
kata-kata hebat tersebut, saya begitu teruja untuk menjadi anak muda yang
berwawasan. Saya beriltizam untuk membina Malaysia yang tercinta ini menjadi
negara yang bebas daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya
daripada kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, saya dan rakan-rakan
hendaklah memilih jalan yang betul yang telah dirintis oleh generasi yang
terdahulu.
2.
2. Amalan membaca haruslah dipupuk kepada generasi muda untuk melahirkan
golongan yang berilmu pengetahuan.
Tuliskan satu
rencana tentang peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak.
NOTA : Sila rujuk
jawapan lengkap di dalam modul saya edisi 2018 ms 49
3. Terdapat
banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada
pelancong tempatan atau pun pelancong asing.
Huraikan kepentingan-kepentingan industri
pelancongan terhadap pembangunan negara.
Pendahuluan: Apabila
berbicara perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang sama ada
ke negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia Timur Jauh seperti Jepun,
Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain,
tanpa disedari ramai pula pelancong asing yang datang ke negara kita.
Berdasarkan laporan portal pelancongan negara, Malaysia berada di tangga yang
kesepuluh dalam kalangan negara-negara yang wajib dilawati. Destinasi utama
seperti Gunung Kinabalu dan taman pertanian Kundasang, Cameron Highland, Pulau
Perhentian, Pulau Langkawi dan banyak lagi destinasi telah lama gah dan
tersohor dan menjadi ciapan kepada pelancong asing dan tempatan. Oleh itu,
jelaslah bahawa Malaysia pun tidak kurang hebat dengan destinasi pelancongan
yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali kita manfaatkan demi faedah kepada
negara kerana industri pelancongan sangat banyak impaknya kepada kemajuan
ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.
Isi 1: Dari segi politik, hubungan antarabangsa
dengan negara asing semakin meluas – imej
Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong
Isi 2: Dalam aspek ekonomi – banyak sekali peluang ekonomi yang terjana – kemajuan yang
berkaitan dengan industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang
perhotelan – memajukan industri hiliran berkaitan pelancongan seperti makanan,
pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.
Isi 3: Dalam aspek sosial – masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada
interaksi dengan orang asing – aspek budaya – bahasa dan cara berfikir semakin
berkembang – gaya berfikir di luar kotak
Isi 4: Malaysia dapat memaksimumkan potensi
negara – sistem pengangkutan yang dibangunkan,
kemudahan prasrana, alam sekitar yang
terjaga dan semua potensi alam berjaya dimanfaatkan
Isi 5: Boleh mempertingkatkan tukaran asing – satu lagi peluang dalam bidang ekonomi – minat yang tinggi daripada
pelancong-pelancong dari Timut Tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh
meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.
Kesimpulan: Sektor
pelancongan sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada banyak negara
di dunia. Negara-negara terkemuka di Eropah seperti Switzerland, Perancis dan
walayah Scandinivia amat mesra kepada pelancong. Demikian juga dengan di Asia,
negara Jepun, Korea dan Thailand sering menjadi pilihan. Sesungguhnya, industri
pelancongan menjadi titian yang menyambungkan interaksi budaya, cara hidup
bahasa dan emajuan ekonomi. Walaupun industri pelancongan pada awalnya sering
dilabelkan dengan pelbagai implikasi yang negatif, namun imej tersebut boleh
diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri memiliki jati diri yang kuat terutama
dalam aspek budaya dan agama. Janganlah disebabkan
nilai setitik rosak susu sebelanga.
4. Kemasukan pelajar asing ke negara ini telah
menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang tersohor di peringkat global.
Huraikan faktor-faktor yang menarik minat
pelajar-pelajar dari luar negara untuk
melanjutkan pelajaran di negara ini.
Pendahuluan: Bandar raya
Kuala Lumpur semakin hampir mencapai taraf kosmopolitan apabila berada sebaris
dengan bandar-bandar besar dunia yang lain. Situasi itu diwarnai oleh
kepelbagaian aktiviti perniagaan, pendidikan, sosial dan kemajmukan
masyarakatnya yang datang dari seluruh dunia. Pada hari ini apabila berkunjung
ke bandar raya kebanggaan Malaysia itu, kita seakan-akan terasa seperti berada
di planet yang berbeza dengan lokasi yang lain di Malaysia sebagai kesan
daripada kepelbagaian sosial dan budayanya. Tempias di Kuala Lumpur turut
merebak ke bandar-bandar utama lain juga, seperti Pulau Pinang, Johor Baharu,
Ipoh dan kawasan Lembah Kelang yang semakin melimpah dengan kebanjiran
pelajar-pelajar asing. Kehadiran mereka ini adalah selaras dengan dasar negara
yang menggalakkan IPTA dan IPTS membuka pintu kepada pelajar antarabangsa. Dikhabarkan
kebanjiran mendadak pelajar-pelajar asing ke Malaysia adalah disokong oleh
pelbagai faktor positif sebagai daya tarikan.
Isi 1: Secara relatifnya kadar yuran pengajian
dan kos sara hidup di Malaysia adalah rendah
-
Kadar mata wang RM
adalah lebih rendah daripada mata wang utama dunia
-
Belanja kos hidup
dan biaya pengajian lebih murah
Isi 2: Situasi pengajian dan pembelajaran di
Malaysia yang selamat selesa dan kondusif
-
Jaminan keselamatan
dalam negeri yang aman
-
Tingkah laku
masyarakat Malaysia yang sopan dan berbudaya tinggi
-
Semua kampus dan
prasarana IPTA dan IPTS yang moden dan kondusif
Isi 3: Silibus pengajian tinggi di Malaysia
mendapat penarafan akreditasi antarabangsa
-
Lulusan IPT Awam
mahupun swasta diterima di mana-mana negara di dunia
-
Tenaga pengajar
yang profesional dan ramai yang berkelulusan dari IPT di negara maju
Isi 4: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di IPT memudahkan pengajaran
-
BI sebagai bahasa antarabangsa
dan bahasa ilmu yang merentasi dunia
-
Semua pelajar
antarabangsa boleh berkomunikasi dalam BI
-
Sumber rujukan
dalam BI juga mudah didapati di premis-premis jualan buku mahupun di pusat
sumber awam
Kesimpulan: Peribahasa telah menyatakan, di mana-mana ada
air di situ ada ikan, adalah dengan jelas menunjukkan manusia akan berpusu-pusu
ke sesuatu tempat apabila wujudnya peluang di tempat tersebut. Demikianlah
halnya dengan peluang menuntut ilmu seperti yang disajikan oleh Malaysia kepada
semua anak muda di seluruh dunia. Kepada Malaysia, peluang ini diibaratkan
seperti sambil menyelam minum air kerana pelbagai peluang ekonomi dan sosial
boleh dijanakan daripada polisi yang bersifat “menang menang” ini.
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بسيهات
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالاحساء