Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menyepi, pada petang yang mulia saya kongsikan sedikit panduan untuk anak-anak calon SPM 2018. Sila ikuti;
BIMBINGAN BAHASA
MELAYU SPM, KERTAS 1
PENGENALAN: Kertas 1 BM SPM merupakan bahagian
terpenting dalam keseluruhan aspek yang ditanya dalam soalan SPM. Bahagian ini
yang terdiri daripada 2 kertas iaitu Karangan Rangsangan (A) dan karangan umum
(B) memuatkan keseluruhan 130 markah.
KONSEP
KARANGAN: Karangan boleh didefinisikan sebagai
seni menyampaikan idea yang bernas dengan perantaraan bahasa yang kemas,
tersusun serta menepati ciri-ciri hukum tatabahasa. Pelbagai ragam dan laras
bahasa penting untuk diadunkan ketika menulis karangan. Hal ini penting untuk
membangkitkan kesan yang mendalam terhadap idea dan hujah yang bakal
disampaikan. Selain itu, sejajar dengan penerapan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT), karangan hendaklah
ditulis dalam pemeringkatan idea dan keupayaan untuk mengaplikasikan domain
pengetahuan, menganalisis, mencerakin dan mencipta. Pada peringkat SPM, KARANGAN B merupakan nadi utama
yang menentukan calon mendapat skor A+
atau sebaliknya. Hal demikian adalah penting kerana KARANGAN B membawa muatan markah terbesar iaitu 100 markah.
BINAAN SOALAN: Binaan
soalan adalah berdasarkan 6 kategori utama yang dikenali sebagai dimensi.
Terdapat 5 dimensi dan satu unsur sastera.
1. DIMENSI DIRI – Soalan dalam dimensi diri banyak menyentuh isu umum yang
ada kaitan langsung dengan individu. Hal-hal yang berkaitan dengan jati diri,
matlamat hidup, pembentukan personaliti, persahabatan, pendidikan, kerjaya dan banyak
lagi. Respon jawapan dalam dimensi diri hendaklah merujuk kepada diri anda
sendiri. Dalam jawapan yang dikemukakan, calon hendaklah merujuk dirinya
sebagai watak penting dalam jawapan tersebut. Seandainya tentang cita-cita dan
matlamat hidup, maka calon hendaklah perihalkan matlamat dirinya sendiri.
Sebagai lazim soalan dimensi diri akan mengambil tempat sama ada dalam soalan 1
mahupun soalan 2.
2. DIMENSI KELUARGA - Soalan ini mengambil tapak kehidupan berkeluarga sebagai asas binaan
isu dan tema dan tugasan soalan. Soalan yang ditanyakan adalah berkaitan dengan
hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Pemberatan soalan terbahagi kepada:
i.
Peranan ibu bapa atau keluarga kepada anak-anak
ii.
Peranan anak-anak kepada ibu bapa
PERINGATAN: Sebagai lazim
soalan ini amat popular dalam soalan 2. Amat jarang malah hampir tiada bentuk
soalan yang ditanyakan melibatkan peranan secara bersama di pihak ibu bapa dan
anak-anak dalam satu-satu isu yang dikemukakan. Isu-isu yang kerap dibangkitkan
adalah berkaitan dengan kasih sayang, tanggunggjawab, kecemerlangan pelajaran
anak-anak, sikap membalas budi, pembentukan keluarga bahagia dan membangunkan
sahsiah anak-anak yang terpuji.
3. DIMENSI UMUM – Dimensi Umum turut dikaitkan dengan Dimensi Masyarakat yang banyak membicarakan perihal penglibatan
umum sama ada individu, anggota masyarakat, institusi, organisasi, NGO dan juga
kerajaan. Kebanyakan tema soalan yang dikemukakan adalah yang berkaitan dengan
isu umum sama ada peranan masyarakat ataupun kesan terhadap sesebuah institusi
atau organisasi
i. Pemberatan jawapan hendaklah mengambil kira peranan mana-mana pihak
yang boleh dikaitkan dengan isu dan tema soalan.
ii. Penggantian diri seperti ‘kita’, pelbagai pihak’ dan ‘masyarakat umum’
adalah sesuai digunakan untuk merujuk ketepatan pihak yang terbabit.
iii. Sebagai rujukan mudah soalan yang berkaitan dengan dimensi masyarakat
kerap kali terdapat dalam soalan 2 @ 3.
4. DIMENSI NEGARA – Dimensi Negara yang dianggap sebagai soalan aras tinggi oleh para
pelajar sebenarnya tidak sesukar seperti yang disangkakan oleh calon-calon.
Dengan sedikit kelebihan rajin mengambil tahu perihal dan fenomena semasa sudah
mencukupi untuk calon menjawab soalan ini. Rujukan mudah tentang isu yang
dibangkitkan ialah tema yang berkaitan dengan dasar, polisi, matlamat dan
perancangan kerajaan/negara. Antara isu yang pernah dikemukakan adalah seperti
berikut:
i.
Dasar perpaduan negara
ii.
Dasar keselamatan sosial dan keselamatan negara
iii.
Dasar bahasa
iv.
Dasar pelajaran
v.
Dasar pemakanan negara
vi.
Dasar pertanian
vii.
Dasar kebudayaan dan warisan
5. DIMENSI ANTARABANGSA (GLOBAL) – Dimensi Antarabangsa ialah soalan tetap yang
ditanyakan dalam soalan 4. Soalan ini merangkumi segala aspek yang berkaitan
dengan situasi semasa dunia, hubungan luar Malaysia dengan masyarakat
antarabangsa. Isu-isu berbangkit adalah berkaitan dengan keselamatan, hubungan
diplomatik, kejiranan antarabangsa, isu penindasan, keamanan dunia dan amalan
saling bergantungan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
6. UNSUR SASTERA – Soalan Unsur Sastera merupakan soalan tetap yang akan ditanyakan
dalam soalan 5. Berpandukan soalan yang lepas-lepas, unsur sastera terbahagi
kepada 3 kategori soalan yang sering ditanaya adalah seperti berikut:
i.
Kategori kreatif – calon diberikan
tema tertentu dan mereka dikehendaki menulis cerita atau cerpen yang
mudah-mudah berkaitan dengan tema.
ii.
Kategori separa
kreatif – calon
diuji berdasarkan pemahaman mereka tentang bahan KOMSAS seperti unsur tema,
persoalan, nilai, pengajaran, perwatakan dan latar. Sejak belakangan ini,
soalan dalam bentuk ini akan diambil terus daripada mana-mana unsur sastera
sama ada puisi mahupun prosa berdasarkan teks kajian murid di dalam kelas.
iii.
Kategori bukan
kreatif – soalan
dalam kategori ini berdasarkan respon dan taakulan murid terhadap isu-isu
semasa yang berkaitan dengan isu seni dan kesusasteraan. Soalan akan
dikemukakan dalam tema umum seperti galakan supaya gemar membaca karya-karya
sastera dan sebagainya. Respon jawapan bagi kategori ini adalah dalam bentuk
karangan biasa
PERINGATAN: Daripada 5 dimensi
dan 1 unsur sastera yang ditetapkan dalam sukatan peperiksaan SPM, satu dimensi
akan digugurkan sebagai langkah untuk mencukupkan 5 soalan. Daripada 5 soalan
yang ditanya, calon hendaklah bijak dan benar-benar menguasai satu soalan
sahaja yang perlu dijawab. Kesilapan mengenal pasti dimensi, isu dan tema pasti
membawa padah kepada calon. Perlu diambil ingatan kegagalan untuk memperoleh
markah aras cemerlang bagi karangan umum, peluang untuk calon memperoleh skor A+
atau A adalah agak gayat.
SELAMAT
MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2018. BERHATI-HATI MEMILIH SOALAN.
Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
ReplyDeletehttps://dashboardwarning.com/
ReplyDelete