Saturday, January 19, 2013

HEBAHAN 2013

  Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Atas segala kerendahan hati, saya menghebahkan siaran ini untuk mana-mana guru yang berminat dengan produk yang telah dihasilkan ini.




HAJI ISHAK BIN MD SHAH
SM TEKNIK ALOR SETAR
LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM,
05400 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

Telefon : 019 4789803


                                                                                           Tarikh : 20 JANUARI 2013
                                                                                           08 R’AWAL 1434
 

Pengetua/Guru Kaunselor/Ketua Panitia,

SMK/SMTV/SMKA/SMABK : .......................................................................................................

Tuan/Puan
Ceramah Teknik Mahir Mengarang  Bahasa Melayu Kertas 1/SPM
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.0       Alhamdulillah, Tabarakallah saya menjunjung syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya memberi saya taufik dan hidayah yang membolehkan saya meneruskan usaha di atas. Syukur dan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana dengan teguran dan pandangan positif anda, 3 soalan Kertas 1 SPM di dalam Modul saya Edisi 2012 menepati soalan SPM November 2012 ( Rujuk ms 59, 71 dan ms 75).

            Oleh hal yang demikian, saya beriltizam untuk meneruskan wacana mujahadah ilmu seperti di atas bagi sesi 2013 pula.

2.1       Berikut ini disertakan butir-butir tentang diri saya:

(i)                   Berpengalaman mengendalikan ceramah dan bengkel BM/SPM kepada para pelajar dan guru-guru sejak 1997 dan telah mengendalikan lebih 500 program bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
(ii)                 Telah menghasilkan 13 siri modul pembelajaran kendiri (modul kertas 1)
(iii)                Panel penulis buku-buku Bahasa Melayu terbitan SASBADI SDN BHD dalam siri, VISTA, NEXUS, TARGET, XPRESS PRO, BRAVO, BOOSTER, JUARA  dan Contoh Jawapan Soalan BM SPM  (Siri 2006 – 2010)
(iv)                Aktif menulis Blog tentang TEKNIK MAHIR MENGARANG BM SPM
(v)                 Penyampai Program BM di Radio 3, Kedah Fm (2005 – 2009)
(vi)                Berpengalaman sebagai pemeriksa dan Ketua Pasukan Kertas 1

3.0       Insya-Allah ceramah pada tahun ini juga akan disokong sepenuhnya dengan penggunaan MODUL MAHIR MENGARANG seperti di bawah memandangkan sambutan baik daripada para guru dan pelajar-pelajar dalam sesi 2012. Oleh itu, bagi sekolah-sekolah yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan secepat mungkin di talian (019 4789803) bagi membincangkan prosedur pakej dan bayaran.

Atas segala kerjasama dan minat tuan/puan memanfaatkan program ini, saya dahulukan dengan terima kasih.

BERSAMA-SAMA KITA MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU


Hormat daripada saya,

..............................................        
(HAJI ISHAK BIN MD SHAH)


CATATAN : TEMPAHAN UNTUK MODUL  ATAU MODUL BERSAMA CERAMAH TEKNIK MENGARANG BOLEH DIBUAT BERMULA HARI INI.


TERIMA KASIH GURU-GURU DAN SEKOLAH-SEKOLAH BERIKUT

Bil
Tarikh
Sekolah /Badan Pertubuhan
Penyelaras/Guru
1.
18 Feb 2012
SMT Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang
Puan Zafrunisyah Bt Md Ali
2.
24 Feb 2012
SMK Bukit Jambul Pulau Pinang
Puan Atiqah
3.
2 Mac 2012
SMK King Edward VII, Taiping, Perak
Puan Rodziah Bt Sulaiman
4.
2 Mac 2012
SMA Al Hidayah, Tanjung Piandang Perak
Puan Zuhaila
5.
3 Mac 2012
SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Tn Haji Shahar Roslan
6.
9 Mac 2012
SMK Sultan Badlishah, Kulim Kedah
Puan Zaitan Bt Hashim
7.
10 Mac 2012
SMS Kepala Batas, Seberang Perai, PP
Puan Haslida
8.
11 Mac 2012
SMK Agama Yan, Kedah
Puan Shohelah
9.
12 Mac 2012
SMK Tanah Merah, Pendang, Kedah
Puan Faridah
10.
23 Mac 2012
SMK Methodist (P) George Town, PP
Encik Saravanan
11.
30 Mac 2012
SMK Kampung Jambu, Taiping, Perak
Pn Raja Zakian Bt Raja Leman
12.
31 Mac 2012
SMKA (P) Kangar, Perlis
Puan Saodah
13.
6 April 2012
SMK Seksyen 10, Damansara, KL
Puan Ang
14.
7 April 2012
SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya, S’ngor
Encik Zainol
15.
12 April 2012
SMK Sungai Koyan, Raub Pahang
Encik Zulkifli Taib (Pengetua)
16.
13 April 2012
SMK Seri Sepang, Salak Tinggi, Selangor
Puan Noraliza
17.
14 April 2012
SMK Sik Kedah (Kluster)
Encik Fishon
18.
20 April 2012
SMK Seri Kampar, Perak
Puan Sharifah
19.
21 April 2012
SMK Dato Maharaja Lela, Pasir Salak, Perak
Puan Siti Khodijah
20.
26 April 2012
SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut, T’ganu
En Wan Zahari Ali (Pengetua)
21.
27 April 2012
SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Phg
Encik Sahudin Karim
22.
28 April 2012
MRSM Trolak, Perak.
Puan Khairiah
23.
4 Mei 2012
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
Puan Noraini
24.
5 Mei 2012
MRSM Pengkalan Hulu, Perak
Puan Norasikim Bt Kassim
25.
11 Mei 2012
SMK (SBT) Lembah Bidong, Kuala T’ganu
Encik Mazlan Muda
26.
12 Mei 2012
SMK Kuala Besut, Terengganu
Puan Azlina
27.
18 Mei 2012
SMV Bentong, Pahang
Puan Noor Ilham
28.
19 Mei 2012
SMS Kubang Pasu, Kedah
Puan Mazlina Mohd Yusof
29.
28 Mei 2012
SMK Puteri Saadong, Kelantan
Puan Norasyikin Bt Jusoh
30.
29 Mei 2012
SMK Melor Kota Baharu, Kelantan
Encik Zuraidi Md Noor
31.
31 Mei 2012
SMK Jalan Damai, Bkt Mertajam PP
Puan Eng
32.
15 Jun 2012
SMK Bagan Serai, Perak
Puan Suriati
33.
15 Jun 2012
SMK Pengkalan Aur, Taiping, Perak
Puan Rohayah
34.
16 Jun 2012
SMK Pengkalan Pasir, Sbg Perai Utara, PP
Puan Hamidah
35.
22 Jun 2012
SMK Bandar Utama, Damansara 4, KL
Encik Alex Leong
36.
23 Jun 2012
20 buah SMK Daerah Kemaman
Pn Anisah (SMK Bkt Mentok)
37.
28 Jun 2012
SMK King Edward, Taiping (Kumpulan 2)
Pn Rodziah Sulaiman
38.
30 Jun 2012
SMK Sultan Badlishah (Kumpulan 2)
Puan Zaiton Hashim
39.
6 Julai 2012
SMT Seberang Perai, Pulau Pinang
Puan Rashidah
40.
13 Julai 2012
SMK Bercham, Ipoh Perak
Puan Fong
41.
14 Julai 2012
SMK Seri Keledang, Ipoh Perak
Puan Tan
42.
19 Julai 2012
SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah
Cik Nuriezatun
43.
20 Julai 2012
SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal
Encik Tan Chin Lee
44.
28 Julai 2012
SMK Buntong, Ipoh Perak
Puan Norasyikin
45.
5 Sept. 2012
SMK Dulang, Yan Kedah
 Puan Norazlina          
46.
16 Sept. 12
SMK Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah
-
47.
21 Sept. 12
SMK Tanjung Bunga, Pulau Pinang
Puan Afidah
48.
4 Oktober 12
SMKA Nibong Tebal, Sbg Perai, PP
Tn Hj Ahmad Othman
49.
13 Okt 2012
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Encik Mastural
50.
13 Okt 2012
GPMS Cawangan Kedah
Encik Salihudin
51.
3 Nov. 2012
Program Pecutan SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang
Puan Norasyikin Ishak

* Kepada rakan guru terutama di Sabah dan Sarawak yang turut membuat pesanan secara pos diucapkan terima kasih.


NOTA ; Untuk memperoleh maklumat lengkap tentang kandungan modul dan bimbingan mengarang secara bersiri, sila layari BLOG saya ishakmdshah.blogspot.com

Semua kandungan dalam blog akan saya edit dan aktifkan semula bermula 20 Januari 2013.

Terima kasih atas sudi rakan-rakan berkongsi ilmu dan maklumat dengan saya.
 




Friday, January 18, 2013

ULASAN SOALAN KERTAS 1 BM/SPM 2012

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya ambil peluang ini sebagai menunaikan janji untuk membuat ulasan tentang soalan bahagian B Karangan Umum.

Soalan : Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

 ULASAN :

Dimensi : Diri
Tema : Program motivasi
Fokus jawapan : Faedah-faedah yang diperoleh apabila menyertai program motivasi

Soalan ini hendaklah dijawab oleh calon tentang faedah yang mereka peroleh dalam sebarang program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jawapan yang terbaik apabila calon dapat mengaitkan feadah-faedah dengan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan sedikit kepada calon yang merujuk jawapan kepada dirinya dan rakan-rakan dengan menyebut kata ganti diri 'KITA'. 

Semua isi jawapan hendaklah berkaitan dengan aktiviti motivasi di sekolah. Sekiranya calon menjawab motivasi secara umum atau program motivasi oleh pihak sekolah, justeru markah pengolahan diturunkan.

KOMEN PEMERIKSA :

- Soalan ini adalah sangat mudah kepada calon memandangkan isunya sudah terlalu lazim kepada mereka.
- Sungguhpun demikian, sebahagian besar skrip yang disemak mendedahkan calon masih lagi kabur tentang cara menjawab soalan dimensi diri.
- Rata-rata calon  gagal mengambil manfaat daripada soalan ini apabila tidak memahami konsep DIMENSI DIRI

Sebagai ihsan, saya lampirkan sebahgian daripada contoh jawapan soalan ini yang telah saya susun semula. JAWAPAN PENUH SOALAN INI BOLEH ANDA DAPATI DI DALAM MODUL SAYA.


Seandainya dalam tiga dekad yang lalu, kata ‘semangat’ sering dirujuk sebagai tenaga dalaman untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Namun sejajar dengan perubahan waktu, kata ‘motivasi’ pula telah mengambil tempat. Motivasi dirujuk daripada Kamus Dewan adalah menerangkan maksud kuasa batiniah yang menggerakkan keinginan kuat untuk insan memperoleh kejayaan. Oleh itu, motivasi boleh dinukilkan sebagai kekuatan enjin dalaman yang membolehkan seseorang itu menggerakkan rohani dan jasmaninya demi menganjak paradigma kepada yang lebih baik. Pada hari ini motivasi bukanlah asing lagi kepada semua peringkat usia, malah maudhuknya sudah terlalu sinonim dengan masyarakat pelajar. Kini, dalam mengharungi arus yang semakin mencabar, terdapat para pelajar yang mudah luntur semangat dan akhirnya terbentur di pertengahan jalan. Oleh itu, dalam menangani fenomena ini, pelbagai program motivasi seperti Kem Jati Diri, Jati Diri Insan Soleh, Muhasabah Remaja Terbilang dan pelbagai program yang seumpama dengannya sering dianjurkan oleh unit kaunseling di sekolah-sekolah. Sebagai menyahut perubahan arus perdana untuk menjenamakan insan cemerlang, sekolah saya turut tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai program motivasi. Sebagai pelajar yang tidak pernah terlepas menyertainya, saya ingin berkongsi betapa besarya faedah yang diperoleh apabila kita mengambil bahagian dalam program seperti ini.

Selepas mengikuti beberapa siri program, secara jujur saya mengakui, betapa ceteknya pengetahuan dan pengalaman saya dalam mengharungi kehidupan dalam dunia yang mencabar. Alangkah luasnya saujana ilmu yang belum saya ketahui. Kini saya berasa diri benar-benar kerdil ibarat sebutir sampah yang hanyut di tengah-tengah samudera. Dalam Kem Muhasabah Remaja Terbilang sebagai contoh, tokoh-tokoh motivasi telah menghidangi saya dan rakan-rakan tentang persediaan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan jikalau mahu berjaya. Ilmu yang berkaitan dengan keagamaan, keduniaan, kemasyarakatan, dan pengalaman hendaklah dicari dan terminologinya hendaklah dalam usia remaja. Kini barulah saya insaf akan kebenaran kata-kata Pendeta Za’ba tentang  ilmu dalam sepotong syairnya yang berbunyi;

Ilmu alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparannya luas amat saujana
Tepiannya ajal sempadannya fana

Dengan kata lain, anak muda ialah aset besar yang menjadi tulang belakang kejayaan sesebuah negara. Hal demikian memerlukan anak-anak muda era kini mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan rohani untuk membina sahsiah yang cemerlang. Sebenarnya, program motivasi merupakan anak kunci untuk melahirkan insan yang bervisi dan memiliki pekerti modal insan yang tulus-mulus dalam aspek sahsiah dan akal  budi. Sepatah kata nasihat  daripada Imam al Ghazali, “Jikalau kamu mahu tentukan corak negara pada masa depan, lihatlah kepada remajamu pada hari ini”. Dalam program motivasi Jati Diri Insan Soleh, saya amat tersentuh hati nurani, apabila diberitahu Usamah Bin Zaid dan Saiyidina Ali Bin Abi Tholib merupakan dua orang anak muda yang menyumbangkan jasa besar terhadap kebangkitan Islam pada era awal. Sedarlah saya, betapa dayusnya anak-anak muda era kini yang hanya menjadi hero rempit, dadah dan pergaulan bebas. Sesungguhnya, amatlah realistik sekolah saya menganjurkan program motivasi ini yang telah memberikan impak kesedaran yang cukup besar kepada saya dan rakan-rakan.


 INILAH WAJAH SEBENAR MODUL SAYA BAGI EDISI 2013. PAPARAN DALAM SIRI YANG LEPAS ADALAH SALAH.



Sunday, January 13, 2013

2013 BERTANDANG LAGI

ASSALAMUALAIKUM/SALAM SEJAHTERA,

Rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

     Alhamdulillah, 2013 telah bertandang. Syukurlah kerana dengan kemurahan-Nya kita diberi kesempatan menghirup udara kehidupan dan usia kita dipanjangkan dalam sihat dan bahagia.

     Terlebih dahulu saya memohon maaf atas kelewatan berinteraksi di laman maya ini. Dalam waktu yang terdekat ini, saya terlalu sibuk dengan persiapan terakhir modul edisi 2013. Insya-Allah dalam masa 2 minggu keluarlah.

     Bagi memenuhkan janji saya dulu, insya-Allah dalam beberapa hari lagi, akan saya buat ulasan penuh soalan kertas 1 SPM 2012. Ulasan tersebut penting untuk panduan guru-guru mengenal pasti kehendak soalan. Contoh jawapan untuk semua soalan tersebut pula telah saya masukkan ke dalam modul saya.

     Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat dan taulan yang tidak putus-putus memberi saya teguran dan dorongan. Semua itu memberi suntikan semangat untuk saya terus menulis. Kita jumpa lagi

Terima kasih.

Alhamdulillah, tabarakallah. Inilah wajah muka depan modul saya.