Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang sudi melayani blog saya. Aktiviti saya terhenti agak lama setelah diserang demam yang agak merungsingkan juga. Apa2pun setakat hari ini dah kembali pulih. Alhamdulillah kepada Allah saya bersyukur.
Seperti yang saya janjikan dahulu, siri kali ini akan membantu saudara mengenal pasti kehendak dan item penting dalam soalan. Cuba telitikan soalan di bawah ini;
Anda amat mengagumi akan dedikasi guru-guru yang telah mendidik anda sehingga anda berjaya.
Tulis dedikasi anda itu untuk dipersembahkan kepada guru-guru.
- Dimensi : Diri
- Isu : Pendidikan/pelajaran
- Tema : Perihal mengenangkan jasa dan dedikasi para guru
v. Mod soalan : Mod merujuk kepada pengaruh emosi dalam soalan. Pemahaman terhadap mod membolehkan calon menghayati soalan dan dapat menentukan ketepatan laras bahasa.
Nota : Sebelum seseorang calon memilih untuk menjawab, pastikan anda faham akan item yang ada dalam soalan. Langkah ini membolehkan anda mengumpul seberapa banyak maklumat dan fakta sokongan.
SIRI AKAN DATANG: TEKNIK MENGGAYAKAN PENDAHULUAN
No comments:
Post a Comment