Monday, October 15, 2012

KEMATANGAN ISI

Assalamualaikum/Salam sejahtera;

Terima kasih kepada semua pengikut blog saya. Minta maaflah sebab saya tak begitu pandai untuk membina grafik dan kolum-kolum yang menarik. Saya belum ada masa untuk belajar. Orang utara kata 'tak dan'.

Dalam siri kali ini, saya akan melayan satu respon yang ditanya melalui kiriman SMS kepada saya. Soalan tersebut berkenaan dengan KEMATANGAN ISI. Ikuti jawapan dan ulasan penuh seperti di bawah ini:-

Tentang satu pertanyaan daripada peminat blog saya, dalam soalannya seperti yang berikut ini;

Soalan : “Cikgu, dari segi karangan terbuka, apakah yang dimaksudkan dengan kematangan isi?”

Jawapan : Isi ialah idea utama (IU) yang menjadi hujah kepada soalan. IU hendaklah dibina berdasarkan gabungan antara tema soalan dan fokus isi jawapan (kehendak soalan). Komponen isi lengkap dalam setiap perenggan boleh dipecahkan seperti yang berikut ini:

i)        Isi utama (IU)
ii)       Ayat sokongan – huraian yang dibina untuk memberi penjelasan lanjut kepada IU
iii)      Sumber contoh – fakta/ data atau apa-apa sumber yang boleh memperkukuh hujah IU yang diserapkan ke dalam ayat huraian

Apakah kematangan isi? – Kematangan isi boleh dirujuk sebagai sumber idea utama IU yang dikemukakan benar-benar menepati kehendak soalan. Ciri-ciri isi yang matang adalah seperti berikut:

i.        IU hendaklah akur dan tepat kepada tema dan kehendak soalan
ii.       IU hendaklah berbentuk idea besar atau isi pakej – jangan rujuk apa-apa contoh untuk dijadikan IU
iii.      Kematangan isi akan dinilai berdasarkan kualiti pemikiran pelajar. Pemikiran hendaklah peka kepada fenomena semasa, sumber-sumber rujukan yang mempunyai hujah dan fakta yang jelas dan tepat.
iv.      Kematangan isi turut diukur tentang cara calon membuat olahan

Lihat analogi ini sebagai contoh;

Fokus soalan tentang usaha-usaha memajukan industri pelancongan negara

IU/idea besarnya adalah seperti berikut;

1.  Membangunkan prasarana dan infrastruktur BUKAN membina jalan raya atau memperbanyak jumlah kenderaan pelancong

2.  Memperkasakan pusat-pusat ekopelancongan BUKAN menaik taraf pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan lain-lain

3.  Memperluas rangkaian promosi BUKAN iklan boleh dimasukkan ke dalam pesawat-pesawat keluar negara


 CERAMAH DI SMK SERI SEPANG, SELANGOR


No comments:

Post a Comment