Assalamulaikum/Salam sejahtera,
Bagi memenuhi janji saya, bersama-sama disertakan analisis Kecenderungan isu-isu penting dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2012 oleh 10 negeri termasuk SBP dan MRSM.
Analisis
kekerapan dan kecenderungan soalan kertas 1 ppspm 2012.
Dimensi
diri :
Jawapan untuk soalan hendaklah difokuskan kepada fungsi diri
sendiri atau peranan diri dengan pihak lain atau institusi/organisasi.
-
negeri-negeri
Perlis, Kedah, Johor, MRSM, dan Sarawak telah memberikan tumpuan tentang fungsi
remaja/pelajar kepada institusi yakni sekolah/guru.
-
negeri-negeri Pulau
Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, dan SBP masih memilih fungsi
kepada diri sendiri
CATATAN : Boleh dikatakan kecenderungan soalan untuk dimensi diri
masih mengutamakan kepada kepentingan peribadi daripada isu yang lain. Untuk
rekod, sudah 3 tahun berturut-turut soalan tentang dimensi diri adalah
berfokuskan diri sendiri. Oleh itu, ada kemungkinan soalan akan beralih arah
kepada fungsi diri dengan institusi atau organisasi pula.
DIMENSI KELUARGA :
Berdasarkan rekod, soalan (2) dimensi keluarga akan membuat
penggiliran antara peranan anak kepada keluarga dengan peranan ibu
bapa/keluarga kepada anak. Kecenderungan ini telah wujud sejak 2006 lagi. Walau
bagaimanapun, semua negeri kecuali Selangor dan Terengganu masih mengekalkan
status qou peranan keluarga/ibu bapa kepada anak-anak. Sebaliknya Selangor dan
Terengganu memilih peranan semua ahli keluarga. Sementara itu, Perak agak
tersasar apabila meletakkan peranan masyarakat.
CATATAN/KOMEN : Saya berpendapat, guru dan pelajar harus memberikan
fokus kepada peranan anak-anak pula untuk 2012.
Dimensi masyarakat :
Sementara dalam dimensi masyarakat pula (soalan 3), 5 negeri telah
meletakkan sasaran isu pelancongan sebagai pilihan soalan.
Isi-isu lain yang dipilih ialah, berjimat cermat (Perlis dan
Pahang), Pemuliharaan sumber sejarah (Kedah), Barangan tempatan (Perak),
Telefon bimbit (Selangor), 1M1S (Terengganu), OKU (Johor), makanan segera
(MRSM).
KOMEN/PANDANGAN : Berdasarkan kecenderungan soalan dalam tempoh 5
tahun belakangan, soalan 3 banyak memberikan tumpuan kepada isu-isu dan
dasar-dasar negara. Oleh itu, isu yang berkaitan dengan Gagasan 1Malaysia, 1M1S,
pelancongan dan transformasi dalam pendidikan negara hendaklah diberikan
perhatian.
TIADA KOMEN UNTUK Soalan 4
Bagi soalan berunsurkan
sastera pula, beberapa negeri sepakat memilih aspek nilai kemanusiaan,
faedah/pengajaran dan perwatakan watak utama. Selain itu, beberapa negeri masih
menekankan bidang kreatif.
RINGKASAN
KECENDERUNGAN SOALAN KERTAS 1 2012
Ø
Dimensi diri –
berkaitan diri dengan fungsi terhadap negara, institusi, organisasi selain
untuk diri sendiri juga.
Ø
Dimensi keluarga – peranan
atau sumbangan anak-anak terhadap keluarga khususnya dalam penambahbaikan
sesebuah keluarga
Ø
Dimensi masyarakat –
Pilihan utamanya ialah pelancongan, ekonomi (amalan cermat jimat), sukan 1M1S, dan
OKU.
Sekian komen saya tentang kedudukan soalan Kertas 1 PPSPM 2012. Berjumpa
semula dalam edisi akan datang dengan beberapa contoh karangan yang telah
dipilih daripada beberapa soalan PPSPM 2012.
Hormat daripada saya
ISHAK BIN MD SHAH
019 4789803
No comments:
Post a Comment