Assalamualaikum,
Alhamdulillah, 2015 yang penuh debaran akhirnya kita langkahi jua. Sudah 30 hari berlalu kita depani jejak-jejak awal dengan penuh berhati-hati. Kita yakin kerja buat yang lepas menjadi sebahagian daripada jurutunjuk yang membolehkan kita berjuang untuk hari yang mendatang. Insyaa-Allah dengan nekad dan yakin kita laksanakan. selagi mentari memancar dari ufuk timur selagi itulah perjalanan hidup normal terus berlaku.
Melatari jejak-jejak 2015, saya bersyukur kerana masih punya kudrat untuk melestarikan alam kebahasaan dalam bidang MAHIR MENGARANG INI diteruskan. Insyaa-Allah edisi seterusnya komentar dan ulasan tentang soalan SPM 2015 akan saya mulakan.
Buat peminat yang sedang menantikan kelahiran modul terbaru edisi 2015, alhamdulillah pada 25 Januari 2015 baru-baru ini lahirlah dengan wajah dan isi kandungan yang turut diperbaharui sesuai dengan perubahan kurikulum dan kehendak KBAT.
Yang berminat hubungi saya segera.
019 4789803
Bila boleh mai ke SMK Panglima Bkt Gantang lagi. Buku modul Mahir Mengarang ada ke lagi?
ReplyDelete