Assalamualaikum/salam sejahtera,
Saya mohon maaf kerana terpaksa menyepi agak lama. Penyepian yang yang berkaitan dengan kesibukan kerana pada setiap hujung minggu terpaksa memenuhi undangan rakan-rakan guru untuk menyampaikan ceramah. Dalam pada itu, mata kiri saya hampir kabur dan terpaksa dibuang selaput, mengikut kata doktor. Saya merayu rakan2 peminat blog saya mendoakan agar masalah ini segera sembuh untuk membolehkan saya kembali aktif.
Dalam siri kali ini saya akan membimbing tentang cara-cara membuat olahan isi karangan. Bahan yang saya lampirkan dalam ruangan ini diambil daripada modul saya dalam muka surat 15 - 16 (sila rujuk bagi sesiapa yang ada).
SOALAN :
Anda
bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Bincangkan
persediaan yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda itu.
PENDAHULUAN:
Olahan isu soalan ini menggunakan teknik petikan @ rujukan sumber yang berkaitan dengan tema soalan. Petikan yang diambil adalah daripada kata-kata mantan Presiden Indonesia (Sukarno) tentang maksud cita-cita. Lihat contoh lengkap pendahuluannya;
Berpandukan
kata-kata mantan Presiden Sukarno, “Gantunglah
cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu mencecah perlimbahan”
membuktkan bahawa kita hendaklah meletakkan impian yang tinggi seandainya mahu
mencapai kejayaan. Cita-cita menjadi pandu arah dan kompas matlamat hidup.
Cita-cita hendaklah disemai ketika usia muda dan terus dipupuk sehingga
berjaya. Melihatkan kejayaan golongan korporat dan usahawan, saya sangat teruja
untuk menjadi seorang usahawan dan membina sebuah empayar perniagaan sebaik
tamat pengajian. Namun begitu, saya sedar impian tersebut bukanlah mudah untuk
dicapai. Oleh itu, persediaan yang rapi hendaklah saya mulakan dari sekarang.
Saya yakin sekiranya saya bersedia dari sekarang, insya-Allah semua impian akan
menjadi kenyataan.
Isi karangan :
Isi karangan disusun mengikut pemeringkatan dengan ISI UTAMA (IU) dijadikan induk kepada perkembangan idea yang seterusnya ataupun yang disebut sebagai huraian. Sementara itu, semua ayat huraian menggunakan formula 1 + 4 + 1 = 6 ayat dalam setiap satu perenggan isi. Sila ikuti setiap isi yang disusun untuk panduan anda membuat huraian.
Isi 1:
Ayat
Isi Utama/Ayat Judul :- Saya sedar untuk
berjaya sebagai seorang usahawan, saya hendaklah menanamkan cita-cita untuk
berjaya dalam bidang yang dihajati sejak kecil...........
Isi-isi sokongan :
H1
: penanda
wacana amatlah penting kerana untuk berjaya kita perlu
mempunyai hala
tuju yang jelas.
H2
:
Saya sangat akur dengan hakikat bahawa hidup tanpa cita-cita ibarat
......................................................................................................(masuk
peribahasa yang sesuai)
H3
:
penanda
wacana merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa
mengikuti
perkembangan ikon-ikon yang telah
berjaya dalam bidang berkenaan
H4
: penanda wacana dimakbulkan
Tuhan, saya bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam
bidang ........................
(masukkan cita-cita anda sendiri)
Penutup
perenggan : penanda wacana hajat
terlaksana saya tidak akan putus-putus
berdoa ke hadrat Ilahi, moga-moga
memperoleh limpah rahmat-Nya.
Huraian lengkap :
Saya sedar untuk berjaya sebagai seorang
usahawan, saya hendaklah menanamkan cita-cita untuk berjaya dalam bidang yang
dihajati sejak kecil. Hak demikian amatlah penting kerana, untuk berjaya kita
perlulah mempunyai hala tuju yang jelas. Saya sangat akur dengan akikat bahawa
hidup tanpa cita-cita ibarat gahnya sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah.
Demi merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan
ikon-ikon yang telah berjaya dalam bidang perniagaan seperti mengikuti jejak
langkah Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seandainya, dimakbulkan oleh Tuhan,
saya bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam bidang
......................................... (masukkan cita-cita anda sendiri). Untuk
memastikan hajat terlaksana, saya tidak akan putus-putus berdoa ke hadrat
Illahi, moga-moga memperoleh limpah rahmat-Nya sama ada di dunia mahupun di
akhirat (105 patah perkataan).
Isi
2 :
Ayat
Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam merealisasikan
cita-cita tersebut, saya perlulah mengikuti jurusan pengajian yang sesuai sama
ada di peringkat menengah mahupun di IPT ............................
Isi-isi
sokongan :
H1
: Langkah tersebut
penting kerana ilmu pengetahuan yang dipelajari akan membantu
kita meneroka sesuatu bidang yang
sesuai
H2
: penanda wacana bidang yang
sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun dan
keusahawanan
H3
:
Sebagai asas dan permulaan, saya akan
berjinak-jinak dengan berlatih berniaga secara
kecil-kecilan seperti menjual
................................................... (masukkan perkataan
anda)
H4 : penanda
wacana di sekolah, saya hendaklah bergiat aktif dalam koperasi
sekolah dan
menjadi ahli persatuan keusahawanan
Penutup
perenggan : penanda wacana saya
amat yakin dengan kata-kita hikmat, “di mana-
mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Huraian lengkap :
Dalam merealisasikan cita-cita tersebut,
saya perlulah mengikuti jurusan pengajian yang sesuai sama ada di peringkat
menengah mahupun di IPT. Langkah tersebut adalah penting kerana ilmu
pengetahuan yang dipelajari akan membantu saya meneroka sesuatu bidang yang
sesuai dengan matlamat yang diimpi-impikan. Oleh itu, bidang pengajian yang
sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun dan ilmu keusahawanan. Sebagai
asas dan permulaan, saya akan berjinak-jinak dengan berlatih berniaga seperti
menjual kad prabayar, mencetak kemeja T, dan menjual bahan-bahan cenderamata
yang kecil-kecil dahulu. Sementara itu, sewaktu di sekolah, saya hendaklah
bergiat aktif dalam koperasi sekolah dan menjadi ahi dalam persatuan
keusahawanan. Sesungguhnya, saya amat yakin dengan kata-kata hikmat, “di
mana-mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. (106 patah perkataan)
Isi
3 :
Ayat
Isi Utama/Ayat Judul :- Langkah yang
paling tepat (strategik), saya hendaklah memulakan kerjaya berniaga sebaik
tamat pengajian di IPT.
Isi-isi
sokongan :
H1
: Langkah
tersebut penting supaya saya tidak perlu teragak-agak untuk mencari kerjaya
alternatif selain berniaga.
H2
:
penanda wacana semua ilmu
yang saya peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih
lagi
segar dalam ingatan dan dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin
H3
:
Apabila menceburi bidang perniagaan pada
usia yang masih muda, saya akan dapat
merasai pengalaman jatuh bangun dan
pahit getir dalam menjalankan perniagaan
H4
:
penanda
wacana semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih yakin
untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya
Penutup
perenggan : penanda wacana untung
dan rugi adalah lumrah dalam dunia
perniagaan, namun saya tetap berpegang
teguh dengan Sabda Nabi SAW bahawa,
“Sembilan
persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan”.
Huraian
lengkap :
Langkah yang paling tepat (strategik), saya
hendaklah memulakan kerjaya berniaga sebaik tamat pengajian di IPT. Langkah
tersebut adalah penting supaya saya tidak perlu teragak-agak untuk mencari
kerjaya alternatif (lain) selain berniaga. Manakala semua ilmu yang saya
peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih segar dalam ingatan dan dapat
dipergunakan dengan sebaik mungkin. Apabila menceburi bidang perniagaan pada
usia yang masih muda, saya akan dapat merasai pengalaman jatuh bangun dan pahit getir dalam menjalankan perniagaan.
Sebenarnya, semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih yakin untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sememangnya, untung dan rugi adalah
lumrah dalam dunia perniagaan, namun saya tetap berpegang teguh dengan Sabda
Nabi SAW bahawa, “Sembilan persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada
perniagaan”. (112 patah perkataan)
Isi
4 :
Ayat
Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam memastikan
niat untuk berjaya dalam dunia perniagaan, saya hendaklah mengamalkan disiplin
yang tinggi.
Isi-isi
sokongan :
H1
: penanda wacana bahawa
disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua yang
inginkan kejayaan.
H2
:
Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak
daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah adalah terlalu penting bagi seseorang
usahawan.
H3
:
penanda
wacana saya hendaklah mengamalkan sikap yang telus, menepati masa
dan
jujur apabila berurusan dengan
pelanggan.
H4
: penanda wacana saya
hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya akan
diri sendiri jikalau mahu berjaya.
Penutup
perenggan (PW) : penanda wacana
saya
hendaklah yakin bahawa disiplin,
keyakinan diri dan daya usaha adalah
menjadi intipati sesuatu kejayaan
Huraian
lengkap :
Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam
dunia perniagaan, saya hendaklah mengamalkan disiplin yang tinggi. Jelas sekali
bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua yang inginkan kejayaan.
Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu penting bagi
seseorang usahawan. Dengan hal yang demikian, saya hendaklah mengamalkan sikap
yang telus, menepati masa dan jujur apabila berurusan dengan pelanggan. Oleh
itu, saya hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya akan diri
sendiri jikalau mahu berjaya. Sudah sewajarnya, saya perlu yakin bahawa
disiplin, keyakinan diri dan daya usaha adalah menjadi intipati kepada sesuatu
kejayaan (96 patah perkataan).
Kesimpulan
:
Merujuk pepatah, membilang daripada esa,
mengaji daripada alif, hujan berpokok dan kata berpangkal membuktikan
bahawa semua urusan hidup kita hendaklah dimulakan dari awal. Setiap kejayaan
hendaklah dimulakan dengan gigih dan ikutlah tertib berkerja dengan disiplin
yang tinggi. Insya-Allah setiap niat yang baik dan disusuli dengan usaha yang
gigih pasti beroleh kejayaan.
NOTA : Semua guru/pelajar;
Karangan ini disusun dalam 4 isi sahaja. Formula 1 + 4 + 1 digunakan sebagai proses untuk membimbing pelajar-pelajar dalam pencapaian biasa. Bukan untuk pelajar yang terlalu cemerlang dan jauh sekali untuk pelajar lemah. Anda boleh menyemak rangka isi dan seterusnya meneliti tentang cara-cara huraian disusun dengan begitu teratur sekali.
SELAMAT MENCUBA. TERIMA KASIH
ANDA BOLEH MENYEMAK 3 LATIHAN LAGI DALAM BENTUK SUSUNAN TERANCANG SEPERTI INI SEKIRANYA ANDA MEMILIKI MODUL SAYA. SILA HUBUNGI SAYA DI 019 4789803 UNTUK MEMESAN MODUL ANDA.
modul tu brp ye harganye ?
ReplyDeleteSangat bagus...asikkkk-Susanti (citer upin ipin inilah dia kembar seiras seperti biasa)
ReplyDelete