Thursday, October 13, 2016

SPM 2016 YANG DITUNGGU-TUNGGU

ASSALAMUALAIKUM, Saya memohon maaf setelah 10 bulan meninggalkan anda tanpa perkhabaran. Sesungguhnya, saya amat sibuk dengan undangan ceramah di seluruh negara. Hingga kini sudah 106 venue yang saya hadiri. Penat, letih dan hilang fokus menyebabkan saya tiada kudrat untuk menumpukan kerja-kerja tambahan. Sebagai sokongan kepada anak-anak didik yang akan berdepan dengan SPM yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi, bersama-sama ini saya muat turun rangka isi karangan soalan Pep Percubaan semua negeri Malaysia untuk dijadikan rujukan. Semoga dengan sedikit sumbangan di sini mampu memberi suntikan berguna untuk anak-anak menghadapi saat getir berdepan dengan kertas pertama peperiksaan anda. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 Rangka/skema ini saya bina sebagai panduan untuk persediaan terakhir anak-anak didik membuat ulang kaji khususnya untuk kertas 1. Rangka ini tiada kena–mengena dengan soalan ramalan mahupun soalan spot. Elakkan daripada membuat sebarang spekulasi tentang soalan itu dan ini yang bakal keluar dalam SPM nanti. Rakan-rakan guru yang dihormati sekalian; Hingga had ini dahulu yang dapat saya siapkan skema/rangka isi soalan kertas 1 Pep. Percubaan SPM 2016, negeri-negeri di Malaysia. Atas faktor kekangan masa dan tempoh dengan peperiksaan SPM yang semakin hampir, saya muat naikkan dahulu mana-mana yang sempat disiapkan. Terdapat beberapa soalan lagi khususnya bagi negeri Sabah dan Melaka akan saya siapkan dalam tempoh yang terdekat. Saya memohom kemaafan atas segala bentuk kesalahan terutama kesalahan ejaan memandangkan saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengedit. Sukalah saya tegaskan di sini, rangka isi dan sampel karangan di sini adalah relevan untuk pelajar-pelajar kelas hadapan dan yang berpotensi untuk menggapai A++ sahaja. Idea dan bahasa yang saya kemukakan agak tinggi selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang kompetan. Hasil kerja ini ialah sumbangsih saya kepada rakan-rakan guru di seratus lima (105) buah sekolahh dan venue di seluruh negara yang telah memberi peluang kepada saya membimbing anak-anak didik mereka dalam kemahiran mengarang. Selain itu, bahan ini juga sebagai dedikasi saya kepada semua anak didik di seantero pelosok negara yang sedang berhadapan dengan panas bara SPM yang semakin membahang kini. Semoga usaha yang sedikit ini memberi impak yang cukup besar. Terima kasih kepada semua rakan guru yang telah memberikan segala teguran ikhlas dan garis pandu untuk saya terus berkarya dalam bidang ini. Ingatlah rakan-rakan, semua hasil kerja ini adalah daripada keringat dan benih akal saya sendri. Seratus peratus reka ciptanya dan kerah mindanya saya dedikasikan untuk anak-anak didik. Seyogia tiadalah pihak yang berwewenang mengeluarkan semula bahan ini dalam apa-apa cara untuk maslahat komersial. Atas apa-apa cara yang anda keluarkan semula, saya tiada kudrat untuk melarang, tetapi Allah yang lebih tuntas untuk membalas atas segalanya. Terima kasih. Sesungguhnya: JASA JADI KENANGAN BUDI JADI SEBUTAN NEGERI KEDAH Soalan 1 : Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan. CATATAN : SILA UBAH SUAI ATAU PADANKAN SOALAN INI DENGAN 2 SOALAN DI BAWAH: Amalan lama seperti budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat hendaklah disuburkan semula. Huraikan langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut dan kebaikannya (Ruj. Teks Tkn 4, Unit 1 Bhg 2). SET 1: Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita terus berpegang dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat. Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada) Isi 2 : Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku Isi 3 : Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi role model - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua - pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra Isi 5 : Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara generasi – elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni yang sudah lama berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih harmoni dan riang. SET 2 : Tradisi kejiranan yang telah diamalkan oleh masyarakat silam berjaya membendung anasir yang tidak baik seperti penganiayaan dan penderaan kanak-kanak Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap tersebut semula dalam kalangan masyarakat (Ruj. Teks Tkn 4, Unit 1 Bhg 3). Pendahuluan: Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golongan yang sangat mementingkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- Tempelak tersebut bagaikan sudah sinonim dengan gaya hidup manusia moden. Pegangan seperti itu sebenarnya mendatangi kita pelbagai implikasi negatif apabila masing-masing tidak ambil peduli walaupun jiran di sebelah rumah. Dengan sikap seumpama itulah akhirnya pelbagai tragedi seperti penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kini masyarakat mula dibebani sindrom resah dan ketakutan. Demi mengembalikan kehidupan yang sejahtera, aman dan harmoni, beberapa amalan murni hendaklah disemaikan semula dalam masyarakat. Isi 1 : Kembalikan sifat ingin menjaga tepi kain orang dengan amalan yang positif – sikap sentiasa ambil berat dan bertanya khabar dalam kehidupan masyarakat tradisi hendaklah dihidupkan semula. Isi 2 : Elakkan sikap yang terlalu bertuhankan material dan individualistik – meminggirkan diri daripada masyarakat arus perdana – gah dan sombong dengan kekayaan yang ada. Isi 3 : Memperkasakan dan menghidupkan roh amalan ziarah dan kejiranan – menghormati jiran tetangga seperti menjaga kepentingan diri sendiri – meneruskan tradisi rumah terbuka, kenduri-kendara, sambutan perayaan dan ziarah kesakitan serta kematian. Isi 4: Mewujudkan persatuan/induk masyarakat setempat – badan kebajikan penduduk/masyarakat – menjadi mata dan telinga kepada keselamatan penduduk serta perantara dengan pihak berkuasa keselamatan. Isi 5 : Bekerjasama dengan pihak polis – penubuhan Rakan Cops – sebagai suatu organisasi yang aktif mengawal ketenteraman dan menyokong pihak polis mencegah jenayah. Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong maksud Hadis yang menyatakan, “Kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam”. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini. Insya-Allah apabila amalan seperti ini dihidupkan semula nescaya kita terhindar daripada sebarang ancaman dan ketidaktenteraman. Soalan 2 : Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan. Namun begitu, sikap ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan cara-cara untuk menerapkan kesedaran tersebut. NOTA : SAMPEL JAWAPAN INI IALAH IHSAN DARIPADA MODUL SAYA EDISI 2014. Anasir vandalisme, membuang sampah merata-rata, merokok di tempat larangan, dan mengotori tempat-tempat awam merupakan fenomena biasa yang mudah dilihat dalam kalangan masyarakat kita. Sekali imbas, kita seakan-akan terfikir bahawa masyarakat kita masih belum bertamadun sedangkan kita sudah memasuki era milenium. Walaupun tahap celik akal masyarakat juga dikatakan semakin tinggi, namun tingkah laku yang mempamerkan tahap kerendahan disiplin masih berleluasa juga. Malu dengan imej kita terhadap masyarakat luar, semua pihak hendaklah lebih prihatin untuk mengenal pasti punca gejala ini semakin luntur dan seterusnya mengambil beberapa langkah praktikal untuk memantapkan semula tahap disiplin. Faktor prima yang membawa kepada menularnya gejala negatif ini adalah disebabkan oleh lunturnya semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Hal (fenomena) ini terjadi disebabkan generasi muda tidak pernah merasai susah payah dalam membangunkan sebuah negara. Empat puluh lima peratus kalangan rakyat Malaysia dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan. Ramai sekali dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang tanggungjawab terhadap negara, malah ada yang mempersendakan kemerdekaan negara. Oleh sebab itu, golongan ini menjadi kelompok buta sejarah lalu berkuburlah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Apabila roh patriotisme mula luntur daripada jiwa dan sanubari, runtuhlah tembok kekuatan sivik. Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam masyarakat turut menjadi hambatan kepada merosotnya kesedaran sivik. Faktor tersebut disebabkan manusia hari ini semakin hilang semangat setia kawan, kurang menghormati hak orang lain dan tidak menghargai hak dan kepentingan awam. Dalam kalangan jiran, semangat kejiranan telah luput dan individu lebih selesa hidup secara bersendirian, ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Apabila rasa hormat terhadap orang lain semakin hilang, justeru pupuslah budaya tegur-menegur yang secara tradisinya menjadi tautan dalam kalangan masyarakat. Dengan sebenar-benarnya, anutan terhadap nilai kebendaan dan individualistik telah membentuk suatu pola baru masyarakat yang hidup cara ‘nafsi-nafsi’. Kesudahannya, terbentuklah suatu pola masyarakat yang bersikap anarkis, menggunting dalam lipatan dan menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian masyarakat. Pemerkasaan semula doktrin sivik hendaklah dimulakan melalui sistem pendidikan. Langkah ini difikirkan sangat pragmatik kerana sistem pendidikan sahaja yang mampu membentuk acuan dan hala tuju rakyat. Sehubungan dengan perkara yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku sekolah mudah dibentuk pemikiran dan sikap mereka. Seandainya betul cara yang dididik, nescaya betul jugalah hala tuju dan landskap pemikiran rakyat. Suatu kaedah yang lebih praktikal, aspek pengetahuan sivik hendaklah digabungjalinkan dalam subjek akademik. Strategi tersebut lebih relevan daripada murid sekadar diajar menghafal fakta dan dalil semata-mata. Sehubungan dengan itu, isi kandungan kurikulum seperti dalam subjek bahasa dan kemanusiaan hendaklah hendaklah wujud nilai penyerapan yang tinggi terhadap pemerkasaan sivik. Apabila usaha ini dapat memberikan kesan mendalam di dalam jiwa dan sanubari murid barulah lahir insan syumul yang kaya dengan ilmu dan cakna dengan akal budi. Amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam kalangan masyarakat umum. Kebertanggungjawaban ini amatlah perlu kerana masyarakat umum juga mempunyai tanggungjawab terhadap kepentingan awam dan negara. Tanpa penegasan dan penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa mengamalkan nilai-nilai murni bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya sebagai imej peribadi sahaja. Apabila lunturnya perasaan bertanggungjawab, individu berasa bebas untuk melakukan apa-apa sahaja termasuk menjejaskan kepentingan awam. Oleh hal yang demikian, beberapa aspek dalam amalan sivik seperti bertanggunjawab, ketelusan dan menghormati hak asasi harus dijadikan terma dalam undang-undang. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia digemblengkan komitmen mereka dalam memaksimumkan amalan sivik bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Maruah sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan tingkah laku dan amalan budaya mereka. Orang lain dengan mudah melabelkan diri kita dengan pelbagai andaian apabila melihat cara kita bertindak. Oleh itu, jagalah maruah dan budi pekerti agar kita diiktiraf sebagai bangsa yang bertamadun. Oleh sebab itu segala-gala yang terpancar daripada tingkah laku mahupun tutur kata merupakan imej keperibadian yang terbina daripada pasak kekuatan sivik. Soalan 3 : Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul terhadap mutu pengangkutan awam di negara kita. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Pendahuluan : Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para pemandu terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak. Keadaan tersebut mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah keadaan yang bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan didengari sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Bagi kalangan warga kota, inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka harungi sejak puluhan tahun yang lampau. Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti menambahkan rangkaian lebuh raya, sebaliknya usaha tersebut sekadar dapat menambahkan kantong pemilik konsesi melalui kutipan tol tetapi masalah kesesakan terus menghantui para pemandu. Oleh hal yang demikian, penyelesaian yang berbentuk konvensional haruslah diperluas kepada penyelesaian yang bersifat menyeluruh melalui pelbagai inisiatif daripada semua pihak. Isi 1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar – mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional – pengangkutan awam lebih canggih, lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian – cadangan mewujudkan lorong khas untuk pengangkutan awam Isi 2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam – dapat menarik minat penumpang serta sesuai dengan pilihan mereka – kenderaan konvensional seperti bas dan teksi kepada kenderaan yang lebih sofistikated Isi 3 : Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian pengangkutan awam – menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran – sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien Isi 4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi kepada pengguna perkhidmatan awam – menukar paradigma berfikir masyarakat bahawa pengangkutan awam sekadar untuk golongan marhaen – logistik dan status kenderaan hendaklah memenuhi pilihan dan cita rasa setiap kelas masyarakat – ambil cara modus operandi perkhidmatan teksi Uber yang sangat efisien Isi 5 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal – untuk mengurangkan lambakan kenderaan dalam waktu puncak – mewujudkan jarak masa pekerja yang anjal antara agensi kerajaan, GLC, institusi pendidikan dan sektor swasta (perlu dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan) Isi 6 : Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha pengangkutan awam dalam budaya berfikir kelas pertama (pemikiran berkelas dunia) – menjadikan bidang pengangkutan awam sebagai pekerjaan yang mulia dan lumayan – menjadi pemandu yang berhemah, mesra pelanggan dan berilmu pengetahun – membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai kasar, baran dan pengotor Kesimpulan : Berpandukan kata-kata tokoh, “Jikalau mahu maju bersedialah untuk keluar daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani membuat anjakan paradigma barulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan insan-insan biasa yang mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari penyelesaian kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baru yang kreatif dan produktif dicetuskan segera. Biarlah lontaran idea tersebut tidak logik kepada sesetengah pihak tetapi relevan dalam menyelesaikan masalah yang tiada kesudahannya. KELANTAN Soalan 1 : Remaja kini sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif yang menjejaskan mereka sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja. Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu diperkasakan yang sememangnya menuntut semua pihak lebih bersungguh-sungguh menangani gejala ini. Isi 1 : ibu bapa perlu menanami anak-anak dengan ilmu agama dan moral – agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak – faham akan konsep dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal Isi 2 : Masyarakat harus mewujudkan keutamaan dan minat belajar dan mencari pengalaman demi masa depan dalam kalangan remaja – hanya ilmu dan pengalaman sebagai jaminan masa depan – gejala kemaruk hedonisme dalam kalangan anak-anak muda sejak belakangan ini harus dibanteras – masyarakat harus senada untuk memanfaatkan semua institusi dalam masyarakat seperti masjid dan rumah ibadatt untuk membentuk nilai dan jati diri remaja Isi 3 : Remaja juga harus bijak memilih rakan yang sealiran sama ada dalam aspek pembentukan jati diri dan matlamat hhidup – rakan sebagai pewarna kehidupan – tersalah memilih rakan boleh mengundang mudarat – mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO Isi 4 :Para pendidik harus mempertingkatkan ketahanan anak-anak diidik melalui saluran motivasi dan tajdid insani – motivasi merupakan enjin yang menggerakkan individu untuk mencari kejayaan – tidak mudah terpedaya dan mengikut telunjuk rakan – mempunyai matlamat masa depan yang terjamin Isi 5 : Remaja sendiri harus memahami dan mendalami dasar dan visi negara – faham akan hala tuju negara – memahami hasrat pemimpin – bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan negara - tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara Kesimpulan : Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang mewah, sebaliknya berada dalam tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati kata-kata hebat tersebut, kita berasa begitu teruja untuk berusaha melahirkan anak-anak muda yang berwawasan. Marilah bersama-sama beriltizam untuk membina Malaysia negara yang tercinta ini agar menjadi negara yang bebas daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya daripada kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, semua pihak hendaklah memilih wasilah yang betul seperti yang telah dirintis oleh generasi yang terdahulu. Soalan 2 : Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sekitar termasuklah dapat menjadi jalan perhubungan, sumber ekonomi, dan tempat rekreasi. Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai. NOTA : Soalan ini sepatutnya ditanya dalam soalan 1 sebab dalam bentuk berformat. Jawapan hendaklah disertakan dengan tajuk rencana da n nama penulis. Pendahuluan : Krisis bekalan air yang kerap dihadapi oleh beberapa negeri terutama pada masa kemarau panjang mendedahkan betapa sumber bekalan air di negara ini belum benar-benar terjamin. Fenomena bermusim ini kurang memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga kelestarian sungai agar terus menjadi sumber bekalan air yang selamat, bersih dan mencukupi. Nasib yang menimpa beberapa batang sungai di negara ini seperti sungai Klang, sungai Sagil, sungai Juru dan sungai Linggi sering menjadi buah mulut betapa kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan sungai amatlah rendah. Oleh hal yang demikian, rencana ini akan cuba mengupas tentang kepentingan sama ada kepada kelestarian alam mahupun sumbangannya kepada kemanusiaan sejagat. Isi 1 : Sungai secara tradisi telah menjadi sumber bekalan air yang utama kepada tamadun manusia – menyediakan bekalan air sama ada untuk aktiviti pertanian mahupun kegunaan domestik – dalam zaman silam semua urusan harian sama ada mandi-manda, membasuh dan air minuman diambil dari sungai Isi 2 : Sungai akan membentuk lembangan dan tanah rendah yang sesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan – lembangan yang terkenal seperti lembah Mekong, Lembangan Chao Pharaya, Lembah Irrawadi dan Lembangan Amazon – di sinilah bermula aktiviti pertanian yang membekalkan sumber makanan kepada manusia Isi 3 : Sungai dan cabang-cabang anak sungai sebagai habibat hidupan akuatik – sumber makanan utama seperti ikan dan udang galah ialah sumber makanan yang cukup bernilai Isi 4 : Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama masyarakat silam, selain turut menjadi sempadan pemisah antara wilayah sama ada negeri atau negara – manusia tidak perlu membina sendiri garis sempadan Isi 5 : Sungai sebagai landskap keindahan alam secara semula jadi – aliran air dan kesuburan tumbuhan di sepanjang aliran sungai membentuk pemandangan alam semula jadi yang amat permai dan damai – permukaan air sama ada sungai mahupun tasik menjadi penstabil yang menyejukkan suhu persekitaran Kesimpulan : Sesungguhnya, sungai, tasik mahupun paya merupakan sumber air semula jadi yang amat tinggi nilai sumbangannya kepada tamadun manusia. Sebijak manapun malah sekuat manapun kudrat manusia mereka tiada upaya untuk membina sebatang sungai yang bermula jauh di puncak gunung sehingga berakhir di muka laut. Demikianlah hebatnya kuasa Allah yang menjadikan langit dan bumi serta seluruh isi alam untuk maslahat hidup manusia. Alangkah bodohnya manusia apabila nikmat yang tidak terhingga itu dicemari dan dibazirkan. Soalan 3 : Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Pendahuluan : Dalam banyak peribahasa yang boleh kita kutip seperti ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis, besar periuk besarlah kerak atau besar pasak daripada gelegar semuanya menceritakan perihal amalan beringat-ingat, berwaspada dan berjimat cermat. Perihal malapetaka dan kesulitan yang mendatangi kita ibarat geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau. Sejajar dengan situasi genting yang melanda ekonomi global pada masa ini, justeru impak daripada peribahasa di atas amatlah relevan untuk kita perkasakan. Menabung merupakan amalan nilai murni yang sewajarnya menjadi pegangan utama kepada segenap pihak sama ada individu, masyarakat malahan pemerintah juga. Dengan hal yang demikian, sebagai refleksi daripada situasi kecundangan ekonomi yang sedang melanda negara kini, beberapa strategi amalan menabung hendaklah menjadi agenda utama dalam masyarakat. Isi 1 : Pihak kerajaan hendaklah merancangkan strategi ekonomi sama ada secara makro atau mikro – perancangan yang teratur dan jelas boleh menjadi garis panduan kepada semua pihak mengurus perbelanjaan – pelan-pelan strategi ekonomi sperti yang pernah dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan kempen menabung hendaklah dilaksanakan secara intensif – keberkesanan strategi mengurus belanja boleh membantu usaha menabung Isi 2 : Kerajaan hendaklah mempunyaii strategi jangka panjang khususnya dalam aspek kecukupan sumber makanan – dasar mengimport produk makanan dari luar yang telah mencecah 30 bilion setahun hendaklah disemak semula – memanfaatkan sebanyak mungkin potensi pertanian dan pembangunan semula tanah ladang dan sawah terbiar – penjimatan wang perbelanjaan import makanan boleh membantu meningkatkan tabungan wang negara Isi 3 : Sektor swasta perlu mengalihkan aktiviti ekonomi dalam bidang industri pembinaan semata-mata kepada industri pengeluaran hasil pertanian – pengeluaran hasil pertanian yang banyak adalah relatif kepada harga yang rendah, justeru lebihan boleh disimpan Isi 4 : Masyarakat hendaklah mempunyai kesedaran untuk membentuk gaya hidup sederhana daripada terlalu bermewah-mewah – trend masyarakat Malaysia belakangan ini terlalu versatil dan gemar bermewah-mewah seperti dalam upacara perkahwinan, sambutan perayaan, majlis-majlis rasmi dan perbelanjaan kediaman dan kenderaan mewah – Malaysia kini menduduki negara tertinggi kadar hutang isi rumah dan hutang kad kredit– tiada kesedaran untuk menabung Isi 5 : Secara mikro, ibu bapa harus mendidik anak-anak agar berjimat cermat – amalan menabung hendaklah bermula di rumah – anak-anak harus dididik supaya berbangga dengan seberapa banyak nilai yang dapat ditabungi berbanding wang yang dibelanjakan Kesimpulan : Jatuh bangun dan susah senang kehidupan adalah silih berganti ibarat roda yang sentiasa berputar. Setiap insan yang boleh berfikir rasional sepatutnya tahu akan realiti kehidupan yang tidak selamanya senang, ibarat tiada laut yang tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan, bahkan demikianlah dengan situasi ekonomi yang ada pasang dan surutnya. Oleh itu, langkah yang terbaik untuk menangani situasi genting itu adalah dengan memperkasakan amalan menabung dan berjimat cermat. Soalan 4 : Media sosial seperti FB,What Apps dan Twitter memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna di seluruh dunia. Jelaskan. Pendahuluan : Memetik peribahasa yang menyatakan, “Sekali air bah sekali pasir berubah” menunjukkan bahawa, kehidupan kita memang tidak dapat lari daripada dikejar perubahan dan kemajuan. Kemajuan datang bak air deras sehingga melanda tamadun dan peradaban. Demikianlah kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan ICT dalam media sosial seperti FB,What Apps dan Twitter kini telah membentuk dimensi dunia dengan pelbagai impak positifnya. Fenomena tersebut memungkinkan pelbagai peranti mudah alih dan gajet telah melimpah dalam pasaran. Situasi tersebut merupakan suatu pencapaian luar biasa dalam proses liberalisasi sistem maklumat tuntas dalam alam siber. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan tentang pro dan kontra namun tiada sesiapapun yang boleh lari daripada ledakan teknologi maklumat yang cukup canggih itu. Semua pihak harus menjadi rasional kerana teknologi maklumat ibarat batu permata jikalau disepuh menjadi permata, jikalau dibiar menjadi tongkol. Isi 1 : Media sosial berjaya menyempitkan dan mendekatkan komunikasi sosial – mewajarkan kata-kata, ‘dunia semakin sempit’. Isi 2 : Menyampaikan maklumat secara tepat, jelas dan asli lagi tulen – maklumat bergerak tanpa melalui perantara yang bertingkat-tingkat sehingga menjejaskan originalitinya Isi 3 : Mendekatkan hubungan dan interaksi sosial di seluruh persada dunia – komunikasi langsung dan lebih mesra tanpa dibatasi sempadan geografi sosial dan geografi politik – memupuk sifat saling hormat dan saling memahami Isi 4 : Inovasi sistem maklumat lebih canggih dan sofistikated - perantaraan sistem teknologi digital – inovasi seperti gambar, grafik dan dan ilustrasi membantu fakta dan data disampaikan lebih tepat Isi 5 : Mempercept segala urusan sama ada sama ada urusan secara peribadi mahupun agensi – semua maklumat berlaku secara segera seolah-olah pengirim dan penerima berada di sebalik dinding sahaja Kesimpulan : Kebanjiran pelbagai produk dalam ICT bagaikan air deras yang datang dari banjaran gunung. Andai diempang nescaya melimpah kalau dirempuh nescaya hanyut. Demikianlah suatu gambaran yang menunjukkan perkembangannya amat menakjubkan dan mencabar sekiranya gagal ditangani dengan bijaksana. Kewujudannya banyak memberi manfaat daripada mudarat. Walau bagaimanapun, pelbagai musibah akan terjadi apabila salah ditangani. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijaksana kerana jauharilah yang mengenal manikam. PERINGATAN : Memandangkan soalan ini dalam respon terbuka iaitu JELASKAN, calon boleh kemukakan isi tentang kelemahan sebagai relatif kepada kebaikan (maksudnya jika disalahgunakan). PULAU PINANG Soalan 1 : Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta akan negara. Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara anda. CATATAN : SILA PADANKAN SOALAN INI DENGAN MODEL KARANGAN DI BAWAH, IHSAN DARIPADA MODUL SAYA EDISI 2016. Sebagai seorang warganegara, anda sewajarnya berasa bangga atas kejayaan cemerlang negara dalam pelbagai bidang. Tulis pendapat anda tentang cara-cara yang anda harus lakukan untuk membuktikan kebanggaan anda itu. Sebagai apresiasi awal, izinkan saya memetik serangkap daripada lagu patriotik, MALAYSIA OH TANAH AIRKU seperti liriknya yang berikut ini, Malaysia oh tanah airku Tanah tempat tumpah darahku Negeri elok amat kucinta Yang kupuja sepanjang masa Demikianlah sebuah penglahiran seni yang memaparkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dicintai. Malaysia sebuah negara yang cukup harmoni sama ada dalam aspek landskapnya, hasil mahsulnya dan kemajuannya dalam segala bidang. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang warganegra yang tinggi nilai patriotiknya amat wajar sekali seseorang itu melahirkan perasaan bangga terhadap tanah airnya yang tercinta. Dalam hal tersebut, saya juga amat teruja dan berbangga dengan negara saya Malaysia yang amat fantastik ini. Atas rasa bangga tersebut, saya beriltizam untuk berusaha agar nusa yang bertuah ini terus berada di persada yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akar tunjang utama untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara adalah dengan lahirnya sifat taat setia dan nilai patriotik yang tinggi. Sesungguhnya, sebagai rakyat, saya amat terpanggil untuk terus menanamkan jiwa taat setia kepada negara. Pertamanya, kesetiaan hendaklah saya buktikan kepada pemerintah. Doktrin kedua dalam Prinsip Rukunegara iaitu Kesetiaan kepada raja dan negara pasti saya pegang sampai bila-bila. Yang Dipertuan Agung ialah payung negara manakala para pemimpin ialah sumber inspirasi yang memajukan negara. Menjunjung kedaulatan pemerintah dan menghormati pemimpin adalah menjadi tanggungjawab mutlak kepada saya. Tingkah laku tersebut antara lain menjunjung tinggi perundangan negara, taat kepada arahan pemimpin dan tidak mendatangkan sebarang sikap yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Dalam apa-apa situasi juga, sikap saya hendaklah selaras dengan piagam, “Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung”. Sebagai rakyat yang baik, saya perlu menanamkan azam untuk membantu memakmurkan negara. Kemakmuran negara merupakan indikator penting untuk menzahirkan kesejahteraan kepada rakyat jelata. Sejarah telah memaparkan betapa banyak empayar silam telah tersungkur kerana kegagalan dalam menguruskan dengan baik soal-soal ikhtisad negara. Dalam zaman moden sekarang pun beberapa buah negara di Eropah Barat sedang berhadapan dengan bahaya kemuflisan akibat sistem ekonomi mereka yang tidak mapan. Oleh itu, sebagai anak muda, saya bertanggungjawab mengajak rakan-rakan agar lebih komited menuntut ilmu dan memperkasakan kemahiran dalam pelbagai bidang. Potensi negara yang amat kaya dengan hasil buminya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya natijahnya akan dikecapi oleh semua lapisan rakyat. Sayang sekali dengan kealpaan kita, akhirnya 6.8 juta pendatang asing sedang mengaut kekayaan negara. Barangkali inilah yang disifatkan oleh peribahasa si tidur menjadi makanan si jaga. Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan agenda utama. Sesungguhnya, inilah agenda besar yang seyogia perlu saya turut serta. Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh hendaklah dijadikan paksi penting khususnya dalam usaha menyatupadukan masyarakat majmuk. Tanpa perlu berselindung, tahap kerjasama dan keharmonian dalam kalangan rakyat hanya pada tahap memuaskan sahaja. Kita sedar, beberapa insiden kecil atau besar yang pernah berlaku merupakan manifestasi daripada situasi sebenar perpaduan di Malaysia. Adakah wajar, kita yang lahir di bumi yang sama, menyedut udara yang sama serta menikmati rahmat keamanan negara, tetapi menyimpan sangsi dan keluh-kesah? Sebenarnya, sikap yang suka mengadu-domba dan mengagungkan kelompok sendiri tidak membawa sebarang faedah sebaliknya melebarkan jurang perpecahan yang akhirnya berlakulah seperti sindiran, jong pecah yu yang kenyang. Alam sekitar menjadi sebahagian daripada panorama yang ceria dan indah. Sesungguhnya, inilah hakikat yang wujud di Malaysia. Teruja dengan landskap bumi yang amat indah ini, saya berikrar untuk melestarikan bumi yang indah cerlang ini. Gelombang pembangunan moden yang dikuasai oleh sektor perindustrian telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, sikap lepas tangan dengan amalan lempar batu sembunyi tangan telah mengakibatkan sumber alam seperti laut, sungai, dan daratan tercemar dengan teruknya. Hiba apabila kita melihat keadaan sungai yang kotor manakala gunung ganang yang menghijau digondolkan satu lepas satu oleh tangan-tangan yang rakus. Saya mahu mengaktifkan semua NGO yang berkaitan dengan alam sekitar agar bangkit dan lebih proaktif. Pihak berkuasa alam sekitar dan agensi penguat kuasa harus digerakkan supaya sentiasa bersikap profesional dalam tindakan mereka. Bersama-samalah kita mengelakkan tragedi sudah terhantuk baru hendak menengadah apabila bumi kita sudah menjadi padang jarak padang tekukur Dalam dekad belakangan ini, imej Malaysia di mata dunia terus cemerlang. Sama ada di peringkat serantau mahupun global, peranan Malaysia sentiasa ditagih dalam segala isu. Sebagai anak muda yang bakal menggalas amanah negara, saya berazam untuk menjaga imej negara agar terus harum di persada antarabangsa. Hal-hal yang berkaitan dengan keamanan, kestabilan politik dan kemampanan ekonomi akan dipertahan. Walaupun, insiden MH370 dan MH17 menyebabkan imej Malaysia agak tercalar di mata masyarakat antarabangsa, namun dengan sikap konsisten Malaysia kita yakin isu itu tidak akan berpanjangan. Namun, perkara yang lebih penting ialah Malaysia tetap berperanan di pentas antarabangsa. Biarlah Malaysia kecil pada pandangan mata tetapi besar dalam fungsinya, bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Sebenarnya apa-apa yang kita nikmati sekarang adalah dengan nikmat Allah jua. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menyedarkan semua pihak agar sentiasa bersyukur atas segala rahmat dan keberkatan yang Allah berikan. Bagi mensyukuri nikmat tersebut, saya sentiasa berdoa agar memperoleh kasih sayang Allah dan bumi Malaysia terus terjaga daripada sebarang anasir. Saya yakin rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan agama mestilah memohon kesejahteraan kepada Allah. Sesuai dengan kata-kata yang berbunyi, “Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan” dalam lirik lagu Negaraku, maka amat wajar sekali kita meletakkan segala usaha dan hasrat kepada Allah SWT. Insya-Allah, seandainya kita bersyukur dan mengutamakan kesejahteraan, justeru limpah rahmat Allah pasti menaungi hidup kita di bumi yang bertuah ini. Sesungguhnya, saya yakin dengan iltizam yang saya pegang ini pasti membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan negara Malaysia agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Saya ingin mengajak rakan-rakan seangkatan, marilah kita sederap melangkah dan bergandingan tangan demi watan yang bertuah ini. Ingatlah kepada kta-kata, “Malaysia, Oh, tanah airku!” Soalan 2 : Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat semakin melupakan amalan bergotong-royong, kunjung-mengunjungi dan bertegur sapa sesama jiran. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak. Ulaskan pernyataan ini. CATATAN : MOD SOALAN INI HAMPIR SAMA DENGAN KEDAH. SILA RUJUK DI SANA. Soalan 3 : Sebagai pegawai kesihatan anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk, ‘Kesan-kesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan’ Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. Soalan 4 : Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. NOTA : SILA SESUAIKAN SOALAN INI DENGAN SOALAN DI BAWAH. IHSAN DARIPADA MODUL SAYA Malaysia sentiasa mengadakan hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang. Usaha ini sememangnya mendatangkan impak yang baik ke arah pembangunan negara. Huraikan faedah yang diperoleh negara-negara di dunia melalui kerjasama serantau. Pendahuluan: Terdapat banyak peribahasa yang menyasarkan kebaikan hidup yang sandar-menyandar seperti peribahasa bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling mengenali dan bertolong-tolongan”. Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan merdeka, Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama. Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk Malaysia di pasaran antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global – menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB) Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi bangsa Malaysia agar setanding dengan warga dunia Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada. Soalan 5 : Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Bincangkan. MRSM Soalan 1 : Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh. Ulaskan pernyataan di atas. Pendahuluan: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa, setiap individu pelajar hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat tersebut komponen dalam pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam dua aspek yang utama iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat membangunkan ummah yang berminda kelas pertama, sementara kokurikulum pula sebagai pelengkap keterampilan fizikal, emosi, dan sahsiah pelajar. Berdasarkan pernyataan tersebut, saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum pasti menatijahkan pelbagai impak positif kepada remaa (pelajar). Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan remaja yang memiliki keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah. Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan keyakinan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sudah sewajarnya setiap remaja hendaklah mempersiapkan diri dengan pakej fizikal, mental, dan emosi dengan memiliki personaliti yang mengagumkan. Dalam memperlengkap ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti bersukan, menyertai pasukan dan kelab atau kegiatan beruniform. Semua aktiviti tersebut berupaya memberikan impak yang cukup positif apabila individu tersebut lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi. Pendek kata, nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan susuk tubuhnya, minda yang cerdas, dan emosi yang stabil (harmoni) Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang sangat berguna akan diperoleh remaja apabila bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya kepimpinan ialah aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Oleh itu, daya kepimpinan amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif, dan matang. Sewajarnya, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform seperti ............... Seyogia, sifat cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina ketahanan diri, berdisiplin, dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang memiliki karisme dan disegani. Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada setiap individu bak kata pepatah, kok kaya tumpang hartanya, kok cerdik tumpang akalnya. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba. Dengan hal yang demikian, akan wujud perpaduan hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk. Sehubungan dengan itu, inilah suatu jaminan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu di bawah payung sebuah negara yang sejahtera. Dalam memupuk semangat perpaduan, beberapa aktiviti seperti sukan, penyertaan dalam badan beruniform dan kem jati diri boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim. Justeru, pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum biasanya lebih cepat mesra, bertolak ansur, dan berfikiran terbuka. Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum adalah dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Hal ini demikian kerana, disiplin merupakan anak kunci kepada semua kejayaan hasil kerja. Berdasarkan tokoh-tokoh ternama seperti Thomas Alva Edison, Oville dan Wilbur Right, Bill Gate dan ramai lagi, kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang ketat. Sesungguhnya, unsur inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri remaja apabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Mereka dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik. Dengan hal yang demikian, kokurikulum boleh dijadikan platform untuk melahirkan remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin. Tokoh falsafah agung Yunani, Aristotle pernah menyatakan, “Kejayaan sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa berfikiran positif dan dinamik.” Oleh hal yang demikian, dalam usia remaja rakyat perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Justeru, para pelajar yang berada di bangku sekolah hendaklah menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai platform untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa, dan agama. Soalan 2 : Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. Ulaskan pernyataan di atas. Pendahuluan : Anak ialah anugerah daripada Allah yang tiada tara nilainya. Anak juga sebagai pesaka tradisi turun-temurun yang mengenalkan zuriat keturunan ibarat kenal perdu lihatlah pada daunnya. Selain itu, anak-anak yang sudah besar panjang dan berjaya dalam kerjaya sentiasa menjadi harapan untuk ibu bapa tumpang berlindung lebih-lebih lagi dalam usia emas. Sungguhpun demikian, belakangan ini banyak sekali insiden malang yang kerap menimpa kanak-kanak. Kanak-kanak mati lemas di dalam baldi, melecur tercurah air panas, ibu atau ayah terlanggar anak sendiri dan pelbagai musibah lagi menjadi bukti kecuaian ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak. Banyak sekali faktor yang mendorong kepada malapetaka seumpama ini berlaku yang pastinya berpunca daripada ibu bapa sendiri. Faktor-faktor: Isi 1 : Kesibukan mengejar waktu dan bebanan tugas – terdapat sebahagian ibu bapa yang terlalu tergesa-gesa mengejar waktu – keselamatan anak-anak menjadi perkara yang kedua Isi 2 : Faktor keletihan dan kelelahan masa bekerja yang panjang – ibu bapa era kini tidak mempunyai masa rehat yang cukup – peluang untuk anak-anak bermanja kurang – anak-anak membawa hal sendiri Isi 3 : Terlalu meletakkan kepercayaan menjaga anak kecil kepada pengasuh atau orang gaji – keadaan demikian menyebabkan ibu bapa tidak fokus kepada anak-anak – anak juga kurang mengendahkan larangan ibu bapa Isi 4 : Ibu bapa kurang peka terhadap keselamatan peralatan seperti peralatan elektrik, peralatan dapur – persekitaran hidup masa kini terlalu bergantung kepada kemudahan teknologi (terlupa mematikan arus elektrik, termos pemanas air elektronik diletakkan di tempat rendah, peralatan dapur seperti pisau dan gunting dibiarkan terdedah) Langkah-langkah: Isi 5 : Ibu bapa harus menghayati nilai kasih sayang dengan cukup mendalam – harus diingat, anak-anak ialah harta, sementara pekerjaan dan peralatan sekadar kemudahan sahaja Isi 6 : Ibu bapa perlu rela berkorban masa dan penat lelah demi anak-anak – tidak terlalu berlepas tangan dan membiarkan anak-anak bersendirian Isi 7 : Ibu bapa tidak boleh terlalu percaya kepada orang lain – mengehadkan pergantungan kepada orang gaji, pemandu atau orang-orang tertentu yang dikenali dalam tempoh yang pendek Kesimpulan : Dalam sebarang perkara, kita wajar mengelak sikap sudah terhantuk baru menengadah supaya sesuatu yang berlaku tidak membawa sesal yang berpanjangan. Sebarang malapetaka yang berlaku memungkinkan kecacatan yang kekal dan menggelapkan masa depan anak itu sendiri. Seandainya kanak-kanak itu sampai ajal, ibu bapa akan kehilangan zuriat, sebaliknya jika terjadi kecacatan kekal, anak tersebut akan menjadi liabiliti sepanjang hayat kepada ibu bapa. Oleh itu, hubaya-hubayalah dengan pesanan peribahasa malang tidak berbau, geruh tidak berbunyi. Soalan 3 : Selaku pegawan kesihatan daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. PERINGATAN : JAWAPAN INI DIBERI DALAM BENTUK RANGKA ISI SAHAJA. CALON PERLU UBAH SUAI KEPADA FORMAT TEKS UCAPAN SEPERTI DIARAHKAN DALAM SOALAN. “Qu Putih, Qu Putih, barulah putih”. Begitulah sebuah ungkapan humor yang telah menjadi viral dalam kalangan masyarakat. Ungkapan-ungkapan seperti itu dan banyak lagi bentuk promosi merupakan sebahagian daripada petunjuk bahawa larisnya produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mula menguasai pasaran masa kini. Hal ini juga memberi isyarat bahawa permintaan terhadap produk kesihatan dan rawatan alternatif semakin mendapat tempat di hati masyarakat pengguna. Produk-produk seperti rawatan herba, makanan kesihatan dan terapi kesihatan secara relatifnya telah menyumbangkan pelbagai faedah kepada negara sama ada dalam aspek ekonomi, kesihatan, sosial dan menyediakan peluang pekerjaan. Kesan Positif: Isi 1 : Produk makanan kesihatan lebih selamat kerana kurang komplikasi kesan sampingan dan bahan kimia terlarang – bahan-bahan asli seperti tumbuhan herba, buah-buahan dan sumber marin tidak mendatangkan kesan sampingan yang bahaya Isi 2 : Masyarakat mempunyai pilihan tentang jenis rawatan – boleh memilih rawatan secara tradisional, rawatan alternatif atau rawatan moden – minda masyarakat mula berubah daripada mengubati ketika sakit kepada amalan kesihatan yang berterusan Isi 3 : Membantu memperkasa Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk turut bersaing dalam pasaran terbuka – IKS berkembang dengan pantas – banyak bahan yang dikilang terutama sekali dalam amalan Pengilangan cara Islam (IMP) – pelbagai jenama baru mesin proses dapat dihasilkan Isi 4 : Dapat menanamkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kelangsungan biodiversiti – sumber alam terutama tumbuhan herba amat berfaedah kepada kehidupan – ubat-ubatan herba ada yang lebih baik daripada ubatan alopati – rawatan seperti Sinseh dan Ayurvedic masih popular dalam kalangan masyarakat Cina dan India (rawatan 100 peratus daripada produk herba) Isi 5 : Mempertingkatkan usaha R&D – kajian berterusan dijalankan sama ada di peringkat pengusaha, makmal-makmal perubatan dan pihak IPT – menyokong kepada perkembangan ilmu baru yang sentiasa memanfaatkan sumber organik dan bahan semula jadi Kesan negatif : Isi 6 : Ada keraguan tentang ketulenan bahan yang diproses dan cara pemprosesan yang tidak menuruti piawai – pengamal produk makanan kesihatan bukan terdiri daripada kalangan pakar dalam bidang bioperubatan atau dietetik Isi 7 : Ketiadaan kawalan yang menyeluruh terhadap penyediaan produk makanan kesihatan – wujud penyelewengan seperti memasukkan kandungan steroid, dadah dan bahan kimia Isi 8 : Boleh mengancam nyawa kerana pengambilannya tanpa dos dan tidak disyorkan oleh doktor dan farmasis – berlaku refleksi kepada tubuh secara luar biasa seperti penurunan berat badan dengan pantas atau kegemukan yang melampau, tidak dapat tidur, keradangan dan sukar bernafas Kesimpulan : Sesungguhnya, kemajuan dalam mempertingkatkan kualiti hidup bukan sahaja dalam aspek gaya hidup seperti kemajuan dalam bidang material, bahkan hidup yang berkualiti adalah bersangkut paut dengan mutu kesihatan. Kesihatan ialah modal dan harta untuk seseorang meningkat maju sama ada kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, kewujudan produk makanan kesihatan dan perubatan alternatif menjadi jendela kepada rakyat Malaysia malah dunia amnya untuk memperoleh gaya hidup yang sihat, jiwa yang tenteram dan emosi yang harmoni. Oleh hal yang demikian, pengguna hendaklah bijak memilih produk-produk yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi memperoleh kesejahtaraan yang berpanjangan. Soalan 4 : Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang gemar akan keindahan dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan. Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut. NOTA : Pernyataan tema bagi soalan ini tidak jelas. Sukar untuk ditentukan jenis destinasi pelancongan seperti yang dimaksudkan. Soalan 5 : Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat malahan novel tempatan kerap diadaptasikan menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem. SBP Soalan 1 : Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk membentuk komuniti yang sejahtera, bertolak ansur dan harmoni. Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. NOTA : Mod soalan ini sama dengan soalan negeri Kedah Soalan 2 : Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid bagi melepaskan tekanan pembelajaran di sekolah. Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah dengan sebaik-baiknya. NOTA : Soalan ini sepatutnya diletakkan dalam soalan nombor 1 Soalan 3 : Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekali gus menambahkan bebanan kepada sesetengan keluarga. Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini selengkapnya. NOTA : Sila ubah suai soalan ini dengan rangka isi soalan di bawah. Ihsan daripada modul saya edisi 2013. Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara hidup keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap ahli keluarga haruslah mempunyai pelan tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa krisis seperti itu. Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan – hayati budaya masyarakat silam menyimpan wang di dalam tabung buluh Isi 3 : Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak meminta-minta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup rakan-rakan di luar Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk - elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga Kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai. Soalan 4 : Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda dan tamadun. Ulaskan pernyataan di atas. Pendahuluan : Peperangan ialah malapetaka. Peperangan ialah pertarungan psikologi dan emosi antara kuasa yang ganas, bongkak dan rakus. Peperangan merupakan tragedi kemanusiaan yang tiada pertimbangan belas kasihan. Berpandukan tiga hukum utama krisis kehancuran manusia iaitu malapetaka alam, kegagalan sistem teknologi, justeru peperangan merupakan angkara kedua terbesar yang memusnahkan budaya dan tamadun manusia. Berdasarkan beberapa kenyataan tersebut, benarlah seperti sindiran Jin dan Iblis sewaktu Adam mahu diutuskan, bahawa makhluk manusia ialah makhluk yang suka kepada pertumpahan darah. Kini, peperangan telah menyaksikan puluhan juta nyawa menjadi korban bahkan kemusnahan harta benda dan tamadun sudah tidak terbendung lagi. Isi 1 : Peperangan telah menyaksikan lahirnya penguasa yang cukup kejam lagi zalim – angkara Perang Dunia Pertama dan Kedua berpunca daripada pemimpin-pemimpin yang bodoh sombong seperti Bismack, Musolini dan Hitler – merekalah jaguh kehancuran dunia yang mengorbankan lebih dua juta nyawa – dalam abad pascaperang, timbul pula tokoh panas baran seperti G Bush, Saddam Hussien, Pol Pot Heng Samrin dan Radovan Karadzic. Isi 2 : Peperangan telah memusnahkan beberapa tapak tamadun dunia – unsur-unsur seni bina, harta benda hancur musnah – peristiwa ledakan bom atom di bandar raya Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 telah membawa kesan trauma kepada masyarakat Jepun hingga kini Isi 3 : Peperangan menyebabkan berlaku pemusnahan etnik dan memisahkan hubungan darah dan bangsa – pemisahan Jerman oleh kuasa Barat dan Rusia dan pemisahan Korea Utara dan Korea Selatan serta penghapusan etnik di rantau Balkan membawa kepada kesan hancurnya hubungan budaya dan silaturahim Isi 4 : Peperangan menyebabkan pusat-pusat kemajuan tamadun dunia musnah dan menjadi tatapan sejarah – kemusnahan Tamadun Greek Latin, Mesir Purba dan Tamadun Lembah Kuning di Cina – pencerobohan kuasa Monggol terhadap tamadun Islam hampir menghancurkan seluruh agama wahyu yang berpusat di Baghdad dan Timur Tengah Isi 5 : Peperangan telah memusnahkan nilai kemanusiaan yang menjadi harga paling mahal untuk manusia hidup berkasih sayang – hilang rasa hormat, memuncak rasa kebencian, dengki khianat – menjadi asbab kepada kebangkitan penentangan anak tempatan seperti di Afghanistan, Palestin dan beberapa negara di Afrika. Kesimpulan : Selama manapun selagi manusia bertuhankan nafsu serakah dan tamak haloba, justeru medan pertumpahan darah tidak akan pernah kering. Sejajar dengan penemuan teknologi canggih dan logistik peperangan, kerakusan akan terus menyilinap ke dalam urat darah pemimpin yang bongkak dan sombong untuk mewajarkan pembunuhan terhadap sesama insan atas tiket yang dihalalkan iaitu peperangan. Oleh hal yang demikian, sedarlah wahai manusia, bahawa peperangan tidak ubah suatu krisis kemanusiaan dengan yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang. Soalan 5 : Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu banyak memberikan faedah kepada pelajar. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut. Pendahuluan : Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif dan tajam. Wadah yang ingin disampaikan adalah berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan. Gabungan antara minda dan emosi itu diketengahkan kepada masyarakat pembaca melalui medium bahasa yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang demikian, karya-karya kreatif berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui pemikiran yang kritis dan analitikal. Berbeza daripada sumber-sumber maklumat deskriptif, genre sastera memuatkan pelbagai sumber seperti persoalan, gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika yang tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah apabila mengkaji pelbagai genre sastera. Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir dan cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan - mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan idea penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan yang dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat - penerapan melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau tentang sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak hidup, corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang kaya dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi, bidalan, dan peribahasa Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian seperti yang diungkapkan dalam serangkap syair, Ilmu alat yang sangat berguna Idaman orang yang bijaksana Hamparnya luas amat saujana Tepinya ajal sempadannya fana Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang bakal saya peroleh. Saya yakin dengan mengkaji genre sastera amat menguntungkan selain sangat menghiburkan. JOHOR Soalan 1: Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid murid yang menyertainya Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang. NOTA : Mod soalan ini sama dengan soalan MRSM (sila rujuk) – Anda boleh juga rujuk dalam mana-mana modul saya edisi 2012 – 2016. Soalan 2 : Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. atau TMK amat diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan remaja. NOTA : Soalan ini baharu sahaja keluar dalam 2 atau 3 tahun belakangan. Boleh juga rujuk daripada soalan Kelantan. Soalan 3 : Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di negara kita. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya. NOTA : Menurut lazim, soalan berformat akan ditanya dalam soalan 1 sahaja. Soalan 4 : Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan sesorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini. Pendahuluan : Pepatah yang menyatakan, hukum dijunjung, ilmu dikelek memberi maksud bahawa kesempurnaan hidup manusia hendaklah diasaskan kepada dua perkara iaitu peraturan yang dipatuhi dan ilmu yang dimanfaatkan. Sejajar dengan hasrat menuju matlamat negara maju, justeru masyarakat Malaysia hendaklah menjulang tinggi kedaulatan dan Keluhuran Undang-undang manakala ilmu pula dijadikan wahana untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan produktif. Oleh itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM), Pendidikan Teknik dan Vokasional turut diperkasakan sebagai inisiatif untuk melahirkan rakyat yang berketerampilan sama ada dalam aspek ilmu pengetahuan mahupun kemahiran tinggi. Pemerkasaan semula kedia-dua aliran tersebut akan memberi sinar baru untuk anak-anak Malaysia membuka langkah bagi bersaing di persada global. Tidaklah dinafikan sama sekali bahawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara dengan langkah pragmatik tersebut. Isi 1 : Negara dapat melahirkan rakyat (graduan) dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran – golongan teknikal/vokasonal menjadi tangan emas kepada negara – bakal mewujudkan pelbagai bidang kerjaya Isi 2 : Negara mampu bersaing dengan negara-negara industri yang tersohor di dunia – memiliki tenaga kerja pakar dalam bidang industri – boleh bersaing dengan negara-negara seperti Jerman, Perancis, Jepun dan Korea Isi 3 : Boleh menjanakan pelbagai peluang kerjaya terutama dalam sektor indsutri – pengetahuan teknik/vokasional boleh melahirkan tenaga mahir – pelbagai produk industri terhasil – berupaya memanfaatkan segala potensi hasil mahsul negara menjadi produk industri Isi 4 : Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dan tenaga pakar asing – pembangunan negara mampu dibikinkan oleh kemahiran anak-anak tempatan – mengurangkan pengaliran wang keluar negara sebagai kos upah warga asing – strategi terbaik mengurangkan kebanjiran buruh asing Isi 5 : Malaysia mampu menjadi negara industri dalam tempoh dua dekad lagi – usaha kerajaan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – melipatgandakan produk eksport barangan siap selain produk elektrik dan elektronik – meningkatkan pendapatan KDNK negara Kesimpulan : Apabila kita merujuk kata-kata falsafah Confucious yang menyatakan, “Perjalanan jauh yang beribu-ribu batu hendaklah bermula dengan langkah yang pertama”, justeru langkah kerajaan memperkasakan kedua-dua bidang ini amatlah bertepatan sekali. Sebarang matlamat yang ingin kita capai dalam tempoh satu dekad lagi, nescaya perancangan untuknya hendaklah bermula dari sekarang. Oleh itu, strategi yang terbaik tentulah transformasi dalam sistem pendidikan perlu berubah terlebih dahulu. Sesungguhnya, kita yakin dan percaya segala usaha kerajaan itu akan memberi natijah yang besar kepada rakyat dan negara. Soalan 5 : Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua. Tulis cerpen tersebut selengkapnya. PERAK Soalan 1: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan. Setiap murid pasti ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang. Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda. Pendahuluan : Sekolah ialah alma mater yang berperanan untuk menginsankan manusia. Limpahan ilmu daripada lautan curahan liur basah para pendidik menjadikan sekolah sebagai destinasi awal anak-anak bunga bangsa mengenali jati diri. Dalam abad milenium ini atas matlamat untuk memberikan pendidikan yang berkelas pertama pelbagai kategori institusi pendidikan diwujudkan. Di Malaysia juga sekolah-sekolah berstatus seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster Kecemerlangan dan sekolah berkeperluan khas tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dengan kewujudan pelbagai janama sekolah itu, peluang dan liberalisasi memperoleh ilmu adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Dengan hal yang demikian, sebagai memenuhi impian masa dapan yang lebih gemilang, saya mendambakan untuk belajar di sebuah sekolah yag memiliki ciri-ciri untuk melahirkan insan yang berketrampilan sama ada dunia mahupun akhirat. Isi 1 : Sekolah yang memiliki prasarana moden dan sesuai dengan trend pembelajaran abad ini – kemudahan asas yang berkualiti dan mesra pengguna – kemudahan PdP sperti makmal ICT, perpustkaan, gimnisium dan ruang innteraksi luar kelas yang selesa Isi 2 : Sekolah yang menepati dan menjalankan PdP sesuai dengan perubahan masa dan kehendak global – kurikulum bertaraf dunia, guru-guru yang pakar dan mampu melahirkan pelajar boleh bersaing di peringkat global Isi 3 : Sekolah yang mengutamakan kurikulum mendidik jiwa yang seimbang dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek – insan yang harmoni perlu terdidik secara seimbang dalam kedua-dua aspek – tingkah laku dan cara berfikir hendaklah dipancarkan daripada emosi dan rohani sihat Isi 4 : Sekolah yang mementingkan ciri-ciri budaya, perpaduan dan menyantuni kepelbagaian masyarakat majmuk – dapat mendidik pelajar untuk menghormati hak dan kesaksamaan pelbagai kaum – menjalinkan semangat muhibah, bertolak ansur dan sehati sejiwa untuk membangunkan Malaysia seiring dengan kemajuan abad milenium Isi 5 : Sekolah yang mampu mendidik remaja untuk mencintai kelestarian hidup yang sihat, sejahtera dan mesra alam – pelajar memiliki kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar, menyayangi khazanah alam, dan menjaga flora dan fauna Kesimpulan : Pendidikan yang paling berkesan ialah penguasaan ilmu sepanjang hayat dan dapat melahirkan insan yang mempunyai tanggungjawab terhadap penguasa alam semesta serta bijaksana untuk memanfaatkan semua potensi alam. Ilmu yang diperoleh juga dapat membentuk insan kamil yang sentiasa peka terhadap kehidupan bermasyarakat dan berbudaya. Seandainya semua matlamat tersebut dapat dicapai, justeru itulah bentuk pendidikan yang dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang sejati. Soalan 2 : Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang selalu berhubung dan rapat sesama anggota keluarga. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan sesebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang. Isi 1 : Ibu bapa hendaklah menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat – contoh teladan mudah dituruti anak-anak Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat Isi 4 : Anak-anak perlu patuh kepada ibu bapa – ibu bapa senang dengan sikap anak-anak yang mudah ditunjuk ajar – tidak wujud jurang komunikasi Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga – mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan kasih sayang Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada masyarakat setempat. Oleh itu, persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat membentuk masyarakat madani yang kompeten dan harmoni. Soalan 3: Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk ‘Penjagaan dan Pemuliharaan Bangunan Lama Menguntungkan Negara’ untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda. Tulis rencana tersebut selengkapnya. NOTA : Soalan ini pernah keluar sama ada pada 2012 atau 2013 Soalan 4: Konflik yang melanda antara sebuah negara dengan negara yang lain di dunia pada masa ini harus diselesaikan bagi mewujudkan keamanan sejagat. Bincangkan cara penyelesaian yang harus diambil oleh negara di dunia bagi menyelesaikan konflik tersebut. NOTA : Soalan ini mirip soalan 4 SPM 2015. Soalan 5 : Minat murid-murid terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama perlu dipupuk sejak awal lagi. Huraikan peranan yang dapat dimainkan oleh pihak sekolah bagi memupuk minat murid terhadap karya sastera. SABAH Soalan 1: Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. NOTA : Mod soalan ini sama dengan soalan negeri Pulau Pinang. Sila rujuk di sana. Soalan 2 : Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut. Soalan 3 : Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara. Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk memupuk perpaduan di negara kita. Pendahuluan : Apabila disebut tentang Malaysia, tergambarlah di dalam minda seseorang tentang sebuah negara di Asia Tenggara yang memiliki komposisi penduduk dengan masyarakat majmuk. Pemajmukan itu begitu unik kerana terdapat pelbagai etnik yang besar dan yang kecil dapat hidup bersama dan harmoni. Sesungguhnya, asas kemerdekaan negara ini juga turut terbentuk di atas landskap masyarakatnya yang majmuk. Walau bagaimanapun, atas beberapa perubahan yang berlaku secara domestik dan global, adakalanya perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia kadang-kadang tergugat. Situasi itu jelas terlihat daripada beberapa insiden yang melibatkan kaum-kaum di Malaysia. Walaupun insiden-insiden tersebut tidaklah sampai melarat tetapi memadailah untuk merenggangkan hubungan antara kaum jikalau tidak dibendung dengan sebaik mungkin. Atas hakikat kita telah merasai pelbagai nikmat daripada perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama, maka semua pihak amatlah wajar bermuhasabah dan merenung semula akan hikmah yang akan kita peroleh daripada perpaduan. Isi 1: Dapat menjaminkan keamanan negara dan memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercyaan – mengelak salah faham – berkongsi persamaan dan menghormati perbezaan dalam kalangan masyarakat majmuk – wujud masyarakat harmoni Isi 2: Sebagai strategi mempercepat mencapai taraf negara maju – tunjang utama kemajuan sesebuah negara apabila wujud perpaduan yang hakiki.- wujud kestabilan politik, ekonomi, dan sosial Isi 3: Memperkembangkan potensi budaya, kemahiran, dan seni dalam masyarakat majmuk – budaya dan nilai seni masyarakat sebagai produk dan identiti sesebuah negara – boleh menikmati keunikan gaya hidup setiap kaum – sebagai produk tarikan pelancong Isi 4: Memajukan sektor ekonomi – perpaduan sebagai anak kunci utama kemajuan ekonomi - menjanakan ekonomi yang berdaya saing – wujud semangat muafakat dan saling memajukan potensi produktiviti dalam kalangan pelbagai kaum Isi 5: Melahirkan masyarakat yang celik ilmu – perpaduan yang mutlak sebagai jaminan rakyat bebas menuntut ilmu – lahir masyarakat yang cerdik, inovatif dan kreatif – masyarakat yang cerdik pintar menjadi aset kemajuan negara Isi 6 Menjadi ikon/model sebagai juara perpaduan untuk manusia sejagat – amat sukar untuk mencari sebuah negara di dunia yang aman dan harmoni daripada kerjasama pelbagai kaum - sering dijadikan rujukan oleh negara-negara luar PERHATIAN : Sekiranya soalan memberikan fokus kepada langkah-langkah sila rujuk isi-isi seperti yang berikut ini: Isi 1 : Mendidik anak-anak agar mencintai nilai-nilai murni – amalan berkasih sayang, menghormati jiran, tutur kata yang sopan, bertoleransi, dan memahami adat dan budaya mesyarakat lain – sentiasa bersikap tangan terbuka (menderma dan membantu jiran/kaum yang mengalami bencana) Isi 2 : Membiasakan anak-anak dalam latar masyarakat majmuk – memperkenalkan kepada anak-anak tentang ciri-ciri perbezaan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat majmuk – memberikan pendedahan tentang nilai-nilai yang baik dalam amalan setiap masyarakat – mengelak/mengawal mendedahi perkara negatif kaum-kaum tertentu – tidak melarang anak-anak bergaul mesra sesama mereka Isi 3 : Bekerjasama menjalankan aktiviti masyarakat – melibatkan semua ahli masyarakat daripada pelbagai kaum/etnik – kegiatan bergotong-royong – hari keluarga – budaya tegur-menegur dan ziarah-menziarahi Isi 4 : Mengadakan/menghadiri rumah terbuka – membawa anak-anak ke rumah terbuka kaum tertentu (musim perayaan) – mengadakan rumah terbuka dan menjemput semua jiran daripada pelbagai kaum – memberikan hadiah dan angpau apabila berkunjung ke rumah terbuka Isi 5 : Mewujudkan sistem pendidikan yang sama – sistem persekolahan untuk semua kaum (rendah, menengah, dan IPT) – mengajarkan semua bahasa kaum-kaum utama di negara ini – menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum – semua ibu bapa mesti menyokong Dasar Pelajaran Kebangsaan demi masa depan anak-anak Isi 6 : Mengelak terbabit sebarang salah laku yang boleh menyebabkan persengketaan kaum – tidak membangkitkan isu kaum untuk kepentingan peribadi (politik dan perniagaan) – jauhi perangai adu domba, fitnah dan memperlekeh kaum lain terutama di hadapan anak-anak – mengamalkan sikap sederhana dan mengajari anak-anak agar cepat memaafkan kesilapan orang lain Kesimpulan : Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak peribahasa yang menyokong akan kepentingan perpaduan. Antaranya ialah, hidup bersama ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Demikianlah betapa indahnya hidup bersatu dan bersama yang sewajarnya dihayati oleh masyarakat Malaysia. Alangkah beruntung dan berfaedahnya kita sekiranya falsafah perpaduan itu dapat dihayati dan dijadikan sebagai suatu tonggak untuk memakmurkan negara yang tercinta ini. Soalan 4: Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan. NOTA : Sila padankan dan ubah suaikan soalan di atas dengan mod soalan di bawah. Soalan ihsan daripada modul saya edisi 2016. Isu jenayah merentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan penyeludupan senjata api mengancam keamanan negara. Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh negara-negara serantau bagi menangani masalah ini. Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Turut menjadi masalah dalam krisis ini ialah jenayah rentas sempadan seperti pengedaran dadah dan penyeledupan senjata api. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin. Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan) Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing) Isi 4 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang) Isi 5 : Memperkasakan pendidikan dengan nilai murni – masyarakat antarabangsa hendaklah dididik akan nilai-nilai universal yang menjadi impian masyarakat sejagat – masyarakat dunia perlu belajar akan hak dan kesaksamaan, menghormati insan lain – mengurangkan sikap tamak dan haloba dengan menjadikan insan yang lemah sebagai alat untuk mencapai matlamat jahat yang berpaksikan nafsu. Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia dan krisis kemanusiaan merupakan sebahagian daripada perbuatan zalim yang telah berlarutan sejak zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam. Soalan 5: Anak itik terenang-renang Air pasang tenang-tenangan Budi sedikit bilakan hilang Itu menjadi kenang-kenangan Pantun di atas bermaksud budi yang kita tabur walaupun sedikit tetap diingati. Tulis sebuah cerpen yang bertemakan hidup berbudi berdasarkan maksud pantun di atas. MELAKA Soalan 1 : Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan. Soalan 2 : Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan. Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita? Soalan 3 : Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “ Ke Arah Melahirkan Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat”. Tulis esei anda selengkapnya. NOTA : Mod soalan ini sama dengan negeri Pulau Pinang. Sila rujuk d sana. Soalan 4 : Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan. 5. Awal suruhan ialah membaca Menuntut ilmu disuruh budaya Inilah teladan sepanjang masa Gayakan hidup dengan membaca Lirik lagu ‘Membaca Gaya Wawasan’ di atas menggambarkan kepentingan membaca kepada masyarakat. Namun, kemajuan teknologi maklumat kini, menyebabkan masayarakat leka dengan gajet-gajet terkini dan mengabaikan amalan membaca dalam kehidupan. Bincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. NEGERI SEMBILAN Soalan 1: Murid memainkan peranan penting untuk merealisasikan konsep, “Sekolahku Syurgaku”. Bincangkan peranan yang dapat anda mainkan untuk merealisasikan konsep tersebut. Soalan 2: Anak-anak yang cemerlang lahir daripada keluarga yang bahagia. Ulaskan pernyataan di atas. Soalan 3: Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan suatu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan yang berkesan kepada negara. Huraikan langkkah-lagkah yang patut dilakukan untuk membantu golongan ini. Pendahuluan : Di suatu lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif dengan pakaian tidak terurus sedang menadah tangan memohon simpati orang yang lalu lalang. Dalam situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup anggota memohon simpati orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak kerusi roda. Malahan di asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak. Demikianlah gambaran mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara ini. Lebih banyak isu yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi dan isu gejala sosial yang tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU yang sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi masa depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai hati dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan. Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang mereka mampu – bukan semua OKU yang tergencat mental – ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan insan Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU – sebagai alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU – bagi memudahkan pergerakan dan urusan harian mereka Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya – kecacatan bukan alasan untuk menysihkan mereka – kekurangan yang dialami bukan untuk dihina tetapi untuk diinsafi Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan kemampuan OKU – melaksanakan tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan penyayang Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada seorang insan pun yang mahu dirinya dipinggirkan. Mereka mahu hidup bebas dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang menentukan, justeru tiada sesiapa yang boleh menentang takdir. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menidakkan ikhtiar untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya terus dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada kita sehinggakan tiada beban batu digalas. Soalan 4: Pelbagai usaha telah diambil oleh kebanyakan organisasi dan Persatuan Pencinta Alam seperti Green Peace untuk mengatasi masalah pencemaran alam di peringkat global. Tulis sebuah rencana tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada masyarakat sejagat. Soalan 5: Akhir-akhir ini banyak novel karya penulis tempatan diadaptasikan ke kaca televisyen untuk mengisi slot drama ataupun cerekarama. Pada pendapat anda, apakah kesan daripada adaptasi tersebut kepada masyarakat? PAHANG Soalan 1: ‘Membaca Jambatan Ilmu’ merupakan ungkapan yang sering didendangkan untuk menyuburkan budaya keilmuan dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, sebagai pelajar harapan sekolah, anda berasa terpanggil untuk menyampaikan ceramah berkaitan tajuk di atas. Sediakan teks ceramah anda tersebut selengkapnya. NOTA : Ubahsuaikan soalan di atas dengan sampel karangan di bawah dalam fomat ceramah. Ihsan daripada sampel cemerlang dalam modul saya edisi 2016. Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang membuat perbandingan perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa seperti si bodoh menjadi makanan si cerdik, menggambarkan kecerdikan dan kepintaran menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula dengan sepotong maksud ayat dalam Al Quran yang menyatakan, “Adakah sama golongan yang berilmu dengan golongan yang jahil?”. Kedua-dua ungkapan indah tersebut memberi gred tertinggi kepada golongan yang bijak dan berilmu. Oleh itu, apakah ciri utama untuk menjadi golongan yang berilmu? Pemilikan ilmu tidak dapat ditiadakan dengan tradisi membaca. Oleh sebab itulah dalam tamadun Islam sendiri, Firman yang pertama yang turun kepada Nabi SAW ialah surah Al Alaq dengan membawa arahan membaca. Ketinggian darjat golongan yang gemar membaca akan meletakkan mereka sedarjat lebih tinggi daripada golongan biasa kerana dibezakan oleh ilmu. Oleh itu, membacalah demi mengaut segala khazanah ilmu. Apabila kita telusuri semula sejarah panjang tamadun Islam, kecemerlangan tamadunnya adalah berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca yang amat ditekankan dalam Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh agamawan dan ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang penuh berdisiplin itulah, justeru lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu Sina, Al Farabi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab teras dalam kepercayaan Islam telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang meliputi empat paksi utama ilmu iaitu Akidah, Ibadat, Jinayat dan Munakahat. Penganut Islam yang benar-benar membaca dan menghayati isi kandungan Al Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke seluruh empat penjuru alam. Pernah dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah di tangan kuasa Mogul, air sungai Furat telah menjadi hitam pekat kerana cairan dakwat daripada buku-buku yang dibuang ke dalam sungai. Begitulah gambaran hebatnya budaya ilmu dalam kalangan generasi Islam zaman awal. Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah mengangkat martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tentera-tentera Salibiyah yang dipimpin oleh Richard The Lion Heart telah memperoleh inspirasi budaya lmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu yang telah dibawa balik lalu diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi tamadun yang terbina di atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance di Eropah benar-benar terbentuk hasil mentelaah dan mengkaji segala sumber ilmu yang bermula dengan tamadun Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah menjadi ‘kiblat’ perkembangan ilmu seperti falsafah, tamadun dan teknologi. Bangsa Eropah bangkit daripada zaman gelap menjadi bangsa yang mengeksport ilmu. Demikianlah betapa hebatnya amalan membaca. Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras utama kepada pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia. Negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara baru di Eropah telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi ekonomi mereka agak terhad, namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negara-negara tersebut untuk terus bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun yang amat dikenali dengan kekuatan membaca dalam kalangan rakyatnya memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika sekalipun. Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu membaca 120 buah buku dalam setahun. Kini dua lagi kuasa baru di Asia Timur jauh iaitu Korea Selatan dan Taiwan turut bersaing hebat dalam bidang teknologi. Pada hari ini rakyat Korea Selatan amat disegani oleh dunia luar apabila teknologi android mereka dalam penghasilan telefon pintar Samsung telah berjaya menawan pasaran dunia. Begitulah beberapa petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana bangsa membca bangsa yang berjaya. Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk keluar dari zon jumud kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era penjajahan telah dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk hidung. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia juga mula celik ilmu sebaik negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat Malaysia mula menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta ilmu dan bermulalah tradisi membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian sama ada rendah, menengah mahupun tinggi telah memberi peluang rakyat menggali pelbagai cabang ilmu seperti bahasa, sejarah, keagamaan dan teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat Malaysia masih rendah jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun kesedaran ke arah itu telah bermula. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kini kita telah muncul sebagai salah sebuah Negara Dunia Ketiga yang cukup pantas berkembang. Demikianlah suatu dimensi baru dalam budaya membaca untuk meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, “Tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah dan harta apabila diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi harta paling kekal. Demi sebutir ilmu, justeru membacalah yang menjadi wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu, kita masih jauh untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca terus diperkasakan, insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya. Soalan 2: Ibu bapa merupakan suri teladan dalam membentuk tingkah laku anak-anak khususnya dalam memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan masyarakat. Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa dalam mengekalkan semangat kejiranan di Malaysia. Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita terus berpegang dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat. Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada) Isi 2 : Berusaha memupuk sikap anak-anak menjalinkan persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku Isi 3 : Ibu perlu mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan – ibu bapa hendaklah menjadi role model - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua dengan cara mengamalkan sifat peramah dan bertegur sapa secara hormat Isi 4 : Ibu perlu mengajar anak-anak untuk ambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan - saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra – Isi 5 : Ajar anak-anak supaya menghormati golongan tua dengan menjadikan mereka sebagai pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara generasi – elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, usaha ini elok dihidupkan kembali oleh ibu bapa agar kelestarian budaya cemerlang itu kekal subur. Soalan 3: Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meninggalkan kesan negatif dalam usaha melahirkan anggota masyarakat yang berwawasan. Sehubungan dengan itu, masyarakat dan kerajaan perlu bekerjasama membanteras perbuatan tersebut. Ulaskan. Pendahuluan : “LOLA MENGAKU BERSALAH MENDERA ANAK OKU” Demikianlah satu episod daripada ratusan peristiwa yang dilaporkan tentang nasib buruk yang pernah menimpa anak-anak malang di negara ini. Anak adalah sebagai amanah Allah. Anak-anak yang dibela dan dijaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini, selain institusi keluarga, sinergi daripada komuniti dan kerajaan turut berperanan untuk membanteraskan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga – masyarakat menjadi mata dan telinga Isi 2: Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil – menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang – setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing Isi 3: Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumahtangga – ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna – kesedaran terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan – penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat Isi 5: Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak – tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera – mengambil tindakan pantas mencegah, melapor, dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera. Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan – setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya menghormati jiran – jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau senang. Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara. Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang mendorong kepada gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan negara sejahtera. Soalan 4: Aktiviti pembakaran terbuka telah menjadi fenomena lazim dilakukan oleh negara-negara di Asia Tenggara. Jelaskan kesan-kesan yang dialami oleh negara-negara terbabit dan negara-negara yang berjiran dengannya. Pendahuluan : Selain isu jenayah, keganasan dan peperangan, isu alam juga tidak kurang membawa malapetaka kepada kesejahteraan hidup manusia. Memang benar malapetaka alam dikatakan telah terencana sejak azali lagi dan manusia tidak berupaya menghalangnya. Walau bagimanapun, belakangan ini banyak tragedi berkaitan dengan alam adalah berpunca daripada tindakan tangan manusia. Rezeki jangan ditolak dan ajal maut jangan dicari, mengingatkan kita bahawa usaha ikhtiar hendaklah dilipatgandakan supaya peristiwa geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau daripada pelbagai malapetaka alam datang menimpa kita. Walau bagaimanapun, isu jerebu yang berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka dalam skala besar oleh negara jiran telah membawa pelbagai malapetaka kepada kepada negara-negara bersempadan termasuk Malaysia sendiri. Isi 1 : Memberi kesan pencemaran alam sekitar yang sangat teruk – jerebu dan asap memenuhi ruang angkasa negara – ada waktu yang terlalu kritikal IPU mencecah hingga 200 – boleh menimbulkan pelabagai kesan sampingan seperti penutupan ruang udara Isi 2 : Meningkatkan komplikasi tidak sihat dalam kalangan rakyat – keradangan paru-paru, sinus, selsema, sakit jantung dan radangan mata – kualiti hidup yang tidak sihat Isi 3 : Menjejaskan aktiviti ekonomi – penutupan pusat-pusat perniagaan, pusat peranginan dan lapangan terbang – mengurangkan jumlah kemasukan pelancong Isi 4 : Meningkatkan kos merawat alam sekitar dan kos membantu memadamkan kebakaran – saban tahun pasukan bomba terpaksa menghantar anggota membantu memadamkan kebakaran di Sumatera dan di Kalimantan – kos rawatan kesihatan juga turut meningkat Isi 5 : Menimbulkan salah faham antara kerajaan dan rakyat dalam kalangan negara berjiran – berlaku tuduh-menuduh dan ungkit mengungkit – memberi perspektif yang tidak baik dan merenggangkan kerjasama diplomtik dan sosial – ketegangan yang wujud antara Indonesia – Singapura - Malaysia TERENGGANU NOTA : Semua soalan negeri Terengganu adalah hampir sama dengan soalan-soalan negeri lain yang telah diberikan di atas. Sila rujuk dan ubah suaikan Soalan 1: Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk menyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah. Soalan 2: Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan. Soalan 3: Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Tulis rencana itu selengkapnya. Soalan 4: Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). PERLIS Soalan 1: Jadi diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi. Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh . NOTA : Sila padankan soalan di atas dengan sampel jawapan di bawah. Menelusuri sejarah awal tamadun Islam, minda kita pasti dapat mengingatkan kehebatan dua orang anak mu dayang menjadi ikon untuk dibanggakan. Mereka ialah Saiyidina Ali KW dan Usamah Bin Zayid. Ali amat terkenal dalam peristiwa Hijrah Rasul manakala Usamah merupakan panglima perang Islam yang paling muda. Keberanian dan ketokohan yang ditunjukkan telah melayakkan mereka berada sebaris dengan tokoh-tokoh Islam yang terkenal. Bezanya, ketika bangkit mencipta nama mereka masih lagi muda belia. Demikianlah suatu gambaran betapa sumbangan anak muda sangat ditagihi dalam membantu membangunkan negara. Tubuh yang sasa, tenaga yang kuat dan minda yang cerdas menjadi aset untuk seseorang anak muda turut sama terlibat memajukan negara. Walau bagaimanapun, ketahanan minda dan fizikal sahaja belum cukup untuk mengangkat seseorang anak muda untuk menjadi wira dan wirawati kepada negara, malahan anak muda juga perlu menggilap sahsiah dan akal budi yang baik. Langkah perdana yang wajar diatur, sebagai anak muda saya harus menjadi hamba Allah yang soleh, beriman dan bertakwa. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah menjadi syarat utama untuk menjadi insan yang sedar akan hakikat hidup dan mati. Kita dihidupkan supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah selain menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain. Seseorang yang patuh kepada Khaliq, justeru turut berguna kepada seluruh isi alam. Apabila memiliki kesedaran bahawa segala amal kita sama ada baik mahupun buruk akan memperoleh ganjaran, baharulah saya sedar tentang perlunya berbuat baik. Dengan hal demikian, saya berazam untuk menjadi insan soleh dengan mentaati perintah Allah, meninggalkan segala larangan-Nya serta mengamalkan sahsiah yang terpuji dalam kalangan masyarakat. Hakikat tersebut sesuai dengan kata-kata, “Insan yang kenal kepada Tuhannya, justeru kenallah pada dirinya”. Selain daripada prakarsa di atas, saya juga perlu menjadi remaja yang cinta akan ilmu. Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan sama ada ukhrawi mahupun duniawi boleh membentuk diri saya menjadi insan yang berguna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat malah negara juga. Ilmulah yang menjadi lampu suluh untuk keluar daripada kegelapan dan kejumudan dan ilmulah yang membuka minda untuk memperoleh kejayaan sama ada dalam kerjaya mahupun untuk hidup sejahtera. Perihal pentingnya menguasai ilmu adalah bertepatan dengan nukilan Saiyidina Ali KW. “Jadikanlah dunia ini dalam kalangan yang berilmu, atau mengajarkan ilmu, atau yang mempelajari ilmu, atau yang berkasih sayang dengan golongan berilmu. Sekiranya salah satu daripadanya tiada kepada kamu, nescaya punah-ranahlah dunia ini”. Amalan menghormati sesama manusia adalah menjadi keperluan kepada saya sebagai anak muda. Inilah sari pati terpenting dalam menzahirkan watak yang mulia dengan sahsiah yang cemerlang. Amalan seperti mengucapkan salam, memberi hormat, bercakap secara sopan dan berbudi pekerti sangatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Sebagai anak muda, saya perlu menunjukkan hormat kepada golongan tua dan para gurumanakala dengan rakan sebaya saya perlu berlemah lembut dan sering menyantuni mereka. Sekiranya watak tersebut menjadi ikon kepada semua anak muda nescaya masyarakat kita akan terus dihormati. Sesungguhnya slogan, ‘Yang muda disayangi dan yang tua dihormati’ wajar saya jadikan azimat utama dalam membina jaringan silaturahim. Selain itu, dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia, saya wajar mempertahankan jalinan persefahaman dan perpaduan. Hal tersebut amatlah wajar kerana tanpa perpaduan yang jitu amat sukar untuk kita mencapai matlamat keamanan dan kesejahteraan yang total. Sikap yang suka berbalah dan tuduh-menuduh dengan mengagung-agungkan kaum sendiri di samping meremahkah orang lain tidak lebih daripada amalan yang mengundangkan perbalahan dan kekacauan. Oleh itu, saya berazam untuk mengelak daripada sebarang pengaruh negatif yang boleh membawa kepada perpecahan. Saya terlalu sedih apabila melihat satu lepas satu anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban pertumpahan darah di seantero dunia yang berpunca daripada runtuh semangat perpaduan dan tolak ansur. Ingatlah, kita yang hidup di muka dunia ini mempunyai hak yang sama untuk bebas kerana, sesiapapun kita darah kita tetap merah, justeru, fahamilah hakikat kalah jadi abu menang jadi arang. Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang pintar, gigih dan berdaya saing, saya hendaklah memiliki cita-cita dan matlamat untuk memajukan negara ini. Selepas lebih setengah abad kita mencapai kemerdekaan sudah sewajarnya Malaysia mampu sebaris dengan negara-negara maju untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Inti pati kepada cita-cita yang tinggi hendaklah saya realisasikan dengan kegigihan belajar, mempunyai matlamat yang jelas dan semangat cinta akan negara. Saya juga harus sedar sudah berbilion ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menghantar anak-anak muda ke luar negara supaya mereka dapat menuntut ilmu dan menuruti teladan anak-anak muda di negara maju. Semua usaha tersebut adalah untuk memperkasakan sikap mulia, cara berfikir dan cara bertindak anak-anak muda Malaysia sejajar dengan pemikiran berkelas dunia. Saya yakin, seandainya semua anak muda mahu berfikir secara positif dan bercita-cita tinggi demi negara tercinta, justeru hasrat untuk membangunkan negara ini bukanlah suatu wadah yang mustahil untuk dicapai. Kesimpulannya, menelusuri nukilan Imam Al Ghazali, “Jikalau kamu melihat watanmu pada hari depan, lihatlah kepada pemudamu pada hari ini”, mengujai saya bahawa anak muda sangatlah berharga kepada sesebuah negara. Kombinasi antara minda, iman, akhlak dan akal budi boleh memberi saya dimensi baharu bahawa sesuatu yang luar biasa boleh dilakukan oleh orang biasa. Saya sedar, inilah masa yang terbaik untuk anak-anak muda bangkit membina sahsiah, cita-cita dan matlamat untuk membangunkan negara. Ayuh, bangkitlah anak-anak muda, kita realisasikan slogan, ‘Negara Kita Tanggungjawab Kita kerana di sini bumi dipijak, maka langitnya dijunjung. Soalan 2: sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang keusahawanan. Ulaskan pernyataan tersebut. NOTA : Mod soalan ini boleh disesuaikan dengan soalan di bawah; Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan. Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Dengan hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan. Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat klien. Hal tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta pendapat yang matang. Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberi ruang kepada individu tersebut memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui interaksi yang baik di pelbagai peringkat pasti memberi impak besar apabila pelbagai peluang kerjaya mudah diperoleh. Di peringkat nasional, tokoh-tokoh istimewa seperti Dato Dr Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al Zahra serta ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka. Demikianlah yang dimaksudkan oleh peribahasa, budi menunjukkan hati, bahasa menunjukkan bangsa. Lanjutan daripada kemampuan dalam berkomunikasi, memerlukan seseorang itu menguasai pelbagai bahasa pula. Hal demikian amatlah penting kerana menguasai pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi keperluan era globalisasi sejagat masa kini. Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, pelbagai bahasa utama dunia seperti Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan Jepun perlu dikuasai untuk memudahkan seseorang itu berkomunikasi. Demikianlah juga dengan bahasa-bahasa utama di negara kita seperti bahasa Mandarin, bahasa Arab dan bahasa Inggeris wajar dipelajari untuk memudahkan kita merebut peluang pekerjaan. Dalam memenuhi wawasan Malaysia menjadi negara maju rakyat perlu menguasai pelbagai bahasa kerana banyak impaknya kepada sesebuah negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia pada abad milenium kita perlu mempelajari pelbagai bahasa kerana kemampuan berbahasa yang terhad akan menyebabkan kita tertinggal daripada arus perdana bak kata peribahasa, sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, menguasai bidang ICT merupakan suatu lagi kemahiran yang mesti dikejar. Langkah tersebut adalah penting memandangkan ICT menjadi wahana baru penyebaran maklumat dan menjadi jaringan komunikasi sedunia tanpa sempadan. Setiap individu yang memiliki kemahiran mengakses internet dan literasi komputer sudah tentu akan jauh beberapa tapak ke depan terutama dalam persaingan mencari ilmu dan maklumat, malah dalam menguruskan pekerjaan juga. Program-program ICT seperti Microsoft Word, Excel, data analisis, Corell Draw dan bermacam-macam lagi perisian bukan lagi asing kepada semua orang khususnya generasi Y yang mula celik komputer. Dengan hal yang demikian, kita tidak wajar berpeluk tubuh tanpa bersedia untuk berdepan dengan papan kekunci elektronik tersebut jikalau tidak mahu menjadi bangsa yang jumud ibarat katak di bawah termpurung. Justeru, seseorang itu hendaklah bersedia dengan pakej yang lengkap iaitu kelayakan akademik dan pengetahuan maklumat di hujung jari sebelum memasuki pasaran kerja. Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah menjadi sebahagian daripada perkara yang dinilai sama ada individu tersebut berketrampilan atau tidak. Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang sejajar dengan kata-kata Imam al Ghazali, “Ingin mengenal wajah lihatlah cermin, ingin mengenal diri bercerminlah pada wajah, yakni cerminan peribadi seseorang adalah daripada penampilannya. Sehubungan dengan itu, sebagai penjawat profesional, diri kita bukan dinilai hanya pada kualiti kerja semata-mata, sebaliknya personaliti yang meyakinkan turut menjadi pertimbangan. Oleh itu, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri supaya dapat meyakinkan pihak yang menilai diri kita. Wajar sekali diambil perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu bukan hanya bertanggungjawab terhadap bidang tugasnya sahaja, sebaliknya perlu berkomunikasi dengan pelbagai peringkat klien. Sejajar dengan itu, agar kita senang untuk berkomunikasi dengan semua pihak perihal kekemasan diri sangatlah penting diambil kira kerana nilai peribadi kita akan dinilai dalam aspek rohani dan jasmani, bak kata peribahasa indah rupa dengan hiasnya, indah budi dengan bahasanya. Tuntasnya, setiap insan telah dianugerahi Allah dengan pelbagai kemahiran yang istimewa. Tinggal lagi, sama ada insan tersebut sedar atau tidak akan kelebihan yang ada pada dirinya tetap menjadi persoalan. Dalam memperoleh hasil kerja yang berkualiti, gabungan antara kekuatan kognitif, psikomotor dan afektif amatlah diperlukan. Tidak dinafikan, seseorang yang mampu menggabungkan ketiga-tiga unsur tersebut mampu menghasilkan produktiviti yang lebih baik sama ada dalam aspek kuantiti dan kualiti. Soalan 3: Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan apai dalam kehidupan seharian dapat membantu mesayarakat ke arah penjuimatan. Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut. Soalan 4: Jaringan komunikasi global memanfaatkan masyarakat antarabangsa. Bincangkan pernyataan di atas. NOTA : Sila rujuk soalan Kelanntan. Mod soalannya sama. Soalan 5: Perkataan tajam jika dilepas Ibarat beringan, racun dan upas Kalau mulut tajam dan kasar Boleh ditimpa bahaya besar Petikan puisi tradisional di atas menjelaskan perlunya seseorang untuk mengelakkan kesilapan dalam tutur kata. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tutur kata dalam pergaulan seharian. SAYA MASIH MENGEDIT DARI SEMASA KE SEMASA UNTUK MENAMBAH BAIK BAHAN INI. SILA IKUTI PERKEMBANGAN SETERUSNYA.

1 comment:

  1. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
    Satu perkongsian menarik tentang bimbingan SPM.. Harap dapat singgah ke blog saya JY Write tentang JY Write

    Yang Benar
    JY Write

    ReplyDelete