Wednesday, February 27, 2013

SILA TUNGGU

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Insya-Allah, akan muncul segera satu sampel karangan lengkap dengna panduan operasi. Sila tunggu kehadirannya.

Wednesday, February 13, 2013

MODUL MAHIR MENGARANG EDISI - 2013

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

CIRI-CIRI MODUL EDISI 2013

> Masih mengekalkan warna sentimental oren
> Padat dengan sumber bertulis 107 muka surat
> Bersaiz A4 dengan font Franklin Gothic Books saiz 10


ISI KANDUNG

* muka surat 1 - 7 tentang panduan operasi mengarang karangan Bahan Rangsangan
* muka surat 8 - 14 tentang panduan operasi mengarang karangan Umum (karangan panjang)

NOTA : Kedua-dua bahagian di atas digunakan semasa ceramah Mahir Mengarang

* muka surat 15 - 22 bahagian pemantapan mengarang (untuk P&P) guru dengan pelajar
* muka surat 23 - 70 sampel karangan cemerlang Aras A+ dalam semua dimensi (penting untuk rujukan guru dan pelajar)
* muka surat 71 - 102 soalan latihan intensif kendiri atau berpandu (disusun mengikut dimensi)
* muka surat 103 data-data sokongan untuk sumber contoh
* muka surat 104 - 107 daftar kata dan kata hikmat.

KERELEVANAN:

> Amat sesuai untuk P&P 
> Amat sesuai untuk aktiviti kendiri pelajar
> Pemilihan soalan berdasarkan aras dan isu semasa yang sering menjadi sumber binaan soalan
> 37 sampel karangan cemerlang boleh menjadi panduan dan motivasi untuk melahirkan pelajar yang mahir mengarang
> Disediakan sebagai sokongan untuk meringankan guru-guru mencari bahan
> 50 soalan latihan kendiri yang dipilih berpotensi keluar dalam SPM dan telah terbukti keluar dalam siri peperiksaan SPM yang lalu

* DITAWARKAN PADA HARGA YANG SANGAT MUNASABAH DAN MAMPU BELI OLEH SETIAP PELAJAR. USAHA SEDANG DILAKUKAN UNTUK MEMBEKALKAN CD BAGI BAHAGIAN P&P SEBAGAI SOKONGAN KEPADA GURU-GURU YANG MEMESAN MODUL TANPA CERAMAH

* SILA TEMPAH SEKARANG UNTUK MEMBERI RUANG YANG CUKUP KEPADA PELAJAR MEMBUAT PERSEDIAAN DAN LATIHAN INTENSIF.

* STRATEGI YANG TERBAIK ADALAH DENGAN MENGADAKAN CERAMAH YANG DISOKONG OLEH PENGGUNAAN MODUL.

KEPADA RAKAN-RAKAN GURU ATAU PELAJAR YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA DENGAN MENELEFON/MESEJ 019 4789803.

KEPADA GURU DAN PELAJAR YANG TELAH MENEMPAH, DIHARAP BERSABAR KERANA TEMPAHAN ANDA SEDANG DALAM PERJALANAN POS UNTUK SAMPAI KE DESTINASI.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA YANG TIDAK PERNAH SURUT. 

MISI SAYA, "KEPADA GURU ADALAH UNTUK MERINGANKAN URUSAN P&P ANDA. KEPADA MURID UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN ANDA MEMPEROLEH A+".

KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MENETAPKAN TENTATIF CERAMAH, INSYA-ALLAH KITA BERTEMU NANTI.

Sunday, February 10, 2013

ULASAN SOALAN 4, SPM 2012

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Alhamdulillah, kita dapat bersua semula dalam ruangan bimbingan karangan ini. Saya memohon maaf kerana agak lama terhenti berkomunikasi dalam laman maya ini.Selain masa yang sangat mencemburui segala aktiviti, saya turut dilanda masalah penglihatan mata kiri yang agak serius.Keadaan tersebut telah menghalang saya untuk menghadap skrin komputer lebih lama.

Walau apapun, atas janji dan semangat membantu sesama kita, saya gagahi diri untuk terus memberi sumbangan dalam laman ini. Kini tibalah kepada ulasan soalan yang terakhir iaitu soalan 4 (DIMENSI GLOBAL).

SOALAN :

Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.

KOMEN : Seperti lazim tidak ramai calon yang memilih untuk menjawab soalan ini. Alasannya pun lazim juga, iaitu soalan ini susah dan pelajar tidak memiliki cukup maklumat tentang isu yang ditanya. Walau bagaimanapun, masih ada calon yang memberanikan diri untuk menjawab soalan ini. syabas!
Walau bagaimanapun, selepas disemak, lebih 70% calon yang tersasar kerana beberapa sebab yang antara lainnya adalah seperti yang berikut ini;

1. Soalan secara jelas tidak mengarahkan calon menyatakan kebaikan dalam aspek hubungan global. Arahan soalan adalah terlalu umum iaitu tentang kebaikan produk makanan HALAL.
2. Calon telah trperangkap antara kehendak soalan yang kurang jelas dengan kedudukan soalan sebagai isu antarabangsa.
3. Rata-rata calon hanya mengemukakan pendapat tentang  kebaikan makanan halal seperti bersih, memperoleh reda (redha) di sisi agama, menyokong industri yang diterajui oleh orang-orang Islam dan sebagainya. Calon tidak menyentuh sedikit pun tentang kebaikan yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa.

ADAKAH CALON YANG SALAH DALAM PERKARA INI? MUNGKIN YA  DAN MUNGKIN TIDAK. MEMANG INILAH STANDARD SOALAN SPM YANG TIDAK SUDAH-SUDAH DENGAN KESAMARAN DAN KECELARUAN

NASIHAT SAYA : Kepada rakan-rakan guru dan para pelajar yang ingin menjawab soalan ini, pastikan anda memiliki pengetahuan tentang asas hubungan Malaysia dengan dunia luar. Memang benar soalan ini adalah beraras tinggi dan pertimbangan markah juga diberi secara berhati-hati. Hal tersebut sebagai sokongan kepada calon-calon yang kredibal apabila berani menjawab soalan seprti ini. Namun begitu, ramai calon yang terperangkap kerana tidak memiliki pengetahuan yang cukup dan menjawab denganmenggunakan hujah dan fakta yang kurang meyakinkan.

Sebagai ihsan sila telitikan sampel jawapan yang dipetik daripada Modul saya edisi 2013. Anda boleh mendapat jawapan penuh soalan ini dengan menempah MODUL MAHIR MENGARANG dengan cara memesan terus kepada saya, Sila hubungi talian 019 4789803.

CONTOH JAWAPAN

               Memetik firman Allah dalam al Quran (Surah al Baqarah ayat 168) yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi, makanan yang halal lagi baik”. Dalam agama Islam, perihal halal amat dipandang berat. Sebarang salah laku kerana mengambil makanan yang tidak halal adalah berdosa besar. Secara universal pula larangan tersebut bertepatan dengan budaya dan amalan kepercayaan lain juga.   Oleh hal yang demikian, inisiatif Malaysia dalam menghasilkan produk makanan halal mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana terjamin dari segi kebersihan  dan kesuciannya. Sebenarnya, usaha Malaysia itu telah mendorong pelbagai impak positif melalui penghasilan produk makanan halal.


                Sebagai perintis dalam industri ini, Malaysia bakal menjadi hub produk halal sama ada di peringkat wilayah mahupun antarabangsa. Hal demikian kerana, produk halal amat diperlukan oleh 1.7 bilion umat Islam dunia. Dalam konteks yang berkaitan, langkah Malaysia amatlah pragmatik kerana dapat menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia terhadap tuntutan fardhu Ain, yakni mengambil makanan yang halal adalah wajib. Seandainya dalam enam dekad yang silam, Jepun telah berjaya meletakkan negaranya sebagai hub industri automotif yang tersohor di dunia, nescaya bukan mustahil Malaysia pula akan dikenali sebagai hub industri halal. Dengan hal yang demikian, langkah yang diambil oleh Malaysia merupakan inisiatif yang sangat strategik lagi pragmatik untuk menguasai industri makanan dalam kalangan negara-negara Islam.

                Apabila industri ini benar-benar berjaya, seyogia suatu lagi rangkaian niaga dalam kalangan blok negara-negara Islam akan terbentuk. Kita yakin sebagai perintis, Malaysia sudah pasti menjadi tumpuan seluruh negara Islam untuk mendapatkan bekalan produk halal. Usaha ini juga turut membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) agar dapat berkembang selaras dengan permintaan global yang semakin tinggi. Pada hari ini pun, beberapa buah negara telah mula mengadakan hubungan dagang produk halal dengan Malaysia. Negara-negara tersebut seperti Indonesia, Kazakhstan, Sri Lanka, Kuwait, UAE dan Arab Saudi bakal menjadi pintu masuk pasaran baru eksport Malaysia berasaskan produk makanan halal. Hanya sanya, langkah proaktif pihak pemain-pemain industri tempatan sahaja yang akan menentukan sama ada langkah yang dirintis oleh kerajaan Malaysia akan berjaya atau tidak.

SIRI AKAN DATANG : BIMBINGAN MENGARANG SECARA BERSIRI. JANGAN LEPASKAN TEMU JANJI KITA.
MOHON DOA AGAR MASALAH PENGLIHATAN MATA KIRI SAYA PULIH SEMULA.

Sunday, January 27, 2013

ULASAN SOALAN NO 3 SPM 2012

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Saya memohon kemaafan atas kelewatan membuat ulasan soalan 3 di atas. Hal demikian tidak dapat saya elakkan kerana kesuntukan masa. Dalam cuti berkembar 3 hari yang lepas, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke bumi kelahiran di Kampung Bukit Temin, Pulau Langkawi. Sudah terlazim, apabila lama tidak menjenguk kampung halaman banyaklah urusan keluarga serta ziarah. Aduhai, indahnya bumi tempat saya dilahirkan. Masih segar dan masih mampu mengekalkan identiti lama. Kuterkenang peribahasa, Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat dilahirkan.

Kesempatan yang ada sedikit ini, saya ambil untuk mengulaskan soalan yang ketiga pula.

SOALAN :



Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa


Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.


Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

Soalan ini apabila ditelitikan terkumpul dalam dimensi negara. Soalan dimensi negara hendaklah mengambil tema yang berkaitan dengan isu-isu negara seperti dasar-dasar negara, matlamat dan hala tuju negara atau sesuatu isu yang menjadi bahan percakapan utama dalam kalangan para pemimpin.

Isu soalan: Isu negara
Tema : Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama negara
Fokus Jawapan : Kepentingan atau faedah yang diperoleh negara apabila menggunakan bahasa kebangsaan.

KOMEN: Purata calon yang memilih soalan ini sebagai jawapan adalah terlalu kecil. Kurangnya jumlah calon yang menjawab adalah berpunca daripada asas pengetahuan yang agak terhad. Selain itu, isi jawapan hendaklah dalam bentuk fakta yang disokong dengan hujah-hujah yang ada kaitan dengan negara.

Soalan ini turut dimuatkan dalam modul saya edisi 2013. Walau bagaimanapun, saya dengan penuh ihsan menyiarkan keseluruhan jawapan soalan ini sebagai panduan para guru dan pelajar sekalian. Sila ikuti ;


Rakyat Malaysia pada hari ini semakin dikenali di persada global. Di mana-mana jua bagaikan permukaan bumi yang tidak pernah luput matahari pasti ada anak Malaysia yang mampu bersaing dengan warga global. Bermula dari penghujung kutub, di puncak benua, di tengah-tengah samudera sampailah ke alam cakerawala angkasa lepas pasti dijejaki oleh anak-anak Malaysia. Sesungguhnya, kita berbangga dengan pencapaian cemerlang seperti itu. Bagi melengkapkan agenda kecemerlangan yang telah dirintis oleh beberapa kerat ikon cemerlang itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah ke hadapan agar rakyat kita dapat bersaing dengan lebih tega lagi. Salah satu langkah strategik yang diambil ialah memperkasakan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Langkah tersebut dilaksanakan atas rasional bahawa bahasa kebangsaan mempunyai pelbagai kepentingan terhadap rakyat dan negara Malaysia.

Berdasarkan mafhum daripada sepotong ayat al Quran yang bermaksud, “Aku jadikan manusia dengan bersuku-suku dan berbangsa agar mereka saling berkenal-kenalan dan mereka dapat membesarkan kekuasaanku”. Huraian daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan dengan segala kemurahan-Nya telah memberikan pelbagai hak kepada manusia di dunia ini sama ada dalam aspek negara, bangsa, kesukuan, budaya, kepercayaan agama dan yang lebih menarik ialah bahasa. Oleh itu, kecerlangan bahasa Melayu adalah sebagai wahana yang memperkasakan identiti bangsa Malaysia di bawah payung panji-panji negara. Sepatutnya semua rakyat Malaysia patut berbangga kerana dengan adanya bahasa ini mereka dapat berkomunikasi sehingga dapat merentas sempadan kaum dan etnik. Alangkah hebatnya bahasa kebangsaan kita apabila terkenal di seantero polosok alam sebagai bahasa dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Biarlah sampai bila-bila masa pun, dunia akan mengenali Malaysia dengan identiti bahasa kebangsaannya sendiri

Semua pihak telah maklum bahawa Malaysia ditakdirkan menjadi sebuah negara yang bersifat multikaum. Kepelbagaian etnik telah meletakkan suatu situasi halangan komunikasi yang amat dalam jurangnya. Akasnya, tidak berlaku kepada Malaysia apabila bahasa kebangsaan berjaya menjadi jurubicara dalam interaksi perpaduan. Kita amat pasti di mana-mana jua ceruk rantau Malaysia tiada sesiapapun yang tidak memahami bahasa Melayu. Benarlah seperti ungkapan lirik dalam bait yang ketiga, “Bahasalah menyatukan kita semu”. Kini dalam satu suara dan senada bahasa kebangsaan menjadi alat yang paling ampuh untuk menyatukan 29.23 juta rakyat Malaysia. Menjelang abad milenium kini, peranan bahasa kebangsaan bukan lagi terhad sebagai alat perpaduan tetapi menjangkau sebagai medium komunikasi sama ada dalam dunia perniagaan, penyiaran dan industri media.

Sementara itu, dalam dunia pendidikan, bahasa kebangsaan terus diberikan kepercayaan sebagai bahasa pengantar utama. Mandat ini telah dimaktubkan sejak tahun 1956 lagi apabila Laporan Razak telah menyatakan bahawa, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Pada hari ini jutaan anak Malaysia yang telah terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan berjaya menjadi bijak pandai dengan perantaraan bahasa kebangsaan. Walaupun dalam tempoh 55 tahun sahaja kita mendaulatkan bahasa sendiri sebagai medium pendidikan, namun hasilnya cukup menakjubkan. Pada hal selama 446 tahun kita dibelenggu oleh bahasa penjajah, kita tidak berjaya untuk ke mana-mana. Dengan kata lain, daulat bahasa kebangsaan tetap tidak tergugat walaupun dalam beberapa waktu belakangan terdapat usaha untuk mengembalikan bahasa Inggeris di persada pendidikan. Namun begitu,  usaha tersebut tetap gagal kerana dibayangi oleh aura bahasa kebangsaan.

Sebagai bahasa yang memiliki sistem yang teratur, bahasa kebangsaan turut berperanan sebagai bahasa ilmiah dan bahasa yang mampu menuturi dunia sains dan teknologi. Walaupun sering kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekeh bahasa Melayu, sebaliknya pada hari ini suara tersebut telah hilang. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh 500 juta manusia, mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa-bahasa hebat seperti bahasa Inggeris dan Perancis. Buktinya, pada hari ini jutaan intelek yang fasih lidahnya dengan bahasa Melayu sedang menguasai institusi pengajian tinggi. Demikian pula dalam dunia penulisan jutaan jilid buku ilmiah sedang dijadikan rujukan oleh para pelajar di seantero alam. Lahirnya pakar-pakar seperti Profesor Ungku Aziz, Profesor Dr Hamka, Profesor Syed Naquib dan ramai lagi ilmuwan tersohor semua bermula dengan bahasa kebangsaan.

 Sebagai sebuah negara yang berdaulat, semua urusan rasmi kerajaan hendaklah beridentitikan kebangsaan.  Justeru, bahasa kebangsaanlah yang menjadi medium rasmi urusan kerajaan. Bahasa kebangsaan tetap mampu menjadi bahasa di mahkamah, bahasa yang menjadi wacana pembuat dasar di Parlimen, malahan menjadi bahasa mesra antara pemimpin dengan rakyat. Institusi penyiaran yang menjadi penghubung rasmi antara kerajaan dengan rakyat telah sekian lama menjadikan bahasa kebangsaan sebagai alat penyampai dasar-dasar negara. Kini jelas sekali bahasa kebangsaan telah mampu mengangkat imej negara sebagai sebuah negara yang tersohor di rantau ini. Malahan dalam masa yang sama bahasa Melayu turut berkembang seiring dengan anjakan global persis tak lekang dek panas dan lapuk dek hujan.

Kenali batang lihatlah daunnya, justeru kenali bangsa, lihatlah bahasanya ialah peribahasa yang menerangkan betapa setiap bangsa itu sentiasa dikenali berdasarkan imej bahasa dan budaya mereka. Sejajar dengannya, bahasa kebangsaan merupakan pancaran imej kepada bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa memilih bangsa secara asal-usulnya, kepercayaan dan tradisi amalannya rakyat Malaysia masih boleh hidup dalam situasi aman dan harmoni dengan perantaraan bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mampu menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak pernah mengetepikan nilai-nilai patriotik sebagai bangsa Malaysia. Oleh itu, di bumi yang kita bertapak ini,  maka pertahankanlah kedaulatan bahasa kebangsaan kita kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
   

CATATAN: Siri akan datang ulasan dan sampel soalan 4. Jangan terlepas peluang.

Sila dapatkan modul saya edisi 2013 yang akan siap dicetak pada khamis 31 Januari 2013. Modul ini akan membantu anda seratus peratus dalam usaha mahir mengarang. Sila hubungi saya segera dengan menelefon/mesej 019 4789803.
 

Saturday, January 19, 2013

ULASAN SOALAN NO 2 - SPM 2012

Assalamualaikum,

SOALAN : Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini.

Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk 'Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama'.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Isu soalan : Isu kebersihan
Tema : Kebersiha kawasan sekitar tanggungjawab besama
Fokus jawapan : Peranan semua pihak menjaga kebersihan

ULASAN:
Soalan ini termasuk dalam dimensi masyarakat. Sebelum ini, dalam tahun belakangan soalan 2 adalah yang berkaitan dengan dimensi keluarga. Walau bagaimanapun, bermula 2012 soalan dimensi keluarga tidak lagi ditanya.

Kandungan isi jawapan bagi soalan ini hendaklah melibatkan semua pihak. Calon mesti bijak mengolahkan isi karangan yang berkaitan dengan cara-cara pihak berkaitan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan.

Soalan ini boleh dikategorikan sebagai soalan dengan isu yang ringan yang semua pihak dapat mengolahkannya.

Kelemahan calon jelas terlihat atas kurang upaya untuk memperlihatkan cara-cara pihak yang berkaitan memberikan sumbangan untuk mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan. Sila baca sebahagian daripada sampel karangan yang saya petik daipada modul saya. 

MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Oleh : Amsyar  Al Jamili

                Bersih atau istilah dalam bahasa Arab iaitu nazifah adalah menjadi akar kata daripada sepotong Hadith nabi SAW yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Huraian daripada Hadith di atas adalah menuntut supaya semua pihak mengutamakan kebersihan dalam semua perkara. Kebersihan lahir daripada hati  nurani dan diterjemahkan dengan sikap dan tingkah laku. Orang yang bersih jiwa nescaya bersihlah sikap dan tindakan lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Namun begitu, agak menyedihkan sejak belakangan ini, isu kebersihan terus menjadi wahana penting dalam masyarakat apabila masih ada segelintir anggota masyarakat yang tidak peka terhadap amalan yang sangat penting ini. Sikap mementingkan diri sendiri dengan tingkah laku lempar batu sembunyi tangan terus menyumbang terhadap pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelbagai prakarsa yang perlu digemblengkan oleh semua pihak agar Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara yang bersih, sejahtera dan harmoni.

                Inisiatif yang paling utama adalah lahir daripada diri sendiri. Jikalau diukur daripada pernyataan Hadith Nabi yang bermaksud, “Setiap anak itu adalah putih bersih, melainkan ibu bapalah yang bakal mencorakkan warna untuk mereka” dengan jelas menerangkan bahawa setiap insan itu pada asalnya bersih. Individu hendaklah menjadikan kebersihan sebagai mukadimah dalam semua urusan hidupnya sama ada, kebersihan fizikal, pakaian dan makan minum. Kebersihan hendaklah dijadikan kelaziman bukan paksaan. Malahan kebersihan dan kekemasan sepatutnya dijadikan pancaran imej personaliti seseorang. Sepatutnya sebagai insan yang sempurna, tampilkan diri dengan fizikal yang kacak, pakaian yang segak dan pekerti yang hemah.

                Di rumah ibu bapa menjadi individu terpenting untuk memperkasakan model kebersihan dalam kalangan anggota keluarga. Sikap anak-anak adalah ceminan kepada ibu bapa kerana mengenal perdu lihatlah pada daunnya. Anak-anak harus ditanami sikap bersih yang bermula dari waktu bangun tidur, kemas diri, makan minum, pakaian, aktiviti semasa dan seterusnya sehingga tidur semula. Mereka harus dididik dengan tabiat suka akan yang cantik dan bersih sebaliknya benci akan kekotoran. Apabila nilai ini tertanam pasak di dalam jiwa anak-anak, nescaya ke mana-mana mereka pergi pun nilai yang sama tetap kekal. Fenomena alam sekitar kita yang semakin tercemar sejak belakangan ini adalah refleksi daripada tingkah laku anggota masyarakat yang tidak cukup asuhan tehadap prakarsa kebersihan. Dengan hal yang demikian, ibu bapa bolehlah dianggap sebagai arkitek kebersihan dan perancang mesra alam untuk diterapkan kepada anak-anak. Dalam hal ini, terdapat sepotong Hadith Rasulullah yang bermaksud, “Didiklah anak kamu yang bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad”.

NOTA : Dapatkan karangan penuh dalam modul saya edisi terbaru.

SIRI AKAN DATANG > SOALAN NOMBOR 3.

HEBAHAN 2013

  Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Atas segala kerendahan hati, saya menghebahkan siaran ini untuk mana-mana guru yang berminat dengan produk yang telah dihasilkan ini.




HAJI ISHAK BIN MD SHAH
SM TEKNIK ALOR SETAR
LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM,
05400 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

Telefon : 019 4789803


                                                                                           Tarikh : 20 JANUARI 2013
                                                                                           08 R’AWAL 1434
 

Pengetua/Guru Kaunselor/Ketua Panitia,

SMK/SMTV/SMKA/SMABK : .......................................................................................................

Tuan/Puan
Ceramah Teknik Mahir Mengarang  Bahasa Melayu Kertas 1/SPM
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.0       Alhamdulillah, Tabarakallah saya menjunjung syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya memberi saya taufik dan hidayah yang membolehkan saya meneruskan usaha di atas. Syukur dan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana dengan teguran dan pandangan positif anda, 3 soalan Kertas 1 SPM di dalam Modul saya Edisi 2012 menepati soalan SPM November 2012 ( Rujuk ms 59, 71 dan ms 75).

            Oleh hal yang demikian, saya beriltizam untuk meneruskan wacana mujahadah ilmu seperti di atas bagi sesi 2013 pula.

2.1       Berikut ini disertakan butir-butir tentang diri saya:

(i)                   Berpengalaman mengendalikan ceramah dan bengkel BM/SPM kepada para pelajar dan guru-guru sejak 1997 dan telah mengendalikan lebih 500 program bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
(ii)                 Telah menghasilkan 13 siri modul pembelajaran kendiri (modul kertas 1)
(iii)                Panel penulis buku-buku Bahasa Melayu terbitan SASBADI SDN BHD dalam siri, VISTA, NEXUS, TARGET, XPRESS PRO, BRAVO, BOOSTER, JUARA  dan Contoh Jawapan Soalan BM SPM  (Siri 2006 – 2010)
(iv)                Aktif menulis Blog tentang TEKNIK MAHIR MENGARANG BM SPM
(v)                 Penyampai Program BM di Radio 3, Kedah Fm (2005 – 2009)
(vi)                Berpengalaman sebagai pemeriksa dan Ketua Pasukan Kertas 1

3.0       Insya-Allah ceramah pada tahun ini juga akan disokong sepenuhnya dengan penggunaan MODUL MAHIR MENGARANG seperti di bawah memandangkan sambutan baik daripada para guru dan pelajar-pelajar dalam sesi 2012. Oleh itu, bagi sekolah-sekolah yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan secepat mungkin di talian (019 4789803) bagi membincangkan prosedur pakej dan bayaran.

Atas segala kerjasama dan minat tuan/puan memanfaatkan program ini, saya dahulukan dengan terima kasih.

BERSAMA-SAMA KITA MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU


Hormat daripada saya,

..............................................        
(HAJI ISHAK BIN MD SHAH)


CATATAN : TEMPAHAN UNTUK MODUL  ATAU MODUL BERSAMA CERAMAH TEKNIK MENGARANG BOLEH DIBUAT BERMULA HARI INI.


TERIMA KASIH GURU-GURU DAN SEKOLAH-SEKOLAH BERIKUT

Bil
Tarikh
Sekolah /Badan Pertubuhan
Penyelaras/Guru
1.
18 Feb 2012
SMT Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang
Puan Zafrunisyah Bt Md Ali
2.
24 Feb 2012
SMK Bukit Jambul Pulau Pinang
Puan Atiqah
3.
2 Mac 2012
SMK King Edward VII, Taiping, Perak
Puan Rodziah Bt Sulaiman
4.
2 Mac 2012
SMA Al Hidayah, Tanjung Piandang Perak
Puan Zuhaila
5.
3 Mac 2012
SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Tn Haji Shahar Roslan
6.
9 Mac 2012
SMK Sultan Badlishah, Kulim Kedah
Puan Zaitan Bt Hashim
7.
10 Mac 2012
SMS Kepala Batas, Seberang Perai, PP
Puan Haslida
8.
11 Mac 2012
SMK Agama Yan, Kedah
Puan Shohelah
9.
12 Mac 2012
SMK Tanah Merah, Pendang, Kedah
Puan Faridah
10.
23 Mac 2012
SMK Methodist (P) George Town, PP
Encik Saravanan
11.
30 Mac 2012
SMK Kampung Jambu, Taiping, Perak
Pn Raja Zakian Bt Raja Leman
12.
31 Mac 2012
SMKA (P) Kangar, Perlis
Puan Saodah
13.
6 April 2012
SMK Seksyen 10, Damansara, KL
Puan Ang
14.
7 April 2012
SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya, S’ngor
Encik Zainol
15.
12 April 2012
SMK Sungai Koyan, Raub Pahang
Encik Zulkifli Taib (Pengetua)
16.
13 April 2012
SMK Seri Sepang, Salak Tinggi, Selangor
Puan Noraliza
17.
14 April 2012
SMK Sik Kedah (Kluster)
Encik Fishon
18.
20 April 2012
SMK Seri Kampar, Perak
Puan Sharifah
19.
21 April 2012
SMK Dato Maharaja Lela, Pasir Salak, Perak
Puan Siti Khodijah
20.
26 April 2012
SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut, T’ganu
En Wan Zahari Ali (Pengetua)
21.
27 April 2012
SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Phg
Encik Sahudin Karim
22.
28 April 2012
MRSM Trolak, Perak.
Puan Khairiah
23.
4 Mei 2012
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
Puan Noraini
24.
5 Mei 2012
MRSM Pengkalan Hulu, Perak
Puan Norasikim Bt Kassim
25.
11 Mei 2012
SMK (SBT) Lembah Bidong, Kuala T’ganu
Encik Mazlan Muda
26.
12 Mei 2012
SMK Kuala Besut, Terengganu
Puan Azlina
27.
18 Mei 2012
SMV Bentong, Pahang
Puan Noor Ilham
28.
19 Mei 2012
SMS Kubang Pasu, Kedah
Puan Mazlina Mohd Yusof
29.
28 Mei 2012
SMK Puteri Saadong, Kelantan
Puan Norasyikin Bt Jusoh
30.
29 Mei 2012
SMK Melor Kota Baharu, Kelantan
Encik Zuraidi Md Noor
31.
31 Mei 2012
SMK Jalan Damai, Bkt Mertajam PP
Puan Eng
32.
15 Jun 2012
SMK Bagan Serai, Perak
Puan Suriati
33.
15 Jun 2012
SMK Pengkalan Aur, Taiping, Perak
Puan Rohayah
34.
16 Jun 2012
SMK Pengkalan Pasir, Sbg Perai Utara, PP
Puan Hamidah
35.
22 Jun 2012
SMK Bandar Utama, Damansara 4, KL
Encik Alex Leong
36.
23 Jun 2012
20 buah SMK Daerah Kemaman
Pn Anisah (SMK Bkt Mentok)
37.
28 Jun 2012
SMK King Edward, Taiping (Kumpulan 2)
Pn Rodziah Sulaiman
38.
30 Jun 2012
SMK Sultan Badlishah (Kumpulan 2)
Puan Zaiton Hashim
39.
6 Julai 2012
SMT Seberang Perai, Pulau Pinang
Puan Rashidah
40.
13 Julai 2012
SMK Bercham, Ipoh Perak
Puan Fong
41.
14 Julai 2012
SMK Seri Keledang, Ipoh Perak
Puan Tan
42.
19 Julai 2012
SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah
Cik Nuriezatun
43.
20 Julai 2012
SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal
Encik Tan Chin Lee
44.
28 Julai 2012
SMK Buntong, Ipoh Perak
Puan Norasyikin
45.
5 Sept. 2012
SMK Dulang, Yan Kedah
 Puan Norazlina          
46.
16 Sept. 12
SMK Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah
-
47.
21 Sept. 12
SMK Tanjung Bunga, Pulau Pinang
Puan Afidah
48.
4 Oktober 12
SMKA Nibong Tebal, Sbg Perai, PP
Tn Hj Ahmad Othman
49.
13 Okt 2012
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Encik Mastural
50.
13 Okt 2012
GPMS Cawangan Kedah
Encik Salihudin
51.
3 Nov. 2012
Program Pecutan SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang
Puan Norasyikin Ishak

* Kepada rakan guru terutama di Sabah dan Sarawak yang turut membuat pesanan secara pos diucapkan terima kasih.


NOTA ; Untuk memperoleh maklumat lengkap tentang kandungan modul dan bimbingan mengarang secara bersiri, sila layari BLOG saya ishakmdshah.blogspot.com

Semua kandungan dalam blog akan saya edit dan aktifkan semula bermula 20 Januari 2013.

Terima kasih atas sudi rakan-rakan berkongsi ilmu dan maklumat dengan saya.