Sunday, November 4, 2012

KUTITIPKAN PESAN INI

Terima kasih Puan Kamariah PK1, SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4

ASSALAMUALAIKUM



TIP MENJAWAB SOALAN 1, 2 DAN 5

Sebagai penutup bimbingan mengarang melalui maya ini, saya ingin menitipkan semula beberapa pesan apabila anda memilih untuk menjawab salah satu daripada soalan di atas. Langkah ini sangat penting untuk menentukan teknik olahan anda tepat dan boleh membantu memperoleh markah yang tinggi.

SOALAN 1 :

Ø      Seandainya soalan berkehendakkan pandangan atau usaha anda, gaya bahasa yang dipakai hendaklah bersifat keakuan (saya)
Ø      Jangan lari daripada apa-apa yang anda boleh terlibat atau beri sumbangan
Ø      Jikalau melibatkan pihak lain, pastikah andalah sebagai penggeraknya.
Ø      Sekiranya soalan bertanyakan tentang peranan.sumbangan/persediaan anda pastikan anda merujuk salah satu isi jawapan dengan bertawasul kepada Allah. Sebenarnya perkara ini menjadi bonus terbaik
Ø      Pastikan anda mengemukakan 5 isi yang strategik


SOALAN 2 :

Ø      Soalan ini sudah acap kali saya bincangkan. Tip ini sekadar ulangan dan imbasan sahaja
Ø      Pastikan anda tidak tersalah antara peranan ibu bapa dengan keluarga. Jikalau ibu bapa tumpuan hendaklah kepada kedua-dua insan yang mulia di sisi anda itu.
Ø      Sekiranya KELUARGA, pastikan semua anggota keluarga yang boleh dilibatkan turut diberikan perhaitan
Ø      Isi jawapan tidak perlu keluar terlalu jauh daripada persekitaran keluarga dan rumah tangga.
Ø      Paling strategik 5 isi



SOALAN 5 :

Ø      Pastikan kehendak soalan terlebih dahulu sama ada dalam bentuk deskriptif atau kreatif
Ø      Jikalau deskriptif jawapan anda (jalan bahasa) adalah sama dengan karangan biasa yang lain
Ø      Semua isi jawapan hendaklah berkaitan dengan unsur-unsur sastera yang telah anda pelajari dalam KOMSAS
Ø      Soalan akan menanyakan bahan bacaan sastera secara umum, tetapi untuk kemudahan anda ambillah mana-mana novel atau cerpen yang telah anda pelajari dalam KOMSAS.
Ø      Walau bagaimanapun, bahan rujukan daripada KOMSAS itu sebagai sumber sokongan sahaja. Tidak sesuai jawapan anda seperti menjawab soalan 4 dalam kertas dua iaitu bahagian novel. Anda perlu mengemukakan isi secara umum dan ambillah apa-apa sumber dalam novel berkenaan sebagai bahan contoh
Ø      Sungguhpun demikian, lenggok jawapan tidak banyak beza dengan jawapan dalam soalan novel. Lihat contoh :

SOALAN : ANDA MEMPERLOLEH PELBAGAI UNSUR NILAI KEMANUSIAAN DARIPADA NOVEL YANG DIKAJI

JAWAPAN : Isi jawapan untuk soalan ini sudah pasti berkaitan dengan unsur-unsur nilai murni. Oleh itu, nyatakan unsur nilai murni terlebih dahulu kemudian huraikan seperti anda menulis karangan biasa dan ambil mana-mana peristiwa dalam certia sebagai peneguhan/sokongan.

INGAT : SEKIRANYA SOALAN DALAM BENTUK KREATIF SEPERTI MENGARANG CERPEN, LANGKAH YANG PALING MUDAH IALAH ANDA AMBIL MANA-MANA JUDUL CERPEN YANG TELAH ANDA PELAJARI DALAM ANTOLOGI HARGA REMAJA ATAU DIRGAHAYU BAHASAKU. GUNAKAN KREATIVITI ANDA UNTUK MENGUBAH SUAI, MENGURANGKAN DAN MENOKAK TAMBAH MANA-MANA YANG PERLU.

INGATLAH PADA PESANAN SAYA SEPERTI DI BAWAH INI :-

Ø      Peperiksaan adalah suatu usaha untuk mengiktiraf insan yang pintar
Ø      Peperiksaan adalah sebagai penghormatan untuk anda memberikan pendapat secara hebat selepas 2 tahun bertungkus lumus di dalam kelas
Ø      Anda akan dilihat hebat apabila input yang anda peroleh selama 2 tahun dapat anda luahkan semula dalam masa 1, 2 atau 3 jam di dalam dewan peperiksaan.
Ø      Berbahagialah kerana anda telah layak memasuki peperiksaan SPM
Ø      INGATLAH, ketika menjawab, anda bukan keseorangan tetapi anda disokong oleh kedua-dua ibu bapa, kaum keluarga dan guru-guru yang dedikasi.
Ø      Hindari daripada segala kegusaran kerana kegusaran boleh membunuh ketenangan yang mengakibatkan anda hilang segala input yang ada.


SAMPAI DI SINILAH BIMBINGAN SAYA UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN. SAYA IKHLASKAN SEMUA ILMU DAN PENGALAMAN UNTUK DEDIKASI ANAK-ANAK DIDIK DEMI MASA DEPAN. SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAI SUMBER DAN MAKLUMAT YANG SAYA BERI SALAH ATAU TIDAK TEPAT. NAMUN SAYA YAKIN SEMUANYA BETUL. SELAMAT MAJU JAYA – ANDA PRIA DAN PERTIWI NUSA.


MAKLUMAN 

KEPADA RAKAN-RAKAN GURU YANG BERMINAT UNTUK MENGADAKAN SEMINAR/BENGKEL MAHIR MENGARANG BAGI SESI 2013 ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA DARI SEKARANG. UNTUK MAKLUMAN, BEBERAPA SLOT UNTUK BULAN FEBRUARI DAN MAC TELAH DITEMPAH. SAYA AMAT TERHARU DENGAN MINAT DAN SOKONGAN ANDA KEPADA SAYA. INILAH HAMBA YANG KERDIL YANG MAMPU MERAIH SEDIKIT ILMU DARIPADA KEBESARAN ALLAH UNTUK SAYA TABURKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DAN ANAK-ANAK DIDIK.

ISHAK BIN MD SHAH
SM TEKNIK ALOR SETAR, KEDAH.
019 4789803. 

No comments:

Post a Comment